cth research merokok
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
1/49
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Merokok adalah merupakan gejala yang menjadi ancaman kepada kesihatan
bukan sahaja kepada perokok aktif itu sendiri tetapi juga ancaman terhadap
kesihatan orang lain yang menjadi perokok pasif. Ini kerana, merokok adalah
penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian awal. Ia
bertanggungjawab ke atas 90% barah paruparu dan beberapa barah lain, 75%
penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung koronari, komplikasi semasa
mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak (Sila rujuk
lampiran 1).
Secara global , merokok meragut nyawa 3 juta orang setiap tahun meskipun ia
adalah merupakan penyebab kematian yang boleh dicegah. Berdasarkan trenda
semasa , angka kematian akan meningkat kepada 10 juta orang setahun untuk
selama tiga puluh tahun di mana 70% kematian tersebut berlaku di negara-
negara sedang membangun (1).
Kajian-kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa sekitar 90% perokok
memulakan tabiat ini semasa mereka berumur belasan tahun lagi. Berpandu
1
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
2/49
kepada petunjuk tersebut, ini juga bermakna bahawa Pembantu Perubatan
Pelatih adalah tidak terkecuali dari gejala yang tidak sihat ini.
Meskipun jumlah sebenar belum diketahui, tetapi dari pemerhatian secara kasar
menampakkan ramai juga Pembantu Perubatan Pelatih yang merokok.
Memandangkan perkembangan yang tidak sihat ini melibatkan pelatih personel
kesihatan yang bakal memikul tanggungjawab sebagai agen mempromosi cara
hidup sihat, satu kajian perlu dibuat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mendorong mereka merokok.
1.2 Rasional
Di Kolej Pembantu Perubatan belum ada kajian yang dibuat tentang merokok
yang melibatkan Pembantu Perubatan pelatih. Tujuan projek ini dipilih ialah
untuk mengenalpasti kenapa pelatih merokok walaupun tindakan tatatertib boleh
dikenakan ke atas mereka.
Apa yang lebih penting ialah mereka adalah bakal personel kesihatan yang
diharap dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosi cara hidup sihat di
kalangan masyarakat. Apabila mereka sendiri tidak merokok dan mengamalkan
2
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
3/49
cara hidup sihat sepanjang perkhidmatan nanti, sudah pasti mereka akan dapat
menjalankan tanggungjawab sebagai agen anti-merokok dengan berkesan.
Hasil kajian yang diperolehi dari projek ini diharap dapat membantu pihak kolej
untuk merangka strategi serta mengambil langkah awal yang lebih bersepadu
dalam usaha mengurangkan (kalaupun tidak dapat membasmi) masalah
merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih khasnya di Kolej Pembantu
Perubatan Kuching.
1.3 Objektif projek
Objektif projek ini dilakukan di Kolej Pembantu Perubatan ialah untuk
menentukan nisbah pelatih yang merokok dengan yang tidak merokok, untuk
mengetahui usia bilakah pelatih mula merokok serta untuk mengetahui jumlah
batang rokok dihisap sehari. Objektif seterusnya ialah untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mendorong para pelatih merokok dan juga untuk menentukan
faktor-faktor yang menyebabkan pelatih yang terdahulunya merokok, tetapi telah
berjaya berhenti.
1.4 Skop projek
Projek ini akan tertumpu hanya kepada Pembantu Perubatan Pelatih semester 3
di Kolej Pembantu Perubatan Kuching. Ini adalah kerana mereka masih berada
3
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
4/49
di kolej dan sedang mengikuti sesi kuliah. Ini akan memudahkan pengambilan
data dalam masa yang singkat dan menjimatkan kos penghantaran borang soal
selidik.
Kajian yang akan dibuat ke atas para pelatih ialah nisbah mereka yang merokok
dengan yang tidak merokok, usia bilakah mereka mula merokok, jumlah batang
rokok dihisap sehari, faktor-faktor yang mendorong mereka merokok, bilangan
yang cuba berhenti merokok, sebab-sebab mereka gagal berhenti dan faktor-
faktor yang menyebabkan mereka yang terdahulunya merokok, tetapi telah
berjaya berhenti.
1.5 Definisi konsep / istilah
Bermula dari tahun 1992 di Amerika, mereka yang masih merokok didefinisikan
sebagai orang yang pernah merokok dan menyatakan bahawa mereka kini
masih merokok setiap hari atau sebarang hari. Bekas perokok didefinisikan
sebagai orang yang pernah merokok dan menyatakan bahawa mereka kini tidak
lagi merokok. Mereka yang pernah merokok pula didefinisikan sebagai orang
yang menyatakan bahawa mereka pernah menghisap sekurang-kurangnya 100
batang rokok (2).
Supramaniam, dalam kajiannya ke atas doktor tentera, mendefinisikan mereka
yang tidak pernah merokok sebagai orang yang langsung tidak merokok atau
merokok kurang dari 100 batang rokok sepanjang hayatnya. Mereka yang kini
4
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
5/49
masih merokok didefinisikan sebagai orang yang merokok lebih dari 100 batang
rokok dan masih merokok ketika survei dijalankan. Heavy smoker didefinisikan
sebagai orang yang merokok 20 atau lebih 20 batang rokok sehari, moderate
smoker 10 19 batang rokok sehari dan light smoker kurang dari 10 batang
rokok sehari (3). Walau bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, klasifikasi
perokok adala seperti di bawah :
Perokok aktif - seorang yang menyedut asap rokok secara tidak langsung
iaitu
melalui penapis yang ada pada pangkal rokok tersebut.
Perokok pasif - seorang yang menyedut asap rokok secara langsung iaitu
tanpa
sebarang penapis.
Pernah merokok - telah merokok sekurang-kurangnya sekali sepanjang
hayat.
Light smoker - seorang yang merokok kurang daripada 10 batang rokok
sehari.
Moderate smoker - seorang yang merokok di antara 10 hingga 20 batang rokok
sehari.
5
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
6/49
Heavy smoker - seorang yang merokok lebih daripada 20 batang rokok
sehari.
BAB 2: TINJAUAN KARYA
Kelaziman tabiat merokok di kalangan orang dewasa di Amerika ialah 42% pada
tahun 1965 dan 25% pada tahun 1993. Pada tahun 1993, kira-kira 46 juta orang
dewasa di Amerika Syarikat merokok. Walau bagaimanapun, kira-kira 18% dari
angka tersebut tidaklah merokok setiap hari (4). Di New Zealand, merokok di
kalangan lelaki dan perempuan yang berumur 15 tahun ke atas menunjukkan
penurunan dari tahun 1976 hingga 1992 (5). Sebaliknya, kajian yang dijalankan
pada tahun 1980an menunjukkan bahawa merokok di Asia Tenggara mengalami
peningkatan (6).
Kajian di Malaysia pada tahun 1986, melaporkan bahawa seramai 1.7 juta orang
di Semenanjung Malaysia adalah perokok. Ini bermakna bahawa seorang dalam
5 orang dewasa (berumur 15 tahun ke atas) adalah perokok. Kelaziman merokok
adalah lebih tinggi di kalangan lelaki (41%) jika dibandingkan dengan perempuan
(4%). Kajian pada tahun 1996 pula, menunjukkan kelaziman bagi mereka yang
pernah merokok ialah 30.6% dan yang masih merokok ialah 24.8% (1) .
Dari segi pola merokok, kebanyakan penduduk Amerika Syarikat telah mula
merokok ketika mereka di peringkat remaja lagi. Sebagai contoh, di kalangan
orang dewasa berumur 30 hingga 39 tahun pada tahun 1991 yang pernah
merokok, 89% mencuba merokok buat kali pertama dan 79% merokok tiap-tiap
6
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
7/49
hari memulakannya pada atau sebelum mereka berusia 18 tahun (7). Bagi
Malaysia, min umur mula merokok ialah 19.9 tahun (1).
Berapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui kenapa orang merokok. Adalah
didapati orang dewasa yang kerap mengalami keresahan dan kemurungan
adalah dua kali ganda akan menjadi perokok dibandingkan dengan mereka yang
bukan perokok. Pada umumnya, perokok menyatakan bahawa merokok
memberi nikmat, melegakan stres dan meningkatkan keyakinan diri (8).
Kajian ke atas para pelajar di institut-institut perubatan di Bandaraya Riyadh
mendapati sebab-sebab mereka merokok termasuklah perasaan telah matang
dan boleh berdikari, melegakan stres, meniru orang lain, tekanan sosial daripada
rakan dan saudara mara (9).
Antara faktor risiko yang berkait rapat dengan tabiat merokok ialah
berpendapatan rendah, kurang berpendidikan, mengalami kemurungan dan
kelas sosial yang rendah(10).
Tabiat merokok di Malaysia menunjukkan bahawa ia berkait rapat dengan
keadaan sosio-ekonomi yang rendah. Ini boleh dilihat berdasarkan
kelazimannya yang lebih tinggi di luar bandar, di kalangan kumpulan etnik dari
kelas sosio-ekonomi yang rendah, di kalangan mereka yang hanya setakat
menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah dan mereka yang di sektor
pertanian (1).
7
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
8/49
Apabila merokok sudah berakar umbi, agak sukar bagi perokok menghindari
tabiat tersebut. Ini kerana merokok adalah merupakan suatu ketagihan. Di
Amerika, bilangan mereka yang berhenti merokok meningkat dari 24% dalam
tahun 1965 kepada 50% dalam tahun 1993. Tabiat merokok yang semakin
berkurangan di kalangan lelaki dan wanita Amerika adalah kesan dari kempen
anti-merokok yang telah dilancarkan secara besar-besaran di negara tersebut
(11). Tetapi, masih banyak yang perlu dilakukan. Meskipun 70% para perokok
berniat hendak berhenti dan 34% pernah mencuba untuk meninggalkan tabiattersebut setiap tahun, hanya 2.5% sahaja yang berjaya berhenti merokok (12).
Di Malaysia, bilangan mereka yang pernah mencuba untuk meninggalkan tabiat
merokok sepanjang tahun 1995 ialah 43.5%. Walau bagaimanapun, hanya
18.3% sahaja berjaya berhenti merokok sepanjang tahun tersebut. Beberapa
program promosi dan polisi nasional berkenaan anti-merokok telah dijalankan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Badan-badan Bukan
Kerajaan. Adalah didapati bahawa kempen dan aktiviti-aktiviti mempromosi
kesihatan tersebut telah berjaya memberi pengetahuan tentang bahaya merokok
dan manfaat jika berhenti merokok (1).
Terdapat dua kaedah untuk berhenti merokok, farmalogikal dan bukan
farmalogikal. Kaedah farmalogikal melibatkan preskripsi dan pembelian produk
atau ubat-ubatan, sementara kaedah bukan farmalogikal termasuklah
8
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
9/49
pendekatan-pendekatan psikologikal seperti penggunaan akupunktur, hipnosis,
kurangkan merokok secara beransur-ansur dan
sokongan kumpulan. Apa jua cara sekalipun, perokok itu sendiri mesti ada
keinginan untuk berhenti merokok serta mesti mengubah tabiat dan perangai (1).
Seperti mana yang dinyatakan oleh bekas-bekas perokok, faktor yang paling
penting untuk berhenti nerokok ialah daya keinginan.( wiillpower ). Di kalangan
mereka yang masih merokok, mereka menyatakan kurang daya kinginan,
ketagihan, merokok melegakan tekanan dan nikmat merokok sebagai alasanmereka untuk terus merokok (4). Walau bagaimanapun, berhenti merokok
banyak faedahnya. Ini kerana berhenti merokok antara lain ialah ia
mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian akibat penyakit
kronok. Bagi bekas-bekas perokok yang telah meninggakan tabiat tersebut,
risiko menghidapi kanser paru-paru adalah 30 50% kurang dibandingkan
dengan mereka yang masih meneruskannya (13).
Pada tahun 1995, seramai 514,000 orang mati akibat kanser paru-paru dan
625,000 orang mati akibat penyakit kardiovaskular di negara-negara maju adalah
disebabkan oleh tabiat merokok. Wabak ini baru berrmula di negara-negara
sedang membangun dengan negara China dan India telah menunjukkan
peningkatan yang ketara dan mendadak kesan dari peningkatan penduduknya
yang merokok (1).
9
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
10/49
Kajian di United Kingdom telah menunjukkan bahawa perokok yang dalam
lingkungan umur tiga puluhan dan empat puluhan adalah lima kali lebih mudah
mendapat serangan penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang
tidak merokok (1). Ini adalah kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein
berkepadatan tinggi ( lemak yang baik ) di dalam darah (Sila rujuk lampiran 2 ).
Kerana bebanan daripada penyakit dan masalah global kesan dari merokok,
kebanyakan negara di seluruh dunia telah melaksanakan beberapa dasar untu
memerangi amalan merokok. Di Malaysia, beberapa dasar anti-merokok telahdiperkenalkan di bawah seksyen 34 dan 36 Akta Makanan 1983. Ia termasuklah
larangan pengiklanan secara langsung produk tembakau di semua jenis media
dan larangan pembiayaan promosi secara langsung produk tembakau. Akta
deskripsi Perdagangan pula menghendaki semua kotak rokok dilabel dengan
tanda amaran Merokok Membahayakan Kesihatan (1).
BAB 3: METODOLOGI
3.1 Nama kajian
Masalah merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih.
3.2 Lokasi kajian : Kolej Pembantu Perubatan Kuching.
10
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
11/49
Kolej Pembantu Perubatan Kuching adalah merupakan institusi latihan yang
telah ditubuhkan pada tahun 1969. Objektif utama penubuhannya ialah untuk
melatih dan seterusnya melahirkan para personel kesihatan yang cekap,
berketrampilan, komited dan profesional sepanjang memberi perkhidmatan
kesihatan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Di awal
penubuhannya, Kolej ini pada asalnya cuma melatih para personel tempatan
sahaja. Tetapi semenjak tahun 1987, Kolej ini juga telah mula menerima
pengambilan para pelatih dari negeri Sabah sehingglah sekarang. Kursus utama
yang dikendalikan di kolej ini ialah kursus pembantu perubatan yang dianjurkanoleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, ia juga mengendalikan
pelbagai kursus lain seperti kursus pos basik, kursus peningkatan perkhidmatan
dan kursus induksi untuk para personel kesihatan dari negeri Sarawak dan
Sabah.
Setakat ini, pengambilan pelatih adalah pada bulan Julai setiap tahun. Sehingga
Julai 2002, bilangan keseluruhan pelatih yang sedang mengikuti kursus
pembantu perubatan ialah seramai 272 orang. Jangkamasa kursus tersebut
ialah 3 tahun (6 semester) dan dibahagikan kepada dua fasa, iaitu; fasa pra-
klinikal dan fasa klinikal. Fasa pra-klinikal diadakan pada 3 semester pertama
yang merangkumi pembelajaran teori di bilik kuliah, sesi amali di makmal
ketrampilan dan lain-lain aktiviti yang dijalankan di kolej. Fasa klinikal (semester
4, 5 dan 6) merupakan fasa penempatan klinikal di hospital, pusat kesihatan dan
klinik khas atau klinik pakar di mana mereka akan mempraktikkan apa yang telah
11
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
12/49
dipelajari di samping bertujuan mendedahkan mereka kepada suasana
pekerjaan yang sebenarnya.
Sepanjang menjalani kursus ini terutama fasa pra-klinikal, kesemua pelatih
tinggal di hostel yang disediakan berhampiran kawasan hospital tetapi di luar
kawasan kolej.
3.3 Alat kajian
Dalam kajian ini , satu set borang soal selidik telah disediakan sebagai alat untuk
mengumpul data primer. Borang tersebut dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu
Bahagian A , B , C dan D. Keseluruhannya ia mengandungi sejumlah 15 soalan
berbentuk objektif yang telah disusun untuk mendapat respon dari responden
( Sila lihat lampiran 3 ).
3.4 Pengumpulan Data
Pengumpulan data primer telah dilakukan dari 22hb. Julai 2002 hingga 05hb.
Ogos 2002 iaitu selama 2 minggu. Sebanyak 94 set borang soal selidik telah
dihantar melalui Pos laju ke Kolej Pembantu Perubatan Kuching. Dengan
kerjasama Pengajar yang menjaga , borang tersebut telah diedarkan kepada
12
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
13/49
responden. Kerahsiaan respon adalah ditekankan di mana segala data yang
dikumpul adalah semata-mata untuk tujuan kajian.
Setelah tempoh 2 minggu untuk mengumpul data berakhir, borang soal selidik
telah dihantar ke Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ( tempat praktikum ketika
itu ) melalui Pos laju. Dari 94 responden yang telah dibekalkan dengan borang
soal selidik, hanya 91 orang yang telah mengembalikan borang tersebut.
Justeru, semua perkiraan dan keputusan data yang diperolehi adalah
berdasarkan kepada bilangan 91 responden untuk mewakili 100% pencapaian.
3.5 Sampel
Untuk tujuan kajian ini, seramai 91 orang Pembantu Perubatan Pelatih semester
3 dari Kolej Pembantu Perubatan Kuching, telah diambil sebagai sampel yang
mewakili 33.5% dari kesemua 272 orang pelatih yang sedang mengikuti program
Diploma Pembantu Perubatan sesi 2002 di kolej tersebut.
BAB 4: KEPUTUSAN
13
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
14/49
Analisa data telah dilakukan dengan meneliti kesemua 91 set borang soal selidik
yang telah dikembalikan. Berikut adalah keputusan-keputusan data yang telah
diperolehi :
BAHAGIAN A : BUTIR-BUTIR PERIBADI
1. Umur
67%
33%
18 22 tahun > 22 tahun
Rajah 1: Carta pai menunjukkan peringkat umur responden
Secara keseluruhannya responden adalah dalam lingkungan umur 19 hingga 27
tahun. Seramai 60 responden bersamaan dengan 67% adalah dalam
lingkungan umur 18 hingga 22 tahun dan 31 responden bersamaan dengan
33% adalah dalam lingkungan umur 22 hingga 34 tahun.
2. Suku kaum
14
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
15/49
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
16/49
Adalah didapati daripada kajian ini, seramai 64 daripada 91 responden
menyatakan bahawa mereka pernah merokok . Manakala selebihnya yang
seramai 27 orang menyatakan mereka tidak pernah merokok.
2. Usia mula merokok
2
24
36
2
0
10
20
30
40
< 10 tahun 11 15 tahun 16 20 tahun 21 25 tahun
Umur
B i l
. r e s p o n
d e n
Rajah 4: Carta turus menunjukkan umur responden mula merokok
Seramai 36 (56.3%) responden mula merokok ketika dalam lingkungan umur 16
20 tahun, 24 (37.5%) responden mula merokok semasa dalam lingkungan
umur 11 15 tahun. Sementara itu, 2 (3.1%) responden menyatakan bahawa
mereka mula merokok pada usia yang lebih muda iaitu sebelum berumur 10
tahun. Hanya 2 (3.1%) responden sahaja yang mula merokok ketika dalam
lingkungan umur 21 25 tahun.
3. Faktor pendorong merokok
16
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
17/49
78.1%
46.1%
12.5% 9.4%
54.7%
0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%
1Faktor pendorong merokok
P e r a
t u s a n r e s p o n
Ingin mencuba
Terpengaruh oleh rakan
Merokok menunjukkankematangan
Terpengaruh oleh ibu / bapaStress
Rajah 5: Carta turus menunjukkan faktor pendorong merokok
Faktor utama yang mendorong pelatih merokok ialah ingin mencuba iaitu 78.1%
respon. Ini dikuti oleh faktor stres 54.7% respon dan pengaruh rakan 46.1%
respon. Faktor pendorong merokok yang lain,iaitu merokok menunjukkan
kematangan 12.5% respon dan pengaruh ibu / bapa 9.4% respon.
4. Bilangan batang rokok dihisap sehari
70.3%
29.7%
0%10%20%30%40%50%60%70%80%
Peratusresponden
< 10 batang 10 20 batang
Rokok dihisap sehari
17
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
18/49
Rajah 6: Carta silinder menunjukkan bilangan batang rokok dihisap
sehari
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa daripada 64 orang pelatih yang pernah
merokok, 45 orang menghisap kurang dari 10 batang rokok sehari manakala 19
orang menghisap 10 20 batang rokok sehari .
5. Pelatih yang masih merokok dan yang sudah berhenti
62.5%
37.5%
Pelatih masih merokok Pelatih berhenti merokok
Rajah 7: Carta pai menunjukkan peratusan pelatih yang masih merokok
dan yang sudah berhenti
Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa seramai 24 daripada 64 responden
yang terdahulunya merokok telah berjaya meninggalkan tabiat tersebut.
Manakala 40 daripada 64 responden bersamaan dengan 62.5% masih lagi
merokok.
BAHAGIAN C
18
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
19/49
1. Cubaan berhenti merokok
95%
5%
0%
20%
40%
60%
80%
100%
Peratusanresponden
Pernah Tidak pernah
Cuba berhenti mer okok
Rajah 8: Carta silinder menunjukkan cubaan responden berhenti merokok
Adalah didapati daripada kajian ini, seramai 38 atau 95% responden pernah
mencuba berhenti merokok manakala seramai 2 atau 5% yang lain menyatakan
bahawa mereka tidak pernah cuba berhenti merokok.2. Sebab gagal berhenti merokok
52.5%
75%
57.5%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%
Peratusan respon
Tidak menolaktawaran rokok
Tidak selesa tanpamerokok
Tidak dapat membuatkerja tanpa merokok.
S e
b a
b
19
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
20/49
Rajah 9: Carta palang menunjukkan sebab-sebab pelatih gagal berhenti
merokok
Dapatan kajian menunjukkan sebab-sebab pelatih gagal berhenti ialah mereka
tidak selesa tanpa merokok terutama selepas makan iaitu 75% respon, diikuti
oleh sebab tidak dapat membuat kerja atau belajar tanpa merokok iaitu 57.5%
dan seterusnya ialah sebab tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan
rokok dengan 52.5% respon.
BAHAGIAN D
1. Sebab berhenti merokok
37.5%
70.8%
12.5%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%
Rokok semakin mahal
Menjaga kes ihatan
Menjimat w ang
S e
b a
b
Peratusan respon
Rajah 10: Carta palang menunjukkan sebab-sebab pelatih berhenti
merokok
20
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
21/49
Bagi pelatih yang berjaya berhenti merokok , kajian ini menunjukkan bahawa
mereka berbuat sedemikian ialah kerana ingin menjaga kesihatan diri iaitu 70.8%
respon , mahu menjimat wang iaitu 37.5% dan harga rokok yang semakin mahal
iaitu 12.5%.
BAB 5: PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Samada di Malaysia mahupun di negara-negara lain di seluruh dunia, banyak
yang telah diperkatakan tentang gejala merokok. Ini kerana, merokok
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pembangunan dan sistem
pentadbiran sesebuah negara meskipun berbagai usaha telah dilakukan untuk
menanganinya. Impaknya kepada manusia sejagat amnya dan negara-negara
sedang membangun khasnya, diberi gambaran yang jelas apabila Bank Dunia
memberi peringatan kecualilah tabiat merokok berubah, tiga dekad dari
sekarang, kematian pra-matang akibat merokok di negara sedang membangun
akan melebihi gabungan kematian akibat AIDS,tuberculosis dan komplikasi
melahirkan anak (1).
Oleh kerana merokok secara beransur-ansur telah diterima sebagai budaya
moden, memulakan tabiat ini ketika seseorang itu berumur belasan tahun bukan
21
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
22/49
lagi suatu perkara yang menghairankan dan akibatnya berlakulah kematian pra-
matang. Mengikut anggaran Kementerian Kesihatan pada tahun 2000,
sekurang-kuramgnya 3,000 kematian setiap tahun ( atau 8 kematian setiap hari )
adalah disebabkan oleh merokok (Sila rujuk lampiran 4 ). Ini merupakan satu
kerugian besar kepada negara dari segi sumber tenaga kerja kerana kematian
tersebut kebanyakannya melibatkan mereka yang berada di peringkat umur yang
produktif. Apa yang menyedihkan ialah apabila para personel kesihatan itu
sendiri merokok sedangkan merekalah yang sepatutnya menjadi barisan
hadapan dalam mempromosi cara hidup sihat di kalangan masyarakat sekeliling.
5.2 Perbincangan
Hasil daripada kajian yang dilakukan ke atas 91 orang Pembantu Perubatan
Pelatih, adalah didapati 70.3% menyatakan bahawa mereka pernah merokok
berbanding 29.7% yang menyatakan mereka tidak pernah merokok. Masyarakat
sekeliling memang akan menjangka kadar merokok adalah rendah di kalangan
mereka yang terpelajar, apatah lagi sudah diberi pengetahuan dan kefahaman
dalam bidang perubatan. Walau bagaimanapun, dapatan dari kajian ini
menunjukkan bahawa di kalangan para pelatih yang pernah merokok, 62.5%
daripada mereka masih lagi meneruskan tabiat tersebut. Keadaan ini begitu
membimbangkan kerana kalau tidak dibendung ia akan menular kepada pelatih-
pelatih lain dan seterusnya akan menjejaskan imej Kolej . Jika tabiat merokok ini
masih mereka ( pelatih yang masih merokok ) teruskan, kesan negatifnya tidak
akan hanya berakhir di situ sahaja. Bila mereka sudah bertugas sebagai
22
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
23/49
Pembantu Perubatan dan masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak sihat
ini, maka mereka sendiri sudah menjadi sebahagian daripada faktor pendorong
merokok.
Kajian ini mengenalpasti bahawa faktor utama yang mendorong pelatih merokok
ialah perasaan ingin mencuba iaitu 78.1% respon. Faktor ini boleh dikaitkan
dengan umur para pelatih yang secara keseluruhannya dalam lingkungan umur
19 hingga 27 tahun di mana 67% adalah dalam lingkungan umur 18 22 tahun
dan 33% adalah dalam lingkungan umur 22 34 tahun. Robert Havighurstmengkategorikan mereka yang dalam lingkungan umur 18 22 tahun sebagai
golongan akhir remaja. Mengikut teori tugas perkembangan beliau, remaja pada
peringkat ini akan cuba mendapat otonomi daripada ibu bapa dan mempunyai
perasaan ingin mencuba. Selain berusaha membentuk identiti mereka juga akan
membentuk kumpulan rakan sebaya (14). Peringkat ini juga dikenali sebagai
peringkat stress and storm . Hasil kajian ini juga bertepatan dengan teori
tersebut kerana didapati 56.3% pelatih yang pernah merokok memulakannya
ketika mereka berusia antara 16 hingga 20 tahun lagi.
Memandangkan sebelum mengikuti kursus ini pun majoriti dari mereka memang
telah merokok, maka sebarang langkah untuk mencegah mereka memulakannya
di peringkat sekolah rendah dan di peringkat sekolah menengah lagi amatlah
penting. Ini adalah untuk menjadikannya sebagai sabahagian daripada strategi
untuk menangani tabiat merokok di kalangan masyarakat keseluruhannya.
23
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
24/49
Faktor stres yang menunjukkan 54.7% respon boleh dikaitkan dengan jadual
waktu kulaih yang ketat di samping mereka menyediakan diri untuk menduduki
peperiksaan di akhir Semester 3 yang tidak berapa lama lagi. Pengaruh dan
tekanan dari rakan sebaya adalah faktor yang memang telah dikenalpasti oleh
pengkaji terdahulu sebagai pendorong merokok yang penting. Dapatan dari
kajian ini juga memperlihatkan perkara serupa berlaku ke atas Pembantu
Perubatan pelatih di mana pengaruh rakan menunjukkan 46.1% respon. Faktor
pendorong merokok lain yang tidak kurang pentingnya ialah merokokmenunjukkan kematangan 12.5% respon dan pengaruh ibu bapa 9.4% respon.
Di kalangan Pembantu Perubatan pelatih yang pernah merokok dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa tidak seorang pun yang termasuk dalam golongan
heavy smoker . Kebanyakan mereka adalah light smoker iaitu 45 daripada 64
orang pelatih yang pernah merokok, manakala selebihnya adalah moderate
smoker . Justeru, jika tugas pemantauan ke atas hostel pelatih dilakukan dengan
lebih kerap dan berterusan di samping penguatkuasaan peraturan kolej yang
lebih ketat lagi dan disusuli dengan sesi kauseling serta nasihat, mungkin ramai
di antara mereka yang akan meninggalkan tabiat tersebut. Ini adalah
berdasarkan kajian ini yang mendapati ramai bilangan mereka cuba berhenti
merokok. Apa yang menggembirakan ialah apabila kajian ini menunjukkan
bahawa seramai 24 daripada 64 orang pelatih yang terdahulunya merokok telah
berjaya meninggalkan tabiat tersebut. Walaupun 62.5% masih lagi merokok,
24
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
25/49
tetapi dari bilangan tersebut majoriti mereka pernah cuba berhenti merokok. Ini
kerana, seramai 38 daripada 40 orang pelatih yang masih merokok pernah cuba
berhenti meskipun tidak atau belum lagi berjaya untuk berbuat demikian.
Persoalannya ialah, mengapakah mereka gagal berhenti merokok ?
Dapatan kajian menunjukkan antara sebab-sebab pelatih gagal berhenti
merokok ialah mereka tidak selesa tanpa merokok iaitu 75% respon, diikuti oleh
sebab tidak dapat membuat kerja atau belajar tanpa merokok iaitu 57.5% dan
seterusnya ialah sebab tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan rokokdengan 52.5% respon.
Bagi pelatih yang berjaya berhenti merokok , kajian ini menunjukkan bahawa
mereka berbuat sedemikian ialah kerana ingin menjaga kesihatan diri iaitu 70.8%
respon. Sepanjang menjalani fasa pra-klinikal untuk tempoh satu setengah
tahun, pembelajaran teori tentang berbagai jenis penyakit terutama yang
disebabkan oleh tabiat merokok telah membuka mata dan minda mereka
bahawa merokok bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang faedah tetapi
sebenarnya ia mengundang maut. Malangnya, walaupun peratusan di atas
nampak besar tetapi secara keseluruhan hanya satu pertiga ( 37.5%) sahaja
daripada mereka telah berjaya meninggalkan tabiat merokok sedangkan mereka
sedar tentang kesan buruk dan akibat akhir tabiat tersebut terhadap kesihatan
dan nyawa mereka sendiri. Apa yang lebih penting ialah, mereka juga
sepatutnya sedar bahawa tabiat tersebut bukan sahaja mengancam nyawa
25
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
26/49
mereka sendiri malah ancamannya terhadap kesihatan orang lain yang menjadi
perokok pasif adalah lebih besar. Ini kerana, walaupun mereka menyedut asap
secara langsung dari rokok yang dinyalakan, tetapi ia sudah melalui penapis
sedangkan orang lain yang menjadi perokok pasif akan menyedut asap tersebut
secara langsung tanpa melalui sebarang penapis.
Sebab lain mereka berhenti merokok dan yang patut dicontohi oleh pelatih yang
masih merokok ialah mahu menjimat wang iaitu 37.5% respon. Tindakan
kerajaan menaikkan harga rokok juga sedikit sebanyak telah mulamenampakkan hasilnya. Ini kerana harga rokok yang semakin mahal adalah
antara punca yang menyebabkan pelatih berhenti merokok iaitu 12.5% respon.
Di peringkat kolej, sudah sampai masanya untuk semua pihak yang terlibat
dengan disiplin pelatih duduk semeja dan menggembleng tenaga untuk
merangka strategi serta mengambil tindakan yang lebih drastik supaya matlamat
untuk mengurangkan masalah merokok di kalangan Pembantu Perubatan
Pelatih khasnya di Kolej Pembantu Perubatan Kuching dapat direalisasikan.
5.3 Kesimpulan
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelaziman tabiat merokok di kalangan
Pembantu Perubatan Pelatih adalah tinggi dan begitu membimbangkan.
Sebilangan besar mereka memulakannya di peringkat awal remaja kerana
didorong oleh perasaan ingin mencuba dan pengaruh dari rakan sebaya. Di
26
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
27/49
kolej, mereka merokok adalah disebabkan oleh faktor stres yang mereka alami
akibat jadual waktu kuliah ketat dan kerana tekanan hendak menghadapi
peperiksaan yang merupakan penentu masa depan karier mereka dalam bidang
perubatan. Majoriti pelatih yang merokok memang berhasrat hendak
meninggalkan tabiat tersebut. Walaupun hanya satu pertiga telah berjaya
berbuat demikian, hampir semua mereka yang masih merokok pernah cuba
berhenti. Mereka berhenti merokok adalah kerana ingin menjaga kesihatan diri,
mahu menjimat wang dan kerana harga rokok yang semakin mahal. Bagi
mereka yang gagal berhenti merokok meskipun pernah cuba berbuat demikian,alasan yang diberi ialah mereka tidak selesa tanpa merokok terutama selepas
makan , tidak dapat membuat kerja atau belajar tanpa merokok dan seterusnya
ialah tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan rokok.
Berdasarkan dapatan dari kajian ini yang telah mengenalpasti faktor-faktor yang
mendorong para pelatih merokok dan juga faktor-faktor yang menyebabkan
pelatih yang terdahulunya merokok tetapi telah berjaya berhenti, maka dapatlah
pihak kolej merangka strategi serta mengambil tindakan yang lebih drastik untuk
menangani masalah merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih khasnya
di Kolej Pembantu Perubatan Kuching.
5.4 Cadangan
27
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
28/49
i) Pihak kolej tidak seharusnya bergantung harap kepada hanya seorang
pengajar HEP sahaja untuk menjaga hal ehwal dan disiplin pelatih.
Jawatankuasa berkenaan perkara tersebut harus diwujudkan supaya
tugas pemantauan ke atas hostel pelatih dapat dilakukan dengan lebih
kerap untuk memastikan pelatih benar-benar bebas daripada tabiat
merokok.
ii) Peraturan mengenai tabiat merokok seperti yang termaktub di dalam buku
peraturan BTML untuk kolej-kolej sains kesihatan hendaklahdikuatkuasakan dengan lebih konsisten dan secara berterusan. Mana-
mana pelatih yang ingkar dan melanggar peraturan tersebut hendaklah
dikenakan tindakan tatatertib termasuk menamatkan latihan pelatih
tersebut.
iii) Peraturan mengenai tabiat merokok harus ditegaskan seawal hari
pertama pelatih melangkah kaki ke kolej.
iv) Ceramah pendidikan kesihatan tentang bahaya, kesan buruk dan akibat
akhir tabiat tersebut terhadap kesihatan mereka sendiri dan juga
kesihatan orang lain di sekeliling mereka haruslah dimasukkan sebagai
sebahagian daripada aturcara Minggu Orientasi.
28
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
29/49
v) Memasukkan khidmat kauseling dan bimbingan ke dalam senarai tugas
pengajar sebagai mentor. Mana-mana pelatih yang benar-benar
menghadapi masalah dan memilih merokok sebagai jalan terakhir untuk
menyelesaikan masalah tersebut,
dia perlulah diberi peluang supaya menghadiri sesi khidmat kaunseling
dan bimbingan.
LIMITASI
Sebagai seorang yang baru didedahkan dengan bidang ini, menyempurnakan
satu kajian untuk pertama kali bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat
awal kajian ini, oleh kerana faktor masa, pengkaji hanya sempat berada di lokasi
kajian semasa melakukan pemerhatian secara kasar ke atas sampel . Untuk
mengumpul data , pengkaji hanya bergantung harap kepada rakan sekolej untuk
melakukannya. Kajian ini terpaksa diketepikan sementara sepanjang tiga bulan
sesi praktikum berlangsung. Oleh yang demikian, penulisan laporan kajian
terpaksa dibuat dalam masa yang agak singkat.
Keputusan kajian ini tidak boleh dianggap sebagai hasil kajian yang muktamad
kerana tidak ada kajian yang seumpama ini dijalankan sebagai perbandingan
atau rujukan yang dibuat sebelumnya. Hasil kajian pengkaji hanya berdasarkan
kepada maklumat dan data-data melalui pemerhatian dan menggunakan borang
soal selidik yang diisi oleh responden sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa
29
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
30/49
responden mengenali pengkaji dan sedikit sebanyak memberi kesan bias dari
segi kejujuran jawapan yang diberi atau diperolehi oleh pengkaji. Ini adalah
limitasi yang dihadapi oleh pengkaji.
Rujukan.
1. Anon. (1996). National Health and Morbidity Survey, Kementerian
Kesihatan Malaysia.
2. Anon. (1992). Cigarette smoking among adult and changes I the definition
of current cigarette smoking , United States.
3. Supramaniam V. (1980). Habits and attitudes of Malaysian military
doctors towards smoking . Med. Journal Malaysia, 34 : 205-10.
30
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
31/49
4 Anon. (1993). Health United States, USA.
5. Hay D. (1993). The rise and fall of smoking in New Zealand. Journal of
the Royal College of Phsicians of London, 27 : 315-9.
6. Lee PH (1989). Smoking in developing countries: real cause for
concern?. Medical Progress , 6:5
7. Anon. (1994). Preventing tobacco use among young people: areport of the Surgeon General, Atlanta,GA: US Department of Health and
Human Service, USA
8. Patron GC, Hilbert M. (1996). Smoking Associated with Depression and
Anxiety in Teenagers ?. American Journal of Public Health, 86:225-30.
9. Abdalla Abdel Wahid Saeed (1993). Smoking Habit of Students in
Secondary Health Institutes in Riyadh City, Arab Saudi. Journal of the
Royal Society of Health.
10. Thornton A., Lee P. and Fry J. (!994). Difference between smokers, Ex-
smokers, Passive smokers and non-smokers. Journal of Clinicians , 1:
1143-62.
31
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
32/49
11. Warner KE. (1989). Effect of anti-smoking campaign: an update.
American Journal of Public Health , 79:144 -51.
12. Anon. (1993). Smoking cessation during previous year among adults.
MMWR, 42:504 7.
13. Anon. ( 1990). A report of the surgeon general The Health Benefits of
Smoking Cessation. Rockville, Maryland, USA.
14. Ramlah J. & Mahani R. (2002). Psikologi Pendidikan: Pendekatan
Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.
Lampiran 1
32
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
33/49
33
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
34/49
34
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
35/49
Lampiran 2
35
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
36/49
36
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
37/49
37
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
38/49
38
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
39/49
Lampiran 3
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK : MASALAH MEROKOK DI KALANGAN PEMBANTU PERUBATAN
PELATIH
Salam sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa borang soal selidik ini diedarkan adalah semata-
mata bertujuan mengumpul maklumat yang akan digunakan dalam penyelidikan
saya. Segala maklumat yang diterima adalah sulit dan akan dirahsiakan.
Di atas kerjasama dan sokongan yang anda beri saya dahului dengan
ucapan terima kasih.
BAHAGIAN A
Butir-butir peribadi pelatih
1. Umur :_______ tahun
39
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
40/49
2. Suku kaum :___________________
3. Agama :_______________________
BAHAGIAN B
1. Adakah anda pernah merokok ?
Ya Tidak
Jika Ya sila jawab soalan-soalan berikutnya.
2. Berapakah usia anda mula merokok ?
___________ tahun.
3. Adakah ibu / bapa / penjaga anda merokok ?
Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan sahaja.
Ibu
Bapa
40
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
41/49
Penjaga
4. Apakah faktor yang mendorong anda merokok ?
Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan (boleh tanda lebih daripada satu
petak).
Ingin mencuba
Terpengaruh oleh rakan
Merokok menunjukkan kematangan
Terpengaruh oleh ibu / bapa / penjaga yang merokok
Stress
5. Berapa batang rokok anda habiskan dalam sehari ?
_____________________________________
6. Adakah anda sekarang masih merokok ?
41
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
42/49
Ya Tidak
Jika anda masih merokok, sila jawab soalan-soalan di Bahagian C sahaja .
Jika anda pernah merokok tetapi sekarang sudah berhenti, sila jawab soalan-
soalan di
Bahagian D sahaja.
BAHAGIAN C ( Untuk dijawab oleh mereka yang masih merokok )
1. Jika anda sekarang masih merokok, pernahkah anda cuba berhenti merokok?
Ya Tidak
2. Apakah sebab-sebab anda gagal berhenti merokok ?
Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan (boleh tanda lebih daripada satu
petak).
42
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
43/49
Tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan rokok
Tidak selesa tanpa merokok selepas makan
Tidak dapat membuat kerja / belajar tanpa merokok
3. Pernahkah anda diberi amaran oleh pihak kolej supaya berhenti merokok ?
Ya Tidak
4. Adakah anda pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kolej kerana
merokok ?
Ya Tidak
BAHAGIAN D ( Untuk dijawab oleh mereka yang merokok tetapi sudah
berhenti ).
1. Apakah sebab-sebab anda berhenti merokok ?
Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan (boleh tanda lebih daripada satu
petak).
Harga rokok yang semakin mahal
43
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
44/49
Menjaga kesihatan diri
Mahu menjimat wang
Pernah diberi amaran oleh pihak kolej
Pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kolej
Lain-lain sebab ( Sila nyatakan )
__________________________________________________________
__
__________________________________________________________
__
Lampiran
4
44
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
45/49
45
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
46/49
46
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
47/49
Lampiran 5
Jangka masa mengumpul data.
Jangkamasa yang diambil untuk mengumpul data untuk projek ini bermula pada 22/7/2002 hingga 05/8/2002.
JADUAL PERLAKSANAAN
Tarikh Aktiviti Tempat Masa Catatan19/6/200
2
Berjumpa dan menemubual Penyelia
hostel & Pengetua Kolej
Kolej Pembantu
Perubatan Kuching.
8.00 11.00
pagi
Meminta keizinan untuk
membuat kajian.
20/6/200
2
Membuat pemerhatian secara kasar
ke atas sampel
Hostel KPP
Kuching
8.30 11.00
pagi
6.00 7.30 ptg
Mendapatkan maklumat
21/6/200
2
Menelefon Pengajar yang menjaga
Pelatih Sem.3 KPP Kuching.
KPP Ulu Kinta,
Perak D.R.
8.00 10.00
pagi
Memberitahu tentang
penghantaran borang soal
selidik22/6/200
2
Menghantar borang soal selidik
melalui pos laju.KPP Kuching 10.00pagi Mendapatkan maklumat
05/6/200 Menerima borang soal selidik KPP Ulu Kinta, 10.00 pagi 91 borang soal selidik telah
47
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
48/49
2 Perak D.R.dikembalikan dengan
lengkap.
48
-
8/3/2019 Cth Research Merokok
49/49
Lampiran 6