Download - HMTK
-
8/7/2019 HMTK
1/148
Alina Haizar
1
2002
AH, meluat aku! Ingat dia
lawa sangat!
Geramnya dia
melihat gadis yang sedang berpelukan itu. Gadis itu
menggeliat apabila pinggangnya dipeluk oleh temannya.
Ketawa manja jelas kedengaran walaupun Jeery berada
dalam jarak yang agak jauh dari mereka.
Wan Jeery Wan Hisham menahan marah
memerhatikan gelagat Lily dari dalam keretanya. Geram diamemerhatikan Lily, yang selama ini merupakan teman
wanitanya. Kini Lily asyik berlagak dengan teman lelaki
barunya. Tiap-tiap hari lelaki itu akan menunggu Lily di
pekarangan kolej dengan kereta Ferrari model terbaharunya.
Jeery mendengus geram. Kemudian dia
memerhatikan kereta BMW M Sportnya yang sudah berusiadua tahun itu. Bukan Jeery tak mampu membeli kereta
mewah seperti teman lelaki Lily itu, tetapi dia akan berlepas
ke US selepas tamat belajar dalam masa enam bulan lagi. Jadi
Bab1
-
8/7/2019 HMTK
2/148
Hadirmu Takdirku
2
ini menyebabkan Datuk Wan Hisham tidak mahu belikan dia
kereta baru lagi.
Itu pun satu perkara lagi yang membuatkan Jeery
meradang. Selalu ayahnya dapat dipujuk oleh mummy.
Mummy tidak akan pernah menolak permintaannya.
Mukanya yang kacak bertukar masam kelat akibat menahan
amarah. Marah dengan Lily dan ayahnya. Kalau dengan
mummynya, senang dia hendak minta apa-apa pun. Tetapi...
dengan ayahnya, memang susah sikit. Dia asyik katakan yangdia tidak mahu memanjakan Jeery. Itu sahaja alasannya.
Kalau tidak mahu memanjakan aku, siapa lagi
yang hendak dimanjakan? Bukan ke aku ni anak tunggal dia?
Bukan ada anak lain. Harta banyak-banyak tu nak buat apa?
Jatuh pada aku juga nanti! bentak Jeery sendirian.
Ketawa Lily menarik semula perhatian Jeery yangtersasar sebentar kepada ayahnya. Geram betul Jeery
memerhatikan mereka. Bertambah geram tatkala melihat
mereka seolah-olah sedang berkucupan, tanpa segan silu.
Jeery terus naik menyampah melihat kelakuan mereka itu
lalu terus memandu dengan laju, keluar dari kawasan itu.
Selalunya dia dan Lily yang beraksi sedemikian di
kawasan kampus ini. Maklumlah kolej swasta, siapa yanghendak pedulikan kalau mereka berlagak macam orang putih,
berpeluk-pelukan ke sana ke mari. Kononnya Jeery dan Lily
merupakan pasangan ideal. Sudah hampir setahun mereka
bersama. Semua orang memberi jolokan couple o the year
kepada mereka. Menurut rakan-rakan, mereka berdua sama
cantik, sama padan, sama-sama dari keluarga orang berada.
Mummynya juga merestui perhubungan ini. Hubungan
mereka sungguh rapat hingga hampir beberapa kali mereka
menjadi intim, cuma masa dan tempat menjadi penghalang.
Jeery tidak kisah sangat sebab buat masa ini memang
-
8/7/2019 HMTK
3/148
Alina Haizar
3
mereka rapat, tetapi tahun depan bila sudah pergi US belum
tentu lagi mereka akan bersama. Masa akan menentukan
haluan masing-masing.
So, just enjoy.
Itu prinsip mereka berdua. Masih ada banyak lagi
masa untuk menikmati kemanisan hidup ini.
Tetapi dua minggu lepas, Jeery dengan tidak
sengaja meninggikan suaranya kepada Lily dan kemudian
Lily terus merajuk. Hampir dua minggu Lily tidak mahu
bertemu dengan Jeery. Beberapa kali Jeery meneleon Lily,
tidak dijawab oleh Lily.
Tiba-tiba heboh kedengaran perihal Lily dan teman
barunya itu.
Ego Jeery tidak dapat menerima yang Lily
meninggalkannya dan mendapat teman baru. Tambahmenyakitkan hati apabila rakan-rakan mula menyindir Jeery
setiap kali mereka terserempak dengan Lily dan temannya.
Apa ni Je? Tak jealous ke? Takkan nak tengok aje
girlriendkena kebas orang? Come on la Je.
Panas hati Jeery. Sakit hati pun ye juga! Selama
ini dia memang rasa dirinya hebat. Segala-gala kelebihan adapadanya. Jangan sesekali dicabar keegoannya.
Ketika itu mereka semua sedang dalam perjalanan
beramai-ramai ke kaeteria, ternampak Lily dan temannya
sedang menaiki kereta selepas habis kuliah.
Tengok tu BF (boyriend) Lily. I dengar he is a
pilot, you know. Mesti dia tu kaya! Tengok kereta dia. Kelas!
Macam mana they end up together? Kat mana Lily
jumpa mamat handsome ni?
Eh, mesti la! Tengoklah Lily tu memang cantik,
-
8/7/2019 HMTK
4/148
Hadirmu Takdirku
4
siapa-siapa pun dia boleh dapat. But this time, she has really
done it. He is so handsome, puji Mona sambil menjeling ke
arah Jeery.
I memang minat older guys. Not like you all,
immature boys, kata Ann, membuat semua budak lelaki
marah. Masing-masing memuncungkan mulut tanda
menyampah.
Tu la you Je, tak tahu nak jaga Lily. Melepas you,
ejek Mona lagi yang juga merupakan kawan baik Lily. Orangcantik macam tu kena... apa kata orang kena jaga macam
menatang minyak yang penuh.
Alah! Bukan lawa sangat pun. Siapa kata dia lawa?
tempelak Jeery.
Kemudian dia cuba pula menyakitkan hati Mona
dengan menambah, I tengok budak kantin tu lagi lawa.Kawan-kawan lelaki Jeery mentertawakan Mona.
Tujuan mereka hanya untuk membuatkan Mona marah atas
alasan untuk memulangkan paku buah keras penghinaan
Mona dan Ann yang mengatakan mereka semua budak lelaki
yang masih belum matang. Beramai-ramai mereka
mengiakan cakap Jeery Budak kantin tu lagi cun daripada
Lilylah.
What do you mean? Apa la you ni? Budak kantin
yang mana? Mona menjegilkan matanya.
Cuba you tengok baik-baik. Tu hah, tengah
mengelap meja tu, kata Jeery sambil memegang bahu
Mona sementara tangannya yang satu lagi menunjukkan ke
arah gadis yang sedang bekerja di kaeteria.
Kalau dah pakai mekap dan pakai baju-baju yang
brandedmacam Lily, nenek pun lawa tau! kata Jeery sambil
ketawa sekuat-kuat hatinya.
-
8/7/2019 HMTK
5/148
Alina Haizar
5
Rakan-rakan yang lainnya ketawa berderai-derai,
seronok membuat Mona marah.
Hati Mona mendidih, geram diketawakan. Padahal
yang menjadi bahan yang diperkatakan ialah temannya Lily,
bukan dirinya. Tetapi marahnya sudah tidak dapat ditahan,
lantas dengan lancang dia mencabar Jeery. Kalau budak
kantin tu lagi lawa, you pergilah tackle dia!
Tiba-tiba dia tersenyum sinis seperti mendapat satu
ilham. Dia menambah lagi, okey, I nak bet dengan you. I naktengok you dapat tak bawa budak kantin tu to my birthday
party hujung bulan ni? I nak you buktikan yang The Great
Jeery boleh pikat sesiapa saja yang dia mahu macam ni.
Sambil berkata, dia memetik jarinya di depan muka
Jeery. Berdetap kuat bunyi jari Mona bila dipetik.
Wow!!!! kata semua yang ada di situ.Satu cabaran untuk Jeery. Semua mata
memandang Jeery, sama ada dia hendak menyahut cabaran
itu atau sebaliknya.
Jeery tersenyum sambil menghulurkan ibu jarinya
untuk dicalit oleh Mona sebagai tanda bersedia.
Okey. Tak ada masalah kalau you nak bet dengan Ihal macam ni. Ini kacang (senang) ajelah, kata Jeery.
Kalau I menang, what do I get?
You want Lily back, kan? tanya Mona sambil
tersenyum penuh makna. Dia tahu Jeery boleh pikat budak
kantin tu, tapi dia ingin melihat sejauh mana Jeery akan
lakukan untuk memenangi pertaruhan mereka. Sejauh mana
Jeery akan lakukan demi egonya. Seronok juga nanti bila
tengok budak kantin itu dipermainkan oleh Jeery nanti.
Jeery mendiamkan diri sebentar. Dia sedang
-
8/7/2019 HMTK
6/148
Hadirmu Takdirku
6
menimbangkan sama ada dia patut terima cabaran Mona itu
atau tidak.
Semua diam menunggu keputusan Jeery.
Alright! I accept the bet. Kalau menang bet ni, I
dapat Lily balik tapi Lily kena ikut semua kehendak I. Boleh
you aturkan? And. Jeery mengenyitkan mata kepada
kawan-kawannya. And you Mona, you kena belanja kami
semua sekelas makan di KLCC. Okey?
Macam tu la brother. Ajar sikit!
Rakan-rakan yang lain makin mengalakkan.
Mona mencalit ibu jarinya dengan ibu jari Jeery
tanda setuju dengan sahutan itu. Boleh, no problem. Kalau
you kalah, you tanggung all our expenses tiga hari dua
malam di Genting. Alright!
Itu kacang. Lebih dari tu pun boleh. But I dont
think I will lose, ujar Jeery sambil mencuit hidung Mona
yang mancung.
Mona menepis.
Rakan-rakan yang lain bersorak gembira. Menang
atau kalah, mereka tetap akan mendapat habuan. Menjadi-
jadi mereka memberi galakan kepada Mona dan Jeery sambilberjalan menuju kaeteria untuk menikmati makan tengah
hari.
-
8/7/2019 HMTK
7/148
Alina Haizar
7
H
ANA, awat hang lambat
sangat? Cepat sikit sapu
sampah tu. Sat lagi budak-
budak keluaq (keluar) makan!
Tiba-tiba Mak Chak bersuara mengejutkan Hana
yang sedang leka menyapu lantai.
Yalah Mak Chak, Hana dok sapu sampahlah ni.
Nak siap dah ni, jawab Hana sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya. Mak Chak ni suka kalut betuilah (betullah).
Lambat lagi depa tu nak keluaq makan.Jam di tangannya menunjukkan baru pukul sebelas
empat puluh lima minit pagi. Selalunya pukul dua belas tiga
puluh tengah hari baru budak-budak kolej berpusu-pusu ke
kaeteria untuk makan tengah hari.
Bukan apa... cepat hang siap, cepat boleh buat
kerja lain. Soed tak mai kerja hari ni. Dia deman panas.Hana kena tolong sikit. Nanti kelam-kelibut (kabut) kita,
beritahu Mak Chak dengan lembut.
Baiklah Mak Chak.
Bab2
-
8/7/2019 HMTK
8/148
Hadirmu Takdirku
8
Sejuk hati Hana mendengar teguran Mak Chak.
Mak Chak kini Hana anggap seperti emaknya juga. Emaknya
bergantung harap dengan Mak Chak supaya menjaga Hana di
bandar besar ini. Mak Chak sudah lama merantau mencari
rezeki di Kuala Lumpur dengan menjual makanan. Mulanya
secara kecil-kecilan, kini dia dapat tender menguruskan
kaeteria di kolej swasta ini. Suatu pencapaian yang besar
untuk Mak Chak yang hanya bermula dengan perniagaan nasi
lemaknya dahulu.Kalau hang kerja kuat, nanti satu hari, hang pun
boleh jadi tauke macam Mak Chak.
Hana teringat pesanan emaknya semasa dia hendak
berangkat ke Kuala Lumpur mengikut mak ciknya bekerja.
Dia baru mendapat keputusan SPM. Keputusan yang agak
baik tetapi tidak cukup baik untuk mendapat tempat di mana-
mana IPTA. Mulanya Hana berharap agar dapat masuk ke
tingkatan enam, tetapi membatalkan niatnya kerana tidak
sanggup menyusahkan emaknya. Hana ingin bekerja untuk
membantu emaknya. Lagipun adik-adiknya masih belajar
lagi. Bila Mak Chak minta Hana bekerja dengannya, Hana
tidak melepaskan peluang ini. Sekurang-kurangnya dia dapat
mengurangkan bebanan emak dan bolehlah membantupersekolahan adik-adik.
Walaupun demikian, niat untuk belajar masih
tertanam di hatinya. Apabila melihat anak-anak orang kaya
menimba ilmu di kolej ini, hatinya teringin untuk turut sama
belajar dengan mereka. Namun, apakan daya... dia hanya
dapat memandang sahaja.
Mungkin satu hari nanti bila dia sudah mengumpul
wang secukupnya, bolehlah dia sambung belajar lagi. Buat
masa ini, sepasang baju baru pun tak mampu dibeli. Semalam
emak sudah teleon, minta Hana kirim sedikit wang untuk
-
8/7/2019 HMTK
9/148
Alina Haizar
9
belanja sekolah adik-adik. Hana mengeluh sambil
membetulkan bajunya. Baju itu lembap terkena air kerana
Hana baru membasuh pinggan sebentar tadi.
Helo tolong lap meja ni. Boleh?
Hana tersentak dari lamunannya, lantas menoleh
ke arah suara yang memanggilnya tadi. Sekumpulan pelajar
sedang memerhatikannya. Dia segera menghampiri meja
tersebut, lalu mengelap meja yang memang sudah bersih itu.
Mak Chak selalu berpesan, apa pun kata pelanggan, merekasentiasa betul. Jadi, ikut sahaja kemahuan pelanggan.
Ada kalangan pelajar-pelajar yang cerewet. Hana
tahu kebanyakan pelajar di sini datang daripada keluarga
berada. Kebanyakan mereka belajar di sini sebagai persediaan
untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Beruntungnya
mereka. Bagi Hana, nak belajar di negara sendiri pun takmampu. Inikan pula hendak belajar di luar negara.
Depa semua ni anak orang kaya. Hang kena
maniskan muka tu. Jangan masam. Nanti depa kompelin,
susah Mak Chak nak dapat tender kantin ni tahun depan. Tu
dia... maniskan muka hang macam tu la.
Kata-kata Mak Chak sentiasa terpahat di ingatan
Hana, lalu bibirnya menguntum senyum kepada kumpulan
pelajar itu. Mereka semua memandang Hana sambil
tersenyum-senyum. Hana sudah biasa dengan senyum sinis
pelajar-pelajar di sini terutamanya pelajar perempuan. Dia
sedar dari segi berpakaian, dirinya tidak bergaya langsung.
Nak ordar (oder) makanan ka (ke)? tanya Hana
dengan loghat utaranya jelas kedengaran, membuatkanpelajar-pelajar itu semakin tersenyum lebar. Ada yang berbisik
sesama sendiri kemudian ketawa sesama mereka. Hana tidak
mengendahkan kelakuan mereka itu.
-
8/7/2019 HMTK
10/148
Hadirmu Takdirku
10
Memang la nak oder makanan, takkan nak oder
baju kut jawab salah seorang pelajar lelaki itu.
Hana tersenyum sumbing apabila mereka semua
mentertawakan dirinya. Riuh-rendah suasana di meja itu.
Hana termangu-mangu, tidak tahu apa yang perlu dia
lakukan. Akhirnya dia cuma tegak berdiri, menunggu mereka
memesan makanan.
Saya nak resh oren satu.
Tiba-tiba seorang pemuda berkata. Mukanya serius
dan dia tidak seperti mereka yang lain, sedang ketawakan
Hana. Matanya tepat memandang wajah Hana.
Hana terus mencatat pesanan pemuda itu.
Selepas itu baru suasana menjadi tenang dan Hana
dapat mengambil pesanan daripada pelajar lain.
Mereka semua hanya memesan minuman.
Pemuda tadi terus memandang Hana seperti ingin
berkata-kata lagi. Lalu Hana pun bertanya kepadanya. Nak
makan apa?
Mi goreng satu. Tak mau taugeh, tak mahu ayam.
Baiklah, kata Hana lalu beredar dari situ.
Tidak lama kemudian Hana keluar dari dapur
kaeteria dengan minuman yang dipesan dan sepinggan mi
goreng, lalu dihidangkannya kepada mereka. Tanpa melihat
tepat ke wajah pemuda itu, Hana terus hendak masuk ke
dalam dapur kaeteria. Banyak lagi kerja yang harus dilakukan
di dalam dapur itu. Seperti yang Mak Chak katakan, Soed,
pembantu tukang masak tidak datang kerja hari ini. Hanaharus membantu Mak Timah hari ini dan juga menjalankan
tugas-tugas rutinnya seperti mengambil pesanan makanan,
menjadi pelayan, tukang basuh pinggan dan lain-lain lagi.
-
8/7/2019 HMTK
11/148
Alina Haizar
11
Jeery terus memandang wajah Hana. Boleh tahan
jugak budak ni. Takde mekap pun okey aje wajahnya. Nasib
baik okey, desis hatinya.
Semalam Jeery sedang marah, dia main sebut
sahaja budak kantin. Dia bukan tahu pun siapa yang dia
sebutkan itu. Tidak sangka pulak Mona akan buat pertaruhan
dengan dia. Kalau hodoh muka budak kantin ni, susah juga
dia nak teruskan cabaran Mona ni.
Jeery terus menilai penampilan Hana.Senyumannya okey, manis. Rambutnya yang panjang
melepasi bahu diikatnya di belakang. Cuma penampilannya
saja yang tidak ada gaya langsung dengan baju-T putih dan
seluar hitamnya. Kalau dipakaikan dengan pakaian berjenama
seperti yang Lily selalu pakai, silap-silap lebih lawa daripada
Lily agaknya, duga Jeery. Dia tersenyum sendiri.
Kalau diikutkan, Jeery bukannya gilakan sangat Si
Lily tu. Tapi jiwa remajanya marah mengenangkan dia kalah
dengan pilot yang mendampingi Lily. Siat egoisnya tidak
membenarkan dia kalah. Dia cuma ingin membalas dendam.
Itu sebab dia menerima cabaran Mona. Dia ingin
membuktikan bahawa Lily tu bukan seorang sahaja
perempuan di dalam dunia ni. Ini Jeery yang mereka cabar.Dia akan buktikan kepada mereka semua. Dengan mudah
sahaja Jeery akan dapatkan budak kantin ini.
Cik adik, mari sini kejap. Jeery memanggil lagi,
apabila melihat budak kantin itu mahu cepat-cepat beredar
dari situ.
Mai sini sat, sampuk budak lelaki yang bernama
Wan dengan loghat utara.
Hana tidak sempat masuk ke dalam dapur, kembali
ke meja Jeery tanpa mempedulikan pelajar lain yang sedang
-
8/7/2019 HMTK
12/148
Hadirmu Takdirku
12
berbisik-bisik dan ketawa itu. Hana dapat rasakan mereka
sedang ketawakan dirinya, tetapi tidak tahu kenapa.
Saya nak oder telur mata kerbau satu.
Baik, balas Hana.
Jeery terus memandang wajah Hana. Tetapi dia
tidak dapat apa-apa reaksi daripada Hana.
Hana tidak memandang langsung muka Jeery. Dia
segera masuk semula ke dalam dapur untuk mendapatkantelur mata kerbau.
Yang ni you kata lebih lawa daripada Lily? tanya
Mona sambil mendengus, tidak puas hati.
Sweet maybe, but a bit chubby.
Jeery akui, memanglah Hana tidak selangsing
Mona, Lily atau Ann. Tapi tidaklah gemuk sangat. Bolehlahtahan. Cuma kalau diberi pilihan, Jeery suka perempuan
yang langsing. Kalau ada kualiti seperti peragawati, lagi
bagus.
Itu puppy at aje. Tak lama lagi hilanglah tembam
dia tu. Wan menyampuk. Rupa okey apa....
Yelah tu, tetapi dia ni kampung sikitlah. No style
at all. Tak taulah rupanya taste you macam ni selama ni,
sahut Ann, yang nyata lebih jahat mulutnya.
Semua yang lain tersenyumsenyum mendengar
kutukan Ann, mengiakan kenyataannya.
Hana keluar semula dengan membawa telur mata
kerbau yang dipesan oleh Jeery. Ini dia, telur mata kerbau.
Setelah diletakkan dengan sopan di hadapan Jeery,Hana terus mengorak langkah ingin berlalu. Hana terasa
seperti mereka sedang memerhati dan mentertawakan dia.
Mungkin sebab loghat utaranya itu. Selalunya Hana boleh
-
8/7/2019 HMTK
13/148
Alina Haizar
13
kawal loghat utaranya, tetapi kadangkala dia tercakap juga,
terutamanya bila dia gementar.
Nanti dulu. Boleh tengok muka customertak? Apa
layanan macam ni? Tengok muka pun tidak mahu. Macam
cakap dengan robot aje. Senyum pun tak bagi. Macam ni,
pelanggan boleh lari tau, kata gadis di sebelah Wan dengan
agak sinis.
Hana mengangkat mukanya, mengagahi dirinya
untuk memandang wajah mereka semua. Kemudian diaterpandang wajah pemuda yang memanggilnya tadi. Baru
Hana cam siapa pemuda yang bersikap baik dengan dia tadi.
Dia selalu melihat pemuda ini berkepit dengan seorang
pelajar perempuan yang sangat cantik dan bergaya. Tetapi
pelajar perempuan itu tidak ada bersama-sama mereka hari
ini.
Pemuda itu mempunyai seraut wajah yang tampan.
Kelopak matanya besar dan matanya dalam, ciri-ciri begini
selalunya memaparkan seseorang yang mempunyai emosi
yang kuat. Tulang pipinya tinggi dan hidungnya mancung,
tegak dan menipis di hujung. Macam keturunan bangsawan.
Terdapat belahan kecil di dagunya, membuatkan wajahnya
lebih menarik lagi. Dia juga cukup bergaya. Kelihatannyapemuda itu seperti ketua dalam kumpulan ini. Pemuda itu
tidak putus-putus memberikan senyuman kepada Hana.
Hana hanya ingat pesanan Mak Chak supaya
sentiasa memaniskan muka, lalu dia membalas senyuman
pemuda itu.
Camnilah... barulah ada penarik, kan Je? tegur
Wan lagi sambil menepuk bahu pemuda tadi.
Mereka ketawa beramai-ramai lagi kecuali pemuda
itu.
-
8/7/2019 HMTK
14/148
Hadirmu Takdirku
14
Pemuda itu terus memandang Hana dengan
lembut, membuatkan jantung Hana mula berdetak.
Dia menjadi keliru dengan pandangan Jeery yang
tidak dilepas-lepaskan itu. Cepat-cepat Hana beredar dari
situ.
Pelajar-pelajar kolej itu semua terus ketawa sesama
mereka sambil menghabiskan makanan dan minuman yang
terhidang di hadapan mereka.
-
8/7/2019 HMTK
15/148
Alina Haizar
15
J
EFF! Hows thing? Dah dapat
ke belum?
Mona akan bertanya
setiap kali mereka bertemu selepas kuliah.
Relakslah Mona. Ini Jeerylah, jawab Jeery.
Bukan apa... I takut you kalah bet kita. Malu la
nanti. I dah jalankan tugas I pujuk Lily. Lily pun dah macam
setuju aje. You tak ambil apa-apa action pun.
Ini Jeerylah Mona. Bet ini kacanglah!
Bukan apa... kalau you kalah, you kena bawa we all
semua ke Genting. Tiga hari dua malam. Ingat tu. Besar
belanjanya.
Itu no problem. Tak payah bet pun I boleh bawa
you all ke Genting. Tapi siapa kata I akan kalah? Tengok
kakilah. Ini Jeery, tau! jawab Jeery dengan angkuh.
Takpe... kalau you cakap macam tu. Nanti kat
birthday party I, kita tahulah.
Relakslah Mona. You pulak yang susah hati ni,
Bab3
-
8/7/2019 HMTK
16/148
Hadirmu Takdirku
16
apesal? Are you araid o losing this bet? sindir Jeery
sambil tersengih.
Mona memuncungkan bibirnya yang bergincu
merah dan terus berlalu. Malas hendak melayan Jeery yang
sentiasa cuba menyakitkan hatinya.
Setelah Mona berlalu, Jeery termenung.
Sebenarnya, kata-kata Mona tadi ada betulnya. Jeery belum
buat apa-apa perancangan untuk memikat budak kantin tu.
Malahan nama budak kantin itu pun, Jeery tidak tahu lagi.Kalau dia pergi ke kaeteria dengan kawan-kawannya yang
lain, keadaan menjadi sukar. Mereka yang lain akan membuat
kacau dan terlalu bising. Budak kantin itu selalunya lari
masuk ke dalam dapur akibat ejekan dan sindiran mereka.
Jeery harus menukar taktik jika dia hendak
mendekati budak perempuan itu. Apa pun yang terjadi, diatak mahu kalah dalam cabaran ini. Ini bukan soal duit, ini
soal maruah. Jeery kena cepat cari jalan terbaik untuk dia
berkenalan dengan budak kantin itu dan seterusnya memujuk
budak kantin itu untuk dibawa dia ke majlis hari jadi Mona.
Itu sahaja yang dia perlu lakukan.
LEWAT petang, selepas amali di makmal Fizik, Jeery sengaja
mengajak Ramli untuk makan bersama-samanya di kaeteria.
Ramli merupakan pasangan Jeery dalam makmal
Fizik. Ramli seorang yang pendiam dan serius, bukan macam
kawan-kawan Jeery lain. Mereka yang lainnya bising dan
bersikap kasar. Ramli kelihatan dan juga sering bertindak
lebih matang daripada mereka yang lain. Jeery tahu Ramli
rajin belajar berbanding dengan mereka yang lain kerana
kehadiran Ramli di kolej ini adalah kerana mendapat biasiswa
-
8/7/2019 HMTK
17/148
Alina Haizar
17
pelajar cemerlang. Bukan seperti mereka yang lain,
ditanggung sepenuhnya oleh keluarga.
Hai Hana, apa khabar? tegur Ramli sebaik sahaja
mereka tiba di kaeteria.
Hana sedang menyapu sampah dan mengemas
kerusi-kerusi di kaeteria tersebut.
Baik, Abang Ramli. Lewatnya Abang Ramli makan
hari ni? jawab Hana sambil melihat jam di dinding yang
sudah menunjukkan pukul enam petang.
Memandangkan kaeteria terletak di kawasan
pentadbiran dan kawasan dewan kuliah kolej, selalunya
mereka sudah tutup kaeteria pada waktu ini. Ada beberapa
pelanggan sahaja yang berada di kaeteria ini selain Ramli
dan Jeery. Itu pun mereka cuma minum-minum sahaja
selepas tamat bersukan.Jeery diam sambil memasang telinga, mendengar
perbualan mereka berdua dengan teliti.
Oh... namanya Hana. Okay, not bad. Memang
langkah yang tepat aku bawa Ramli makan petang ni, tukas
hati Jeery.
Makmal habis lambat hari ni, cerita Ramli. Diapun jarang makan di kaeteria ini kerana selalunya pada
waktu petang atau malam dia akan makan di kaeteria yang
terletak di kawasan asramanya. Kawan abang ajak minum
petang kat sini.
Pelawaan Jeery memang dirasakan pelik sikit
tetapi Ramli suka berkawan dengan Jeery. Memang dia nakal
dan liar sedikit tetapi Jeery amat hormat dan baik dengan
Ramli. Sikap hormat ini membuatkan Ramli boleh berkawan
rapat dengan Jeery. Malahan mereka menjadi rakan makmal
sejak tahun satu lagi. Yang mungkin Ramli tidak tahu ialah
-
8/7/2019 HMTK
18/148
Hadirmu Takdirku
18
taktik Jeery berkawan rapat dengan Ramli. Memandangkan
Ramli seorang yang pandai, mudahlah bagi Jeery mendapat
bantuan Ramli, sama ada dari segi assignment, laporan amali,
nota-nota kuliah dan juga soalan dan jawapan kertas ramalan
peperiksaan.
Bagi abang nasi goreng kampung dan teh ais.
Alang-alang sudah berada di sini, lebih baik makan
siap-siap, malam nanti Ramli boleh terus pergi ke
perpustakaan.
Hana menulis pesanan Ramli, kemudian beralih
kepada Jeery. Encik nak oder apa?
Mi goreng. Tak mau taugeh, tak mau ayam dan
coke, jawab Jeery ringkas.
Dia memandang sahaja Hana masuk ke dalam
dapur kaeteria untuk menyediakan pesanan makanan.Otaknya pantas berkir bagaimana hendak menarik perhatian
budak kantin itu sehingga boleh dibawa ke parti hari jadi
Mona tanpa membuatkan dirinya kelihatan seperti terlalu
terdesak.
Dua minggu telah berlalu sejak mereka membuat
perjanjian itu. Jeery pula belum berganjak dari titik
permulaan.
Tetapi nampaknya dia bernasib baik hari ini. Hari
ini dia sudah tahu nama budak kantin itu. Memang betul
jangkaan Jeery. Ada banyak kebaikannya berkawan dengan
Ramli. Ramli sudah memberi jalan kepadanya. Jeery sudah
boleh memulakan langkah pertamanya dan boleh merancang
langkah-langkah seterusnya.
Sekarang ini, senang sikit hati Jeery. Sambil
menunggu makanan siap, mereka berbual-bual mengenai
latihan amali yang mereka jalankan tadi dan berjanji untuk
-
8/7/2019 HMTK
19/148
Alina Haizar
19
bertemu di perpustakaan malam nanti untuk membuat
laporan amali. Tetapi selalunya Ramli akan buat dahulu
laporan itu dan Jeery cuma datang ke perpustakaan untuk
meniru laporan Ramli.
Tidak lama selepas itu, Hana keluar membawa
makan yang dipesan oleh mereka. Setelah menghidangkan
makanan, Hana melangkah untuk beredar.
Tiba-tiba Ramli menahannya. Duduklah dulu
Hana, bukan ada orang yang nak makan lagi. Mesti Hanapenat kerja sepanjang hari.
Jeery cuma mengangguk mengiakan pelawaan
Ramli.
Bagus betul Ramli ni, kata Jeery di dalam hatinya,
makin memudahkan jalan bagi Jeery. Macam Ramli tahu-
tahu pulak apa yang Jeery hendak, peluang berkenalandengan budak kantin itu.
Ini kawan abang, Je. Ramli memperkenalkan
setelah Hana duduk di sebelah Ramli.
Hana mengangguk sambil memberikan senyuman
tetapi tiba-tiba Jeery menghulurkan tangannya untuk
bersalam.
Helo. Saya Je.
Mahu tidak mahu Hana terpaksa menyambut
tangan Jeery. Saya Hana.
Malunya Hana. Dia perasan tangannya terasa kasar
dan mungkin juga berbau kerana sepanjang pagi dia
mengupas bawang. Mukanya pula berminyak kerana seharian
bekerja di kaeteria. Terasa genggaman tangan Jeery yang
kejap dan panas di tangannya, dan senyuman Jeery yang
mencairkan hatinya.
-
8/7/2019 HMTK
20/148
Hadirmu Takdirku
20
Hana ni sama negeri dengan aku. Dia datang dari
Kedah, terang Ramli.
Patutlah Ramli too protective. Satu kapal (negeri)
rupanya, hati Jeery menggerutu sendirian. Jeery kena
berhati-hati. Kalau Ramli tahu tujuan Jeery, mestinya Ramli
akan menghalang niatnya itu.
Oh! Ye ke? Di sini tinggal dengan siapa? tanya
Jeery berpura-pura prihatin.
Tinggal dengan Mak Chak, jawab Hana.
Hana baru kerja di sini ke? Selama ini saya tidak
pernah nampak pun.
Hana mengangguk sambil menjawab, baru dua
bulan.
Oh... ye ke? Jadi, dah jalan-jalan ke di Kuala
Lumpur ni?
Belum. Tak ada masa, sibuk setiap hari.
Oh....
Jeery terdiam. Dia kena jalankan rancangannya
dengan berhati-hati dan bersabar. Dia tidak mahu
menimbulkan syak wasangka. Itu pun Ramli sudah
memandangnya semacam.
Ramli tertanya-tanya di dalam hatinya. Kenapa
agaknya Jeery begitu ramah pulak hari ini? Selalunya dia
tak pedulikan orang lain kecuali gadis-gadis seksi yang kaya-
raya. Setahu Ramli gadis kampung macam Hana ni, tidak
wujud langsung di dalam dunia Jeery.
-
8/7/2019 HMTK
21/148
Alina Haizar
21
KEESOKAN harinya, Jeery datang lagi ke kaeteria apabila
waktu perniagaan hampir tamat. Tetapi kali ini, dia datang
seorang diri. Dia makan sendirian dan kelihatan seperti
bermuram durja.
Hana memerhatikan sahaja Jeery dari dalam
dapur. Melihat Jeery sendirian begitu, timbul pula rasa
kasihan terhadap pemuda itu. Selama tiga hari berturut-turut
menjadi rutin Jeery datang bila hari sudah lewat petang.
Kadangkala dia makan sambil membaca bukunya, kadangkaladia cuma duduk termenung sendirian.
Ke mana perginya teman wanita yang selalu Hana
lihat mendampinginya sebelum ini? Perempuan itu sangat
cantik dan bergaya, sepadan dengan Jeery yang kacak.
Mereka sudah berpisah ke? Hana tertanya-tanya melihatkan
perlakuan Jeery itu dari sehari ke sehari.
Petang itu seperti biasa, Hana tertunggu-tunggu di
kaeteria. Hari sudah merangkak senja tetapi Jeery tidak
muncul seperti yang dilakukan sejak seminggu ini.
Hana, hang sapu kat depan tu. Lepas ni kita tutup
kae, beritahu Mak Chak. Orang pun tak mai lagi dah. Dah
senja ni. Mak Chak nak balik dululah Hana, ada orang nak
mai rumah. Lepas ni Hana, Soed dan Timah cuci kat dalam.Lepas tu Hana tutup kae.
Baiklah Mak Chak.
Takpa ka Hana sorang-sorang ni?
Kak Timah dan Soed, kan ada?
Tapi bila nak naik bas nanti?
Takpa Hana boleh balik sendiri nanti.
Jangan! Hang mesti balik dengan Timah dan Soed
jugak.
-
8/7/2019 HMTK
22/148
Hadirmu Takdirku
22
Baiklah Mak Chak.
Macam tu Mak Chak balik dulu no. Cepat hangsapu sampah, arah Mak Chak sambil melipat apronnya, lalu
terus beredar dengan van Rusanya.
Hana pula segera mencapai penyapu dan mula
hendak menyapu sampah. Kenapa pulak aku rasa kecewa
hari ni? Kenapa Jeery tidak datang makan petang ni?
Di dalam dapur, Soed dan Kak Timah sudah mula
mengemas dan mencuci periuk serta kuali. Sebentar
kemudian, pintu rollerkaunter ditutup oleh Soed.
Hana selesai menyapu sampah. Dia berjalan
menghala ke dapur kaeteria untuk menyimpan penyapu.
Hai Hana. Jeery menyapa dari belakang.
Je! Terkejut Hana....
Dah tutup ke? tanya Jeery, wajahnya jelas
menunjukkan riak hampa.
Hana menyandarkan penyapu di pintu, lalu
mengesat kedua-dua tangannya di belakang baju.
Kami dah tutup. Je Je nak makan ke? tanya
Hana.
Haah. Saya lapar.
Lambat Je hari ini, tegur Hana.
Saya leka belajar di library, terlupa masa berjalan.
Sedar-sedar, dah dekat pukul tujuh.
Hana betul-betul kagum dengan Jeery, tekun
sungguh dia belajar.
Saya ingat nak makan kat sini aje sebab lepas ni
saya nak sambung belajar di library.
Jeery menunjukkan muka yang hampa. Dia mesti
-
8/7/2019 HMTK
23/148
Alina Haizar
23
dapat apa yang dirancang dalam masa terdekat ini. Dia sudah
kesuntukan masa.
Rajinnya Je belajar, kagum saya, ujar Hana yang
tidak sekali-kali menjangka apa yang ada di dalam kiran
Jeery.
Semester ini semester akhir, saya kena dapat
keputusan yang cemerlang, baru dapat urther study.
Mesti lepas ni Je pergi luar negara.
Hana cuba mendapat maklumat mengenai Jeery
yang semakin hari semakin menarik hatinya. Tidak Hana
sangka orang berada seperti Jeery sudi menjadi kawannya.
Baiknya hati Jeery. Tidak pernah dia membezakan antara
pelajar-pelajar lain dengan Hana, budak kantin dari
kampung.
Oh tidak, saya lebih suka belajar di Malaysia. Dikolej pun boleh urther study. Sejak akhir-akhir ni saya rasa
di sini lagi best, jawab Jeery berkias sambil matanya
memandang Hana dengan tajam.
Ternyata helah Jeery mengena.
Seronok betul hati Hana mendengar pengakuan
Jeery. Maknanya Jeery akan sentiasa berada di kolej iniuntuk semester-semester yang akan datang. Tiba-tiba saja
harapannya menggunung tinggi.
Tak apalah, saya nak pergi makan kat luar, nanti
lambat saya nak sambung belajar, kata Jeery, berpura-pura
hendak beredar.
Eh! S... saya boleh sediakan makanan kalau Je
hendak.
Tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul dari mulut
Hana.
-
8/7/2019 HMTK
24/148
Hadirmu Takdirku
24
Langkah Jeery terhenti. Memang ini yang
dirancangnya sejak petang tadi. Sejak tengah hari Jeery
keluar dengan Wan dan rakan-rakan yang lain, bermain
bowling. Dia leka bermain sehingga lupa pasal rancangannya.
Sebab itu dia lewat sampai ke kaeteria tadi.
Betul ke ni? Tak susahkan Hana ke? tanyanya
berbasa-basi.
Betul... Je nak makan apa? Mi goreng?
Setahu Hana itulah makanan kegemaran Jeery.
Mi goreng. Tak mau taugeh, tak mau ayam dan
coke. Sambut Jeery sambil memberikan senyumannya yang
paling memikat.
Hana terpanar dengan senyuman Jeery itu.
-
8/7/2019 HMTK
25/148
Alina Haizar
25
PERHUBUNGAN Jeery dan
Hana menjadi lebih rapat dari
sehari ke sehari. Tiap-tiap
petang Jeery akan datang ke kaeteria untuk makan.
Alasannya selepas itu dia boleh terus pergi belajar di
perpustakaan. Kadangkala dia membaca buku di kaeteria
sahaja, sambil ditemani oleh Hana sehingga waktu
maghrib.
Ada juga Jeery mempelawa untuk menghantar
Hana pulang ke rumah dengan kereta BMW sportnya. TetapiHana tidak mahu kerana takut dengan Mak Chak. Hana
perhatikan Mak Chak seperti tidak berapa suka kalau Hana
berbual-bual dengan Jeery.
Mak Chak memang tidak akan senang dengan
mana-mana lelaki pun. Dia pernah dikecewakan oleh seorang
lelaki suatu masa dahulu. Peristiwa ini berlaku semasa Mak
Chak mula-mula menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, duapuluh lima tahun yang lalu. Setelah dikecewakan, sampai
sekarang Mak Chak tidak berteman.
Bab4
-
8/7/2019 HMTK
26/148
Hadirmu Takdirku
26
Apa pun pendapat Mak Chak, Hana tidak kisah. Dia
senang berkawan dengan Jeery. Pada Hana, Jeery adalah
seorang lelaki yang baik. Setiap hari dapat menghabiskan
masa dengan Jeery adalah sangat membahagiakan dirinya.
Hana harap satu hari nanti perhubungan mereka menjadi
lebih rapat dan mungkin juga dapat keluar makan bersama.
Je ada hutang dengan Hana. Je kena balas ni.
Apa dia? Mana Je pernah hutang dengan Hana?
Hutang budi. Hari tu Hana buatkan mi goreng
untuk Je.
Alah... takpe.
Dan Hana sudi menemani Je setiap petang, beri
Je semangat supaya tekun belajar.
Ye ke?
Tidak disangka oleh Hana, Jeery menganggap dia
sebagai aspirasi untuk tekun belajar.
Lagipun Je kasihan tengok Hana kerja sepanjang
hari. Mari ikut Je, jalan-jalan kat KL.
Tak payahlah Je. Selepas semester ni, kaeteria
tutup. Bolehlah Hana jalan-jalan kat KL.
Hana agak malu untuk menerima pelawaan Jeery,
walaupun sebenarnya di dalam hatinya itulah yang dia
impikan selama ini. Tetapi Hana rasa perhubungan mereka
masih terlalu baru untuk dia keluar berdua dengan Jeery.
Dan kemungkinan besar Mak Chak tidak akan membenarkan
dia berbuat demikian.
Please Hana... Hari Sabtu ni kita pergi jalan,shopping-shopping sikit. Lepas makan malam kita baliklah.
Lepas ni Je tak ada banyak masa lagi, sebab nak exam.
Jeery memujuk.
-
8/7/2019 HMTK
27/148
Alina Haizar
27
Sebenarnya, Hana teringin dating dengan Jeery.
Dia sudah mula menyukai Jeery. Pada Hana, Jeery seorang
yang sangat baik dan sangat menghormati dirinya. Jeery
juga sentiasa membuat Hana rasa dirinya dihargai.
Melihat Hana terdiam, Jeery terus merayu. Please
Hana. Tak syoklah asyik Hana aje yang susah payah untuk
Je. Je tak pernah bagi apa-apa pun pada Hana.
Eh! Hana ikhlas kawan dengan Je. Hana tak
minta apa-apa balasan.
Please Hana... please. Jeery terus merayu.
Melihat kesungguhan Jeery, Hana pun mengalah.
Nanti Hana tanya Mak Chak dulu ye? Kalau Mak Chak kata
okey, bolehlah.
Alright! Thats my girl. Jangan hampakan Je hari
Sabtu ini tau.
Bergegar jantung Hana mendengar Jeery
memanggilnya my girl.
Malam itu Hana memberanikan diri meminta
kebenaran Mak Chak untuk keluar dengan Jeery pada hari
Sabtu nanti.
Hang ni, baik-baik sikit no. Mak Chak bukan nakhalang hang berkawan dengan sapa-sapa (sesiapa) pun.
Budak laki tu, Mak Chak tau dia buas sikit. Sebelum ni dah
berapa ramai pompuan dia dok usung.
Mak Chak menggeleng-gelengkan kepalanya.
Kemudian dia sambung berkata, hei, Mak Chak takutlah! Sat
ni mak hang kata Mak Chak tak jaga hang betui-betui!
Alahai Mak Chak, Hana bukan nak pi mana-
mana. Shopping dan jalan-jalan kat sini aja. Lagipun hari tu
Hana cuti, pujuk Hana dengan bersungguh-sungguh.
-
8/7/2019 HMTK
28/148
Hadirmu Takdirku
28
Akhirnya setelah puas dipujuk, baru Mak Chak
benarkan Hana keluar dengan Jeery. Dia kasihan juga
melihat Hana yang bekerja setiap hari tanpa ada masa untuk
dirinya langsung. Bila hari kaeteria ditutup seperti Sabtu
dan Ahad, Hana sibuk mengemas dan mencuci rumah mereka
pula. Sedikit pun Hana tidak pernah bersungut.
HARI Sabtu, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Jeery akan
menjemput Hana selepas waktu zohor.
Mak Chak tengok sahaja Hana bersiap-siap
mengenakan blaus baru berwarna biru dan seluar jeans.
Rambutnya diikat kemas tetapi Mak Chak perhatikan bibirnya
tercalit gincu. Mengeluh Mak Chak melihatkan Hana, anak
dara sunti yang masih mentah dengan dunia di luar sana.Teringat kala dia masih muda, seperti bunga, sesegar dan
seharum Hana sekarang ini. Kalau boleh dia ingin
melindungi Hana dari dilukai oleh realiti dunia.
Sebelum Hana melangkah keluar rumah, Mak Chak
berpesan lagi, hang tu jalan-jalan juga, shopping-shopping
juga, sembahyang jangan lupa tau. Kat shopping komplekstu, KLCC ka mana ka, semua ada tempat sembahyang.
Jangan buat tak tau aja.
Mak Chak selalu berpegang kepada prinsip, kalau
sembahyang, dapat melindungi diri daripada terjadi perkara
yang tidak diingini. Sebab itu dia berpesan kepada Hana
supaya jangan lupa bersembahyang walaupun di mana Hana
berada.
Baiklah Mak Chak, janji Hana, asalkan dia dapat
ikut Jeery berjalan-jalan sekitar KL.
-
8/7/2019 HMTK
29/148
Alina Haizar
29
Hari ini ialah hari yang paling bahagia buat Hana.
Tidak disangka budak yang paling kacak di kolej itu
mengajaknya keluar. Hana juga rasa bangga bila dapat keluar
dengan pemuda seperti Jeery.
Jeery membawa Hana makan angin sekitar Kuala
Lumpur. Mereka sempat melawat Muzium Negara, Masjid
Negara, Pusat Sains dan Taman Burung.
Betul-betul macam bawa orang kampung melawat
KL. Aku pun tak pernah pergi kat tempat-tempat ni, Jeeryberkata di dalam hati.
Mereka berjalan-jalan sehingga jam menunjukkan
pukul lima petang.
Lepas ni kita pergi KLCC. Je nak beli barang
sikit.
Okey, boleh Hana sembahyang asar kat sana nanti.Mak Chak kata kat KLCC ada tempat sembahyang.
Alamak! Lecehnya perempuan ni. Time shopping
pun sibuk nak sembahyang, hati Jeery merungut.
Selesai Hana menunaikan sembahyang asar di
surau pusat membeli-belah Suria KLCC, Jeery terus
membawa Hana ke kedai yang menjual pakaian wanita.Hana agak kehairanan. Dia ingat Jeery yang
hendak membeli pakaian, sebaliknya Jeery memilih
beberapa pakaian wanita dan terus menyuruh Hana
mencubanya. Hana menolak tetapi Jeery bersungguh-
sungguh mahu Hana mencuba pakaian yang dipilihnya. Dia
menarik tangan Hana supaya mengikutnya ke tting room,
dan menolak Hana masuk ke dalam bilik tersebut.
Mahu tidak mahu Hana terpaksa mencuba pakaian
yang dipilih oleh Jeery. Tetapi Hana tidak berapa berkenan
-
8/7/2019 HMTK
30/148
Hadirmu Takdirku
30
dengan pakaian yang Jeery pilih itu. Sama ada pakaian
tersebut terlalu pendek, terlalu ketat atau tidak berlengan.
Setelah disuruh mencuba beberapa pilihan pakaian,
akhirnya Jeery puas hati dengan pakaian terakhir yang Hana
cuba. Gaun pendek berwarna hitam tanpa lengan yang
mendedahkan paha. Bahagian dadanya terbuka agak luas.
Wow, cantiknya Hana pakai baju ni! seru Jeery.
Barulah pertama kali pada hari ini Hana melihat
Jeery tersenyum. Tetapi senyuman itu tidak dapat
menghilangkan kerisauan Hana yang tidak aham dengan
keanehan tingkah laku Jeery waktu itu.
Sendatlah baju ni, kata Hana, cuba mengelak
daripada dipaksa memakai gaun itu. Tak ada baju lain ke?
Dia tidak suka langsung dengan pakaian itu. Bila
ditarik ke bawah sebab terlalu pendek, bahagian dada pulaterdedah. Bila ditarik ke atas, paha pula terdedah.
Jeery puas hati melihat tubuh Hana yang disaluti
baju yang dipilihnya itu. Warna hitam membuatkan Hana
nampak langsing sikit. Memang pakaiannya agak sendat.
Kalau Hana kurus, lagi cantik tetapi baju yang sendat ini
membuatkan Hana kelihatan menarik dengan susuk tubuh
perawan sunti yang berada di ambang kedewasaan. Memang
Jeery ada cita rasa yang bagus. Baru Hana kelihatan seperti
Lily dan rakan-rakannya yang lain. Tidaklah Jeery malu
malam ni nanti.
Alright! Macam ni baru nampak ada kelas. Nampak
shape, baru nampak pinggang... berbanding dengan pakaian
yang Hana pakai everyday, komen Jeery agak sinis.Hana terdiam. Dia agak terkejut mendengar komen
Jeery yang agak pedas itu. Selalunya Jeery tidak bercakap
macam tu padanya.
-
8/7/2019 HMTK
31/148
Alina Haizar
31
Terus pakai baju tu. Je nak bawa Hana pergi
majlis hari jadi kawan. Baju Hana pakai tadi lipat, kita
masukkan dalam beg plastik.
Hah? Kenapa Je tak cakap awal-awal nak pergi
rumah kawan Je?
Jeery tidak mengendahkan soalan Hana. Lepaskan
rambut Hana, macam ni.
Jeery menarik getah rambut yang mengikat
rambut Hana dengan agak kasar.
Hana kesakitan, tetapi belum sempat berkata apa-
apa Jeery sudah menariknya ke kaunter bayaran.
Direntapnya tanda harga pakaian berwarna hitam itu lalu dia
membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit.
Mahalnya baju ni Je!
Terkejut Hana apabila mengetahui bajunya bernilai
hampir empat ratus ringgit.
Takpe, this is just or you.
Jangan macam tu, Je. Tak maulah Hana. Lagipun
Hana bukan boleh pakai baju macam ni kat mana-mana pun
lepas ni.
Je kata pakai, pakailah! Nanti malu Je kalau
Hana pergi ke parti tu dengan blaus dan seluar jeans ni, kata
Jeery dengan nada yang keras sambil mengunjukkan beg
plastik yang berisi pakaian yang dipakai oleh Hana sebelum
ini.
Dia terlupa untuk mengawal marahnya. Dia sudah
terlalu hampir untuk memenangi pertaruhan tersebut. Diatidak pedulikan sesiapa lagi. Matanya menyoroti tubuh Hana
yang bersalut dengan kain sendat itu dari atas ke bawah,
tanpa memandang wajah Hana pun.
-
8/7/2019 HMTK
32/148
Hadirmu Takdirku
32
Okey! Semua dah okey, desis hati Jeery. Nasib baik
Hana pakai sepatu hitam. Walaupun sepatu murahan tetapi
padan dengan baju hitam yang dipakainya. Kalau Hana pakai
selipar, terpaksalah Jeery membeli sepasang sepatu hitam
pula.
Mesti seumur hidup Hana, tidak pernah ada baju
semahal nikan? ujar Jeery tanpa menyedari soalannya itu
telah menyinggung perasaan Hana.
Hana terdiam mendengar nada suara Jeery yangseperti mengejeknya. Dia tidak berani berkata-kata. Kenapa
Jeery marah? Mungkin salah Hana kerana tidak menghargai
apa yang Jeery cuba lakukan. Ingin rasanya Hana pulang ke
rumah sahaja. Tetapi nampaknya Jeery terlalu beria-ia ingin
membawanya ke rumah kawan.
Hana cuba memujuk hatinya, yang Jeery tidakbermaksud menghinanya. Cuma Hana yang asyik
menyusahkan Jeery hingga dia marah. Lebih baik Hana ikut
sahaja kemahuan Jeery dengan mendiamkan dirinya.
Tetapi Jeery seperti tidak perasan pun yang Hana
mendiamkan diri. Dia tidak nampak pun diri Hana sebagai
Hana. Pada dia, Hana hanyalah budak kantin, penting untuk
menjamin kemenangannya malam ini. Dia melihat jam ditangan yang menunjukkan pukul tujuh setengah malam, lalu
ditarik tangan Hana menuju ke eskalator untuk ke kawasan
letak kereta.
Dalam terburu-buru menurut langkah panjang
Jeery, Hana ingin minta Jeery supaya berhenti di surau
KLCC, tempat dia sembahyang asar tadi. Dia hendak
menunaikan sembahyang maghrib tetapi melihat muka
Jeery yang serius, dia jadi takut lalu mengikut sahaja Jeery
berjalan pantas menuju ke keretanya.
-
8/7/2019 HMTK
33/148
Alina Haizar
33
MONA menyambut kedatangan mereka di pintu dengan
senyuman yang menguntum di bibirnya.
Tiba-tiba sahaja Jeery memeluk pinggang Hana.
Hana terkejut dan cuba meleraikan pegangan itu
tetapi tidak berjaya. Nyata, rangkulan Jeery di pinggangnya
seperti besi, tidak mungkin dapat dileraikan.
Jeery langsung tidak memandang Hana sebaliknya
tertumpu kepada Mona yang sedang berdiri di hadapan pintu
banglo besarnya.
Oh, Je... I ingat you tak datang.
Jeery tidak membalas, sebaliknya dia cuma
tersenyum. Senyuman kemenangan kerana budak kantin itu
akhirnya berjaya dibawa ke parti hari jadi Mona.
Eh! Siapa ni? soal Mona.
Seketika Mona terlupa Jeery harus membawa
budak kantin itu ke parti hari jadinya. Ini adalah kerana dia
tidak cam Hana, yang begitu berbeza penampilannya malam
ini.
Oh ya, budak kantin. Hampir-hampir I tak kenal. A
little black piece. Cantik pulak you malam ni, ujar Mona.
Tersirap darah Hana mendengar Mona
menggelarkannya budak kantin dengan nada yang kuat. Pipi
gebunya terus menjadi merah padam. Hana yakin semua
orang boleh mendengarnya dan ada yang sedang
mentertawakannya.
Jeery dan Mona berbalas-balas senyuman penuh
makna.Kemudian Mona menarik muka Jeery hampir ke
bibirnya yang merah, lalu membisikkan, burung (mangsa)
sudah masuk perangkap nampak.
-
8/7/2019 HMTK
34/148
Hadirmu Takdirku
34
Jeery tersenyum lebar. Tangannya masih
merangkul pinggang Hana, membawa Hana masuk ke dalam
banglo tersebut.
Hana tidak biasa dengan keadaan begini.
Tapi Jeery tetap tidak mahu melepaskan
rangkulannya.
Hana rimas dan malu. Dia tidak pernah berada
dalam keadaan begini, berpakaian sebegini. Tidak ada sesiapa
yang pernah memeluknya apatah lagi seorang lelaki ajnabi.
Sudahlah dia tidak sembahyang maghrib tadi. Kalau emak dia
lihat keadaan dirinya sekarang, mati dia dikerjakan nanti!
Manusia-manusia lain di sekelilingnya sedang
menari, mengikuti irama lagu yang rancak. Hana memandang
sekeliling dengan termangu-mangu, terlupa seketika akan
tangan yang memeluk kemas pinggangnya.Kemudian irama lagu perlahan berkumandang.
Lampu dimalapkan. Semua pasangan mula berpelukan, liuk-
lentuk berdansa.
Mari kita menari Hana.
Hana menolak tangan Jeery yang memautnya.
Maa Je, Hana tidak pandai semua ni.Tak apa. Ikut aje Je.
Jeery terus merangkul tubuh Hana dengan kemas.
Dia memaksa Hana menari mengikut gerakan badannya.
Jeery merapatkan tubuhnya sehingga tidak ada ruang
kosong langsung di antara mereka. Dia kemudian merapatkan
mukanya ke muka Hana.
Hana kaget. Bau cologne Jeery menusuk ke
hidungnya, menggodanya. Dia boleh hanyut dalam keadaan
begini. Dia cuba sedaya upaya untuk menguatkan dirinya.
-
8/7/2019 HMTK
35/148
Alina Haizar
35
Hanya Tuhan yang tahu betapa susahnya melawan godaan
yang mengasyikkan ini.
Jeery rasa sangat gembira. Dia sudah menang! Dia
mahu semua kawannya melihat budak kantin itu sudah jatuh
ke dalam tangannya. Dia mengemaskan rangkulannya. Setiap
naas ditarik, setiap kali itulah dia menikmati haruman
rambut Hana yang selembut sutera. Betul jangkaan Jeery
bila rambutnya dilepaskan, Hana kelihatan lebih menarik.
Jeery melurut tangannya di lengan Hana yanglembut dan licin itu. Tidak disangka pula seluruh tubuh
budak kantin ini begitu halus dan lembut.
Hana terus membeku. Dia tidak dapat berbuat apa-
apa dek masih terkejut dengan tindakan Jeery yang sama
sekali tidak terduga itu.
Tangan Jeery melurut pula di belakang badanHana. Haruman rambut dan badan Hana membuai dirinya
seketika. Dia terpegun dan asyik menikmati kelembutan
tubuh gadis ini.
Jeery semakin berani bertindak. Dia mula
mengucup leher Hana. Satu perasaan aneh meresapi dirinya.
Hana pula berdiam diri sahaja, mungkin sedang
asyik dalam kehangatan kucupan dan dakapan Jeery.
Tangan Jeery mula menjalar ke merata-rata tubuh
Hana.
Hana yang tidak selesa dengan tindakan Jeery
cuba menolak tubuh Jeery.
Jeery ketawa kecil lalu cuba mencium bibir Hana,
membuatkan Hana menolak tubuh Jeery dengan lebih kuat.
Jeery terkejut bila terasa dirinya ditolak dengan kuat oleh
Hana. Tariannya terhenti lantas dia memegang bahu Hana
-
8/7/2019 HMTK
36/148
Hadirmu Takdirku
36
dan menjarakkan sedikit tubuh mereka, supaya dia dapat
melihat wajah Hana.
Sebenarnya sejak dari tengah hari tadi Jeery tidak
sekali pun memandang wajah Hana dengan tepat. Dia terlalu
memikirkan rencananya untuk membawa Hana ke parti hari
jadi Mona. Dia tidak nampak pun kerisauan di wajah Hana.
Dia tidak terkir pun apa sebenarnya perasaan Hana. Dia
ingat Hana seronok berada di sampingnya, tidak kira apa
yang dia lakukan. Dia ingat Hana pun sedang asyik sepertidirinya juga. Tetapi sangkaannya salah.
Mata Hana bulat minta belas kasihan, seperti
merayu Jeery melepaskan tubuhnya. Tangannya cuba
menolak tubuh Jeery daripada terus melekap di tubuhnya.
Relaks!
Muka Jeery serta-merta mencuka, seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula. Dia syok sendiri rupanya.
Dapat dirasa dari dalam hatinya, seperti ada cecair panas
sedang mula menggelegak. Dia ingat budak kantin ini sudah
hanyut dengan pelukannya.
Tetapi Hana terus meronta cuba melepaskan diri
dari Jeery.
Jangan! Hana tak biasa macam ni, ujar Hana
perlahan, tangannya masih cuba menjauhkan tubuh Jeery
dari tubuhnya.
Lama-kelamaan Jeery tidak dapat menahan
marahnya lagi. Keegoannya tercalar oleh keengganan Hana.
Dia paut tubuh Hana lebih kuat lagi supaya Hana kembali
melekap di tubuhnya, lalu dibisiknya di telinga Hana, jangannak bagi malu Je dengan buat perangai kat sini. Kalau tak
mahu menari dengan Je, ramai lagi yang hendak. Okey!
Jeery membawa Hana ke sudut ruang tamu yang
-
8/7/2019 HMTK
37/148
Alina Haizar
37
sunyi dan agak malap. Kemudian dikucup kasar batang leher
Hana. Perasaan aneh mendatanginya kembali. Lantas dia
mengambil naas panjang, menghidu keharuman tubuh dan
rambut anak gadis itu. Dia begitu selesa berkeadaan begini
dan ingin lebih lama dalam kedudukan begitu.
Tetapi nyata dari rontaan Hana, gadis itu tidak pula
berperasaan seperti Jeery.
Menyedari situasi itu, Jeery jadi semakin geram.
Dia cuba mengucup bibir Hana.
Hana melarikan wajahnya lalu cuba sekuat hati
untuk menolak Jeery.
Kemarahan Jeery tidak tertahan lagi. Tanpa
berkir panjang, dia terus menolak Hana untuk melepaskan
geramnya.
Nasib baik ada dinding yang menahan Hana. Jikatidak, tentu dia sudah terjelepok ke lantai. Hana terperanjat
dengan kekasaran Jeery. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Adakah
dia yang membuat Jeery jadi begini? Hana menggosok
lehernya yang kesakitan akibat dikasari oleh Jeery.
Dia termangu-mangu seorang diri di sudut ruang
tamu setelah Jeery beredar ke arah kawan-kawannya yang
lain. Dia tidak sepatutnya datang ke sini. Tetapi Jeery betul-
betul nampak ikhlas bila mengajak dia ke mari. Tiba-tiba
Jeery berubah menjadi pemarah dan kasar. Dia tidak tahu
kenapa. Selalu Jeery tidak begini. Dia tidak pernah berkasar
dengan Hana.
Hana memerhatikan Jeery dari jauh. Jeery
dilihatnya sedang berbual-bual mesra dengan rakan-rakannyasambil menghisap rokok. Hana semakin hairan. Setahunya
Jeery tidak merokok atau tidak pernah dilihat merokok bila
bersamanya. Jeery sudah tidak mempedulikan Hana lagi.
-
8/7/2019 HMTK
38/148
Hadirmu Takdirku
38
Hana mencari ruang di sudut gelap dan duduk di
situ sambil memerhatikan mereka yang sedang berpesta. Dia
perhatikan gelagat manusia yang menghadiri parti hari jadi
Mona. Macam mana dia, Farhana Ghazali boleh berada di
sini?
Baru dia perasan di majlis keramaian ini, mereka
tanpa segan silu menghidangkan minuman haram. Dia rasa
sangat tidak selesa. Dia tidak biasa dengan keadaan begini.
Tambahan pula dengan pergaulan bebas antara lelaki danperempuan. Mereka saling berpelukan dan berkucupan tidak
kira lelaki atau perempuan. Ada yang beredar ke tempat-
tempat gelap untuk menjadi lebih intim dengan pasangan
masing-masing.
Ini bukan tempat untuk Farhana Ghazali. Sekali
lagi dia bertanya pada dirinya. Kenapa dia boleh berada di
sini?
Dari sudut yang malap itu, Hana melihat Jeery
sedang memaut pinggang Mona sambil diperhatikan oleh
Wan, teman lelaki Mona.
Wan sedang menikmati minuman dari tin beer
sambil berbual dengan Jeery dan Mona. Wan sedikit pun
tidak marah melihat Jeery menguliti teman wanitanya.
Malahan Mona sengaja melekapkan dirinya ke
tubuh Jeery.
Pelik Hana menilai semua ini. Dia ingatkan
pergaulan bebas begini berlaku di televisyen atau di luar
negara sahaja. Dia tidak pernah sangka akan melihat perkara
ini di depan matanya sendiri.Kemudian Mona memimpin tangan Jeery naik ke
tingkat atas banglo mewah itu. Tiba di atas tangga, Jeery
memeluk tubuh Mona dari belakang sementara Mona terus
-
8/7/2019 HMTK
39/148
Alina Haizar
39
membawanya menuju ke salah sebuah bilik tidur. Mereka
sedang tersenyum gembira.
Apakah maksud semuanya ini? Kenapa Jeery
berpeluk-pelukan mesra dengan Mona dan pergi ke tingkat
atas? Hana tidak mengerti.
Hana sedih. Tiba-tiba dia terkenangkan kata-kata
Mak Chak tengah hari tadi. Kalaulah dia dengar cakap Mak
Chak tadi, tidak begini jadinya. Air matanya mengancam
untuk jatuh berderai. Hana hendak cari jalan keluar dariruang tamu itu. Dia tidak mahu orang lain nampak dia
menangis. Bila Hana nampak seorang perempuan baru keluar
dari bilik air, dia terus masuk ke dalam bilik air tersebut.
Apabila dia masuk ke dalam bilik air itu, Hana rasa
kagum. Mewah betul keluarga Mona. Bilik tidur Hana pun
lebih kecil daripada bilik air ini. Terdapat dua ruang terpisahdi dalam bilik air ini, ruang touch-up di mana terletak cermin
dan singki yang mewah dan satu lagi bilik tandas. Bilik
tandasnya begitu bersih dan lantainya berkilat. Cantiknya
bilik air ini dengan sentuhan mewah, lambang status
keluarga ini. Hana tidak layak berada di sini. Dia lupa diri
kerana terlalu ingin berada di samping Jeery. Hana pilih
untuk duduk di dalam bilik tandas supaya dia dapat menangissendirian tanpa dilihat oleh sesiapa. Lama juga Hana duduk
di dalam bilik tandas itu. Dia menangis sendirian. Dia jadi
buntu akan langkah seterusnya yang harus diambil.
Akhirnya setelah beberapa ketika, Hana bangun,
lalu mengesat air matanya. Dia tidak boleh selamanya duduk
di dalam bilik air ini. Hana ingin segera keluar dari situ. Dia
memegang tombol pintu apabila terdengar pintu bilik air di
luar dibuka orang. Hana tidak mahu terserempak dengan
sesiapa, takut mereka nampak matanya yang bengkak akibat
menangis. Dia tidak jadi keluar dari bilik tandas, lantas dia
-
8/7/2019 HMTK
40/148
Hadirmu Takdirku
40
tunggu sahaja di dalam bilik itu, dengan harapan orang yang
masuk itu akan beredar sekejap lagi.
Dari butir-butir perbualan, Hana agak ada dua
orang telah masuk ke dalam bilik air itu. Mereka sedang
rancak berbual. Hana kenal suara salah seorang yang berkata-
kata itu. Mona. Nasib baik Hana tidak jadi keluar dari situ
tadi. Tidak sanggup dia berhadapan dengan Mona.
Kan I dah bet dengan Je. Kalau dia boleh bawak
budak kantin tu datang birthday party I ni, hadiah menangbet adalah Lily, cerita Mona.
Lily tahu pasal ni? tanya Sherry.
Tau. Dia sebenarnya sukakan Je. Saja nak buat
Je jealous, bila dia keluar dengan pilot tu... Lily memang
sejak tadi tunggu kedatangan Je. Tak sabar-sabar dia hendak
bersatu semula dengan boyrienddia.Apa mereka nak buat kat atas tu?
You know... lovers punya reunion. And I bet this is
not their rst time.
Apa-apalah, kata Sherry sambil membetulkan
rambutnya.
Mona ketawa gembira.
So, youlah yang cabar Jeye? soal Sherry lagi.
Yes!
Kira Je menanglah the bet tu?
Yeap!
Habis tu, budak kantin tu... siapa nama dia? Dia
macam mana?
Hana nama dia. I dont know, I dont care and I
dont give a damn about her.
-
8/7/2019 HMTK
41/148
Alina Haizar
41
Kesian dia Mona, kalau dia tahu Je cuma gunakan
dia just to get even with Lily, she must be very hurt.
Alah! Serves her right. Takkan dia tak tahu, dia
dengan Je tidak padan. Perasan sendiri! She is not even his
type. Too much puppy at. His taste is someone like Lily, or
me. Tall and slim. Jetackled her only because o the bet. Tu
saja. But budak kantin tu pun gunakan Je untuk datang ke
sini, to my party. She sold her body as long as she can get
here. You tengok tadi, kan Je can do anything with herbody, she was so willing. Entah-entah dah jadi mangsa Je!
Mona ketawa dengan kejam. Kemudian dia
menambah lagi, anyway kalau tidak buat macam tu, sampai
kucing bertanduk pun dia takkan dapat merasa datang ke
parti-parti macam ni. Budak ulu mana mari, ntah. Imagine...
having orang macam tu at my birthday party? Please!
Hana seperti tidak percaya dengan apa yang
didengarinya. Hatinya dihiris-hiris mendengar setiap
perkataan yang keluar dari mulut Mona. Pertama dia terkejut
dengan perbuatan Jeery. Itu sahaja sudah cukup membuat
dia betul-betul terluka. Selepas itu Mona pula menghina dia
hingga ke asal-usul dia. Kenapa dia begitu kejam? Padahal
Hana tidak kenal pun dengan Mona. Hana sudah tidak tahanlagi, lantas dia membuka pintu dan keluar dari bilik tandas.
Ops... Hana! tegur Mona yang jelas terkejut
melihat Hana ada di situ juga.
Kawan Mona yang seorang lagi, Sherry juga
terkejut. Dilihatnya mata Hana merah. Tiba-tiba Sherry
berasa sangat kasihan dengan Hana.
Hana.... Sherry menegurnya dan cuba mencari
kata-kata yang boleh membetulkan keadaan tetapi lidahnya
kelu.
-
8/7/2019 HMTK
42/148
Hadirmu Takdirku
42
Hana terus keluar dari bilik air tersebut tanpa
memandang ke arah Mona dan Sherry. Dia berlari keluar dari
banglo mewah tersebut. Dia sudah tidak sanggup lagi
mendengar penghinaan yang dilemparkan oleh Mona dan
penganiayaan yang dilakukan oleh Jeery terhadap dirinya.
-
8/7/2019 HMTK
43/148
Alina Haizar
43
HANA berjalan dengan pantas
keluar dari banglo mewah itu.
Dia terhenti seketika di hadapan
banglo itu. Bagaimana dia hendak balik ke rumah Mak Chak?
Di dalam tangannya cuma ada sepuluh ringgit sahaja. Dia
pun tidak tahu macam mana nak balik, jalan mana nak
dituju untuk sampai ke rumah. Yang lebih sukar lagi, macam
mana nak berdepan dengan Mak Chak? Mak Chak mesti
syak apabila melihat Hana pulang dengan keadaan begini,
dengan memakai baju hitam yang sendat, dan mendedahkan
bahagian-bahagian tubuhnya. Walhal tengah hari tadi Hana
keluar dari rumah dengan memakai baju yang lebih sopan.
Walau apa pun dia mesti pergi dari situ. Hana
mengorak langkah hendak keluar dari pekarangan banglo.
Dia tidak perasan ada seseorang yang sedang duduk di salah
sebuah kerusi taman di pekarangan banglo tersebut.
Eh, Hana! tegur satu suara.
Hana terkejut lalu segera menoleh ke arah suara
yang memanggilnya. Abang Ramli!
Bab5
-
8/7/2019 HMTK
44/148
Hadirmu Takdirku
44
Lega rasa Hana melihat Ramli yang tersandar di
kerusi itu. Dia ingatkan Jeery yang memanggilnya. Tidak
sanggup dia bersemuka dengan Jeery lagi.
Macam mana Hana boleh ada kat sini?
Ramli sebenarnya tidak cam Hana. Bila Hana sudah
dekat baru dia perasan gadis yang berpakaian gaun hitam
pendek dan ketat itu ialah Hana.
Panjang ceritanya. Abang Ramli kenapa duduk di
sini?
Dapat jemputan, abang datanglah.
Tetapi kenapa duduk di luar saja? Abang tak masuk
ke dalam ke? tanya Hana yang pelik melihat Ramli duduk di
luar sahaja.
Ramli sebenarnya tidak berapa gemarkan majlis-
majlis seperti ini. Selalunya dia akan tunjuk muka. Kalau
keadaan majlis tidak digemarinya, dia akan angkat kaki. Dia
baru sampai selepas sembahyang maghrib tadi. Tetapi melihat
keadaan majlis ini, ada hidangan minuman haram dan
ditambah dengan kelakuan para tetamu yang menjolok mata
membuat dia meluat. Lantas dia terus keluar dari banglo itu
untuk ambil angin sebentar sebelum beredar dari situ.
Ramli hanya tersenyum bila menjawab soalan Hana.
Bukan jenis majlis yang sesuai untuk abang. Kenapa ni
Hana? Hana nak ke mana?
Hana mendiamkan dirinya. Tidak tahu bagaimana
hendak memberitahu Ramli apa yang berlaku. Hana malu
dengan Ramli.
Ramli pelik memandang Hana. Kenapa Hana pakai
baju macam ni? Hana datang dengan siapa?
Dengan Je.
-
8/7/2019 HMTK
45/148
Alina Haizar
45
Mana Je?
Hana tak tahu. Hana nak balik.Hana nak balik dengan apa?
Tak tau. Teksi ke, bas ke....
Susah nak dapat bas kat sini, Hana. Ini kawasan
orang mewah. Semua berkereta. Kalau nak naik teksi, kena
teleon dulu. Belum tentu ada teksi yang lalu di sini. Dekat
jalan besar tu mungkin ada.Tak apalah. Hana nak balik juga! Hana mahu
beredar dari situ dengan segera.
Nanti dulu, Hana.
Tolonglah Abang Ramli. Hana nak balik. Hana
jalan kaki pun tak apa.
Nanti... nanti dulu. Biar abang hantar Hana balik,okey? Mari ikut abang.
Habis? Majlis kat dalam tu macam mana?
Ah, tak apa. Abang memang hendak balik ni. Baik
abang study di bilik. Ada juga aedahnya, jawab Ramli, lantas
dia bangun dan menuju ke motosikalnya.
Ketika itu juga, pintu depan dibuka dan beberapaorang keluar mengambil angin malam.
Ramli dan Hana terus berjalan tanpa mempedulikan
mereka yang baru keluar itu.
Nasib baik Ramli membawa ekstra topi keledar.
Apabila tiba di motosikalnya, Ramli membuka kunci mangga
yang memegang kedua-dua topi keledarnya dan menyerahkan
yang satu lagi pada Hana. Sementara itu dia memakai topi
keledar yang satu lagi. Kemudian dia menanggalkan jaket
hitamnya lalu diberikan kepada Hana.
-
8/7/2019 HMTK
46/148
Hadirmu Takdirku
46
Nah! Pakai jaket ini. Tak manis anak gadis
berpakaian begini malam-malam ni, tegur Ramli.
Malunya Hana ketika itu, tetapi dia tidak marah
Ramli, malah bersyukur dapat jaket hitam itu untuk
melindungi tubuhnya yang agak terdedah itu.
Hana membonceng motor Ramli dan Ramli pun
terus beredar dari situ.
Mereka yang berada di hadapan banglo itu tadi
cuma melihat sahaja apa yang berlaku tanpa berkata apa-apa.
HANA dah makan? tanya Ramli sambil menoleh ke arah
Hana yang sedang membonceng di belakangnya.
Belum, jawab Hana.Ramli sudah agak akan jawapan Hana kerana Hana
nampak cemas dan kepenatan. Ramli pun belum makan lagi.
Tidak ada selera dia hendak makan di tempat yang penuh
dengan kejadian maksiat itu tadi.
Okey, kita singgah kat McDonalds dulu. Abang
belanja, beritahu Ramli sambil memberhentikan
motosikalnya di hadapan sebuah restoran McDonalds.
Hana takut nanti Mak Chak marah. Dah lewat dah
ni. Hana ingat kami keluar sekejap aja. Hana tak sangka, Je
bawa Hana ke majlis ini.
Takpe. Nanti Abang Ramli hantar balik dan kalau
perlu abang jumpa Mak Chak sekali supaya dia tak marah.
Hana mengangguk perlahan. Syukurlah ada Abang
Ramli. Hana duduk di salah sebuah kerusi di dalam restoran
itu sementara Ramli membeli makanan.
-
8/7/2019 HMTK
47/148
Alina Haizar
47
Cuba Hana cerita apa yang berlaku. Hana bergaduh
dengan Je ye? soal Ramli, sebaik sahaja dia meletakkan
dulang makanan dan duduk berhadapan dengan Hana.
Hana memandang tepat ke muka Ramli.
Hana tak aham apa yang berlaku. Abang Ramli
kawan Je. Mungkin Abang Ramli yang boleh cerita dengan
Hana apa yang sebenarnya terjadi, usul Hana pula.
Abang tak aham apa maksud Hana ni.
Betul abang tak tahu apa-apa? Bukankah Je minta
abang kenalkan Hana dengan dia? Ingat tak? Lebih kurang
dua minggu lepas. Bukankah Je yang minta abang kenalkan
Hana kepada dia.
Taklah. Abang tak tahu pun Hana berkawan rapat
dengan dia sehingga ikut dia keluar malam.
Abang tak tahu pasal pertaruhan mereka mereka?
Masya-Allah. Ya Allah! Hana ke? Hana ke yang yang
menjadi taruhan mereka selama ni? Ramli menepuk
dahinya.
Jadi abang tahu pasal pertaruhan itu?
Abang ada dengar mereka sibuk cakap pasal
pertaruhan tu. Tapi sumpah abang tak tahu mangsanya Hana.
Kalau abang tahu, abang mesti menghalangnya. Abang ingat
bet di kalangan mereka sahaja. Abang memang tak peduli.
Kebanyakan mereka memang dah rosak akhlak.
Ramli rasa bersalah, baru dia sedar selama ini dia
digunakan oleh Jeery supaya dapat berkenalan dengan Hana.
Ini semua untuk mengenakan Hana.Muka Ramli menunjukkan rasa bersalah yang amat
sangat. Memang abang tahu pasal bet tu, Hana.
Apa pertaruhannya? tanya Hana dengan tenang.
-
8/7/2019 HMTK
48/148
Hadirmu Takdirku
48
Itu abang tak pasti. Je ada buat sesuatu yang
buruk pada Hana ke?
Hana terdiam, malu hendak diceritakan apa yang
berlaku ke atas dirinya. Kemudian dia menjawab, tak ada.
Je ada... ummm... ada... Hana ke?
Tidak sanggup Ramli bertanya apa yang hendak
ditanyanya. Lega rasanya bila Hana cepat-cepat
menggelengkan kepalanya, menakan Jeery telah
merosakkannya. Dia pukul Hana ke?
Hana menggelengkan kepalanya.
Apa hadiahnya kalau Je menang? tanya Hana
tiba-tiba.
Je akan dapat Lily balik. Lily akan buat apa sahaja
yang Je hendak dia lakukan. Mona akan belanja kami semua
satu kelas makan di salah sebuah restoran di KLCC.
Kalau kalah?
Je kena belanja satu kelas menginap tiga hari dua
malam di Genting Highlands.
Hana terdiam. Banyak betul yang dipertaruhkan.
Semua orang untung. Cuma Hana seorang sahaja yang
menjadi mangsa.
Kenapa Abang Ramli? Sanggup Je buat Hana
macam tu... Hana diperbodohkan oleh Je. Dia tidak rasa
bersalah pun.
Hana mula menitiskan air matanya. Hana tak
sangka Je sanggup mempergunakan Hana. Hana ingat dia
ikhlas berkawan dengan Hana. Rupa-rupanya dia nak buatLily cemburu dan kembali semula pada dia.
Maa Hana, abang memang betul-betul tak tau.
-
8/7/2019 HMTK
49/148
Alina Haizar
49
Tak apa... bukan salah Abang Ramli, kata Hana
bersama esak tangisnya. Hancur sudah harapannya selama
ini. Hana sedar siapa Hana ni, Abang Ramli.
Ramli mengeluh perlahan.
Jadi Je dah kembali pada Lily? soal Ramli dan
Hana mengangguk perlahan-lahan.
Mereka memang couple yang intim, dah lama
sebenarnya, jelas Ramli.
Hana tak tahu. Abang... Hana ingat Je betul-betul
ikhlas berkawan dengan Hana. Selepas abang kenalkan Hana
pada Je, setiap hari dia datang dan makan di kaeteria. Dia
nampak macam baik dan rajin orangnya. Dia kata dia datang
makan di kaeteria sebab nak pergi perpustakaan selepas itu.
Apa? Je kata dia pergi ke perpustakaan setiap
malam?
Setahu Ramli, Jeery akan pergi ke perpustakaan
hanya untuk meniru tugasan atau laporan amali sahaja.
Selain dari tu, Jeery tidak akan datang ke library.
Tak apalah. Bukan salah Hana. Mereka yang harus
dipersalahkan. Makanlah dulu Hana, lepas ni abang hantar
Hana balik, ye, putus Ramli.Hana mengangguk sambil mencapai burger di
hadapannya dan mula mengunyah perlahan-lahan.
Sudahlah Hana, lepas ni Hana beringatlah. Je
bukan macam abang. Dia anak orang senang. Abang di sini
kerana dapat biasiswa. Abang bukan anak orang senang.
Sekarang Hana dah lihat, kan beginilah kehidupan budak-
budak dari keluarga berada. Jangan Hana terikut cara mereka,
sudahlah, nasihat Ramli.
Macam mana abang boleh baik dengan dia?
-
8/7/2019 HMTK
50/148
Hadirmu Takdirku
50
Abang tahu dia baik dengan abang sebab abang
boleh tolong dia belajar. Abang ingat abang sudah berjaya
mengubah Je. Tapi nampaknya abang tidak berjaya. Dia
masih sangat pentingkan dirinya sendiri. Apa hendak buat,
dia sudah begini sepanjang hidupnya. Takkan dalam setahun
ini berkawan dengan abang, dengan sekelip mata dia akan
berubah.
Hana cuma terdiam, mungkin ada benarnya kata-
kata Ramli itu. Cuma Hana buta kepada semua kelemahanJeery kerana dia suka sangat dengan Jeery. Malahan Mak
Chak sudah selalu menasihati Hana, pun Hana tidak mahu
melihat kebenaran itu. Yang Hana tahu dia sayangkan Jeery.
Apa yang berlaku kepadanya hari ini adalah musibah yang
ditempah oleh dirinya sendiri.
Kemudian mereka terdiam, terus menjamah
makanan sehingga selesai.
Setelah perutnya diisi, baru Hana rasa lega sedikit.
Perasaannya kembali tenang.
Hana masih muda lagi. Kenapa Hana tidak mahu
sambung belajar? tanya Ramli.
Emak Hana orang susah. Sebab tu Hana datang
KL, kerja dengan Mak Chak. Boleh bantu dia kat kampung.
Keputusan SPM Hana macam mana?
Okey la... tapi tak dapat masuk IPTA. Hana tak
mampu masuk IPTS.
Jalan yang paling baik ialah bekerja. Sekarang ini
Hana kerja sementara mencari pengalaman dan untuk
kumpul duit. Lepas ni, Hana mungkin cuba dapatkan mana-
mana kursus kemahiran. Hana hendak meringankan
tanggungan emak.
-
8/7/2019 HMTK
51/148
Alina Haizar
51
Hana boleh belajar sambil kerja, tau. Hana tau
tak?
Ye ke? Macam mana? tanya Hana.
Nanti abang tolong tengokkan.
Hana mengangguk.
Baiklah. Habiskan kentang goreng tu. Lepas ni,
abang hantar Hana balik.
JEFFERY berada di bilik Mona bersama dengan Lily. Lily
tersenyum mesra ke arahnya. Lily memang seorang yang
cantik dan jelita. Berwajah kacukan, hidung mancung dengan
kulit yang putih dan mulus kerana emaknya berketurunan
Inggeris. Bertuah sesiapa yang dapat menawan Lily. Itu yangsering dikatakan oleh kebanyakan orang yang mengenalinya.
Disebabkan itu, Jeery rasa dia mesti menang
pertaruhan itu. Dia mesti menang pertaruhan itu dan buat
Lily tunduk padanya. Baru dia boleh buktikan dia jaguh. Kini
dia gembira, maruahnya tidak tergugat. Malahan kembali
utuh. Dia sudah capai apa yang dikehendakinya. Semua orang
kini tahu yang Lily sebenarnya gilakan dia, cuma nak buatkan
dia cemburu. Itu yang Mona ceritakan kepada semua orang di
bawah sana. Jeery puas hati. Dia telah berjaya di dalam
misinya kali ini.
Lily duduk di atas katil, memerhatikan Jeery
sambil meneguk minuman dari tin beer yang dipegangnya.
Kemudian Lily tersenyum menggoda. Pehanya yang putihmelepak terdedah apabila skirt pendeknya terangkat sedikit.
Okey. You menang. So, apa you nak? Do you want
me? tanya Lily sambil senyum meleret.
-
8/7/2019 HMTK
52/148
Hadirmu Takdirku
52
Jeery hanya memandang Lily sambil tersenyum
tetapi dia tidak berkata apa-apa. Dia duduk di soa sambil
menonton televisyen, sengaja menunggu tindakan Lily
selanjutnya.
Lily pun diam menonton televisyen, menunggu
tindakan selanjutnya daripada Jeery.
Tidak lama kemudian Mona masuk ke dalam bilik
itu dan duduk di sebelah Lily.
So... you two, whats next? soal Mona sambil
memberikan senyuman penuh makna kepada Lily.
Lantas Lily mengenyitkan matanya kepada Mona.
Macam I cakap tadi... Do you want me? Kalau nak we all
dua-dua sekali pun boleh.
Mona tersenyum. Matanya bersinar-sinar.
Jeery tersenyum gembira. Tidak sangka boleh ada
orang lain yang berhajat akan dirinya. Oh my! You pun ada
hati dengan I rupa-rupanya?
Jeery tersenyum lebar. Ingatkan dia akan dapat
satu habuan jika menang malam ini. Rupa-rupanya dua
dalam satu habuan yang menantinya.
Apa kata Wan nanti? duga Jeery kepada Mona.
What he doesnt know, wont hurt him, jawab
Mona dengan manja.
Jeery menghampiri Mona, bibirnya terus
tersenyum.
Mona ketawa keseronokan. Memang sudah lama dia
menyimpan perasaan suka kepada Jeery. Tetapi Jeery tidakpernah pandang pada Mona. Dia cadangkan kepada Lily agar
malam ini, biarlah mereka berkongsi tubuh Jeery. Sesuatu
yang dia inginkan sejak lama dahulu.
-
8/7/2019 HMTK
53/148
Alina Haizar
53
Lily hanya tersenyum, menunggu tindakan Jeery
selanjutnya.
Jeery menarik tangan Mona, kemudian merangkul
tubuh Mona.
Mona tersenyum suka.
Jeery kemudiannya mengasak Mona sedikit demi
sedikit menghampiri pintu. Kemudian dengan tidak disangka-
sangka, dia terus menolak Mona keluar.
Mona terpinga-pinga apabila disedarinya, dia sudah
berada di luar bilik.
Next time maybe. Not this time, kata Jeery
sambil mencebik. Kemudian dia menutup pintu bilik di
depan muka Mona.
Mona sangat marah dirinya diperlakukan
sedemikian oleh Jeery.
How dare you!!! teriak Mona dari luar bilik.
Jeery dan Lily ketawa geli hati mendengar Mona
menjerit-jerit di luar bilik.
Lily menghampiri Jeery, sambil mendakapnya.
Jeery memandang sahaja kemudian menolak Lily ke tepi.
Fikirannya melayang seketika ke satu tempat yang dia begitu
selesa sebentar tadi ketika di ruang tamu. Dia ingin ke sana
lagi. Jeery tidak ada moodhendak melayan Lily.
Lily tidak mudah ditolak begitu sahaja. Lantas dia
menarik Jeery untuk duduk bersamanya di soa.
Mereka kemudian duduk berdua-duaan di soa
sambil menonton televisyen beberapa ketika.Mari kita turun ke bawah, kata Jeery. Dia mahu
semua orang lihat yang dia sudah kalahkan keegoan Lily.
-
8/7/2019 HMTK
54/148
Hadirmu Takdirku
54
Marilah kita duduk-duduk di sini dulu. We have a
lots to catch up. I really miss you... you know, kata Lily
manja.
Jeery sudah dapat menangkap maksud Lily dan
kehendak Lily. Selama ini Lily yang selalu jual mahal.
Anehnya malam ini Lily seperti hendak menyerah diri pada
Jeery. Tetapi lain pula pada Jeery, malam ini dia kurang
berminat.
Mari kita turun bawah. Lets dance, cadang Jeerysambil bangun. Dia menarik Lily bangun, memeluk pinggang
Lily untuk berjalan keluar dari bilik Mona.
Nantilah dulu... pujuk Lily. Dia sudah melekapkan
dirinya pada Jeery.
Mahu tidak mahu Jeery melayan kehendak Lily.
Kenapa agaknya Lily terlalu menyerah malam ini? Padahalselalunya dia tidak semudah ini. Sejak mempunyai hubungan
dengan pilot itu agaknya Lily sudah banyak mempelajari
benda baru. Jeery menundukkan mukanya, untuk
mengucup bibir Lily. Mereka berada dalam keadaan begitu
buat seketika. Lily semakin mendesak dan membuat Jeery
rasa jemu. Dia tidak bersedia untuk berikan apa yang Lily
mahukan. Mari kita turun. I nak menari.
Lily kehampaan tetapi dia ikut sahaja Jeery.
Apabila semua rakan melihat Jeery merangkul
tubuh Lily semasa menuruni tangga, mereka semua
bersorak.
Jeery bangga dengan kemenangannya ini.
Mereka semua bertepuk tangan melihat pasangan
itu. Selepas itu semuanya terus berdansa.
Malam itu Jeery betul-betul puas hati. Baru semua
-
8/7/2019 HMTK
55/148
Alina Haizar
55
orang tahu siapa Jeery anak Datuk Hisham. Sorakan ramai
buat dia bangga dan lupa diri. Dia betul-betul bergembira
malam ini.
Jam menujukkan pukul dua belas tengah malam.
Parti masih terus berjalan, tiada tanda akan berhenti.
Jeery duduk sebentar sambil meneguk minuman.
Lily dilihatnya sedang berbual-bual dengan Mona dan Sherry.
Sebenarnya Jeery pun tidak ada apa-apa
perancangan tentang hubungannya dan Lily. Dia cuma mahu
menang pertaruhan pada malam ini. Dan apabila terbukti dia
telah berjaya, hatinya puas. Soal Lily dan dia adalah soal
kedua. Dia bukannya terdesak sangat. Cuma dia mesti
menang pertaruhan malam ini dan memang dia sudah
memenanginya.
Perkataan pertaruhan membuat dia teringatkanHana, budak kantin yang dibawanya ke parti ini.
Di mana pulak Hana ni?
Matanya mencari-cari kelibat Hana. Dia terlupa
langsung pasal Hana. Entah-entah sudah hanyut di dalam
pelukan jantan lain. Sebab dia begitu mudah sahaja mengikut
Jeery, dengan orang lain pun mungkin macam tu.
Tiba-tiba Jeery rasa marah.
Dia ikut jantan mana pulak ni? Tadi dia jual
mahal! gumam Jeery, geram.
Sedikit pun dia tidak rasa bersalah kerana telah
meninggalkan Hana sendirian selama hampir tiga jam.
Matanya meliar mencari kelibat Hana.
Kenapa Je? tanya Mona setelah dilihatnya Jeery
seperti sedang tercari-cari sesuatu.
Jeery tidak menyahut.
-
8/7/2019 HMTK
56/148
Hadirmu Takdirku
56
Cari budak kantin tu ke Je? cebik Mona seperti
menghina.
Dia marah sungguh bila Jeery menolaknya keluar
dari bilik tadi. Jauh di sudut hatinya dia juga menaruh minat
terhadap Jeery. Tetapi Jeery tidak pernah memandangnya
begitu.
Dengan budak kantin tu... Jeery ada menunjukkan
minat pula. Mona tidak laku langsung di mata Jeery.
Tetapi puas juga hati Mona bila dia dapat membalas
dendamnya dengan menyakitkan hati Hana semasa berada di
bilik air awal malam tadi.
Jeery kurang senang dengan cara Mona berkata-
kata. Dia tidak mempedulikan Mona. Matanya terus mencari
kelibat Hana.
Dia dah baliklah Je. Awal-awal tadi dia dah balikdah, beritahu Sherry.
Sherry yang masih ada lagi nilai kebaikan di dalam
dirinya memberitahu Jeery.
Dia balik dengan siapa?
Sebelum Sherry dapat menjawab, Mona mencelah
dengan kasar. Dia dah dibawa oleh Ramli denganmotosikalnya.
Kemudian Mona menyambung lagi, diorang tu ada
apa-apa ke? Atau budak kantin tu yang gatal, siapa-siapa pun
boleh usung dia ke hulu ke hilir!
Sherry terdiam. Dia masih rasa bersalah kerana
dialah yang memberitahu Mona, Hana balik dengan Ramli.Dia juga rasa bersalah dengan kejadian di bilik air tadi.
Perasaan marah tadi timbul kembali di hati Jeery.
Tetapi kini lebih kuat dari mula-mula tadi.
-
8/7/2019 HMTK
57/148
Alina Haizar
57
Ramli dah bawak Hana pergi? tanya Jeery.
Sherry menggangguk.Tanpa banyak bicara Jeery bergegas bangun,
hendak keluar dari situ.
Heh! Where are you going Je? soal Lily, kecewa
malamnya akan berakhir begitu sahaja.
Out rom here!
Ringkas sahaja jawab Jeery, kemudian dia hilangdari situ.
-
8/7/2019 HMTK
58/148
Hadirmu Takdirku
58
JEFFERY hanya memerhatikan
Hana dari jauh. Dia duduk di
dalam keretanya. Hana bekerja
seperti biasa di kaeteria. Sejak dua tiga minggu lepas, dia
yang menjadi pelanggan setia di kaeteria ini bila tiba waktu
petang-petang begini. Tidakkah Hana akan tertunggu-
tunggu kedatangan Jeery pada waktu ini, seperti sebelum
ini? Jeery tahu sebelum ini, Hana memang menantikan
kehadirannya setiap petang kerana bila Jeery muncul
sahaja, wajah Hana kelihatan begitu ceria dan berseri. Hana
nampak sangat gembira dengan kehadiran Jeery.
Kini, jikalau Jeery menghampirinya, bagaimana
agaknya reaksi Hana? Jeery tidak dapat menduga
jawapannya. Kenapa dia mesti tahu reaksi Hana? Dia
tertanya-tanya dirinya. Padahal Hana sudah tidak ada
gunanya lagi bagi Jeery. Dari mula lagi Hana hanya
dipergunakan dalam pertaruhan antara dia dan Mona, tidaklebih dari itu. Habis tu, kenapa dia di sini memerhatikan
Hana? Jeery sendiri tidak tahu jawapannya.
Gerak-geri Hana diperhatikan dari jauh. Jeery
Bab6
-
8/7/2019 HMTK
59/148
Alina Haizar
59
tidak tahu apa yang dia hendak. Kenapa dia di situ
memerhatikan Hana? Dia bukan hendak minta maa dengan
Hana. Dia tidak ada rasa bersalah pun dengan Hana. Ini
bukan hal peribadi, ini hanyalah satu pertaruhan.
Hana dilihatnya mula menyapu kawasan kaeteria,
bermakna sekejap lagi mereka akan menutup kaeteria.
Semenjak selalu menghabiskan masa bersama, Jeery sudah
haal dengan rutin kerja Hana.
Tangan Jeery mencapai kunci kereta, ingindimatikan enjin kereta dan menemui Hana. Dia tidak tahu
apa yang harus diucapkan kepada Hana tetapi dia rasa dia
perlu menemui Hana. Sudah hampir seminggu dia berada
dalam kedudukan begini setiap hari, di tempat yang sama...
memerhatikan Hana. Jeery tekad, dia tidak boleh selamanya
dalam keadaan begini. Dia harus berbuat sesuatu.
Belum sempat dia mematikan enjin kereta, sebuah
motosikal sudah berhenti di hadapan kaeteria dan
penunggangnya terus mendapatkan Hana.
Ramli! desis hati Jeery.
Ramli jarang datang minum di sini. Adakah kerana
malam itu Ramli dengan Hana menjadi rapat? Jeery
tertanya-tanya sendirian. Dipadamkan hasratnya untuk
menghampiri Hana. Dia duduk di dalam keretanya,
memerhatikan sahaja mereka dari jauh.
Petang sudah merangkak ke senja. Hana dan Ramli
dilihatnya duduk di satu sudut kaeteria. Mereka berbual
dengan serius sekali. Setelah melihat mereka berbual dengan
begitu lama, Jeery terus beredar dari situ.
-
8/7/2019 HMTK
60/148
Hadirmu Takdirku
60
SELEPAS tamat kuliah pada pukul sebelas pagi, Jeery
berada dalam kedudukan yang sama seperti semalam dan juga
seperti beberapa hari yang lepas. Dia duduk di dalam kereta
sambil memerhatikan Hana dari jauh. Tidak ramai orang yang
berada di kaeteria sebab hari masih awal lagi.
Kejadian yang sama berlaku lagi. Tidak lama
kemudian Ramli datang. Mereka berdua bergerak ke sudut
yang agak jauh dari kawasan makan kaeteria dan berbual
dengan serius tanpa mempedulikan orang lain. Tiba-tibasahaja perasaan cemburu Jeery datang menerpa.
Eh! Ini tak boleh jadi. Hana nampaknya layan
Ramli dengan baik. Padahal minggu lepas aku yang Hana
layan sebegini baik. Jeery menggerutu sendiran.
Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk orang
membuatkan Jeery terkejut. Lily rupa-rupanya. Dia segeramenurunkan cermin tingkap keretanya.
Hai Je, kata Lily. Lets get something to eat.
Tanpa berkata apa-apa, Jeery keluar dari kereta
dan mengikut Lily ke kaeteria. Jeery hendak tengok apa
reaksi Hana apabila melihat dia bersama dengan Lily. Sejak
hari Isnin dia asyik mengusung Lily ke kaeteria, tetapi tidak
berpeluang terserempak dengan Hana. Hana berada di dalam
dapur kaeteria setiap kali dia dan Lily datang ke situ. Hana
sengaja mengelakkan diri agaknya?
Selama ini Jeery rasa macam Hana juga suka
padanya. Kenapa tiba-tiba Hana mengalih perhatiannya pada
Ramli? Jeery tidak sedar langsung yang dia telah melukakan
hati Hana. Yang dia tahu hati dia sahaja yang sakit. Ego diasahaja yang tercalar. Pada bila-bila masa pun hanya dia sahaja
yang penting, hatinya sahaja yang perlu diambil kira.
Perasaan Hana tidak sedikit pun diendahkan.
-
8/7/2019 HMTK
61/148
Alina Haizar
61
Mereka duduk di meja yang terletak di tengah-
tengah kaeteria.
Lily duduk rapat dengan Jeery. Pehanya
bersentuhan dengan peha Jeery. Tangannya memegang
lengan Jeery. Eh, budak kantin! Mari sini. Kami nak oder.
Hana yang sedang bersembang dengan Ramli
bingkas bangun dan menghampiri Jeery dan Lily.
Jeery perhatikan betul-betul muka Hana. Mukanya
yang manis kelihatan sedih. Matanya redup, tidak bermaya.
Tetapi tidak ada rasa kasihan di dalam hati Jeery. Cuma ada
rasa geram. Hatinya betul-betul terbakar melihat wajah
selamba Hana kerana Hana seperti tidak kisah langsung akan
kehadirannya di situ. Jeery macam seseorang yang tidak
pernah mendapat tempat istimewa di hatinya. Cara dia layan
Jeery sama macam dia layan semua orang lain di dalamkolej ini.
Kecuali Ramli. Dengan Ramli, sikit punya baik Si
Hana tu layan. Siap panggil Abang Ramli pulak tu! Kenapa
pulak aku harus marah? Perasaan pelik melanda Jeery. Dia
resah. Kenapa dia begini? Untuk melindungi keresahannya,
Jeery sengaja merangkul pinggang Lily di hadapan Hana.
Bagi kami resh oren dua dan mi goreng dua, kata
Lily.
Jeery kemudiannya mengeletek pinggang Lily.
Lily mengelak manja.
Kemudian Jeery mengerling ke arah Hana. Muka
Hana berubah menjadi pucat. Puas hati Jeery. Sekurang-
kurangnya ada juga reaksi daripada Hana.
Ramli yang memerhatikan dari jauh cuma
menggeleng-gelengkan kepalanya.
-
8/7/2019 HMTK
62/148
Hadirmu Takdirku
62
Setelah menghantar makanan yang mereka pesan,
Hana