buletin skp semi

Download Buletin Skp Semi

If you can't read please download the document

Upload: katakhijaucomel

Post on 03-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

info sekolah

TRANSCRIPT

  • Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Semoga hari ini menjanjikan rezeki yang cukup buat semua makhluk yang masih diberi nafas oleh Allah swt. Maha Luas nikmat Allah swt yang boleh kita kaut sekiranya kita kenal apa itu erti usaha dan tawakkal.

    -Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat menghitungnya.

    ( Surah Ibrahim : 34 )

    Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mempergunakan sebaik-baiknya nikmat yang dikurnia Allah swt dalam setiap urusan mereka. Sesungguhnya lafaz syukur itu penting sebagai tanda kita kasih dan sayang pada-Nya. Kalau nak pastikan diri kita tenang selalu, pastikan hati selalu mengucapkan..'Ya Al-lah..sesungguhnya hamba-Mu ini bersyukur dengan segala pemberian-Mu!'.

    -Ku nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku.Dan barangsiapa kufur

    maka ingatlah bahawa azab- (Surah Ibrahim:7)

    Pada hari ini, sesiapa yang banyak melakukan ibadah sunat akan dijanjikan mendapat pahala yang ber-ganda oleh Allah swt. Berjayalah bagi orang mukmin yang mengambil manfaat di dalam hari Jumaat yang tenang dan damai ini. Hiasilah hari ini dengan bacaan Al-quran dan selawat. Jadikan hari jumaat sebagai hari yang sebaik-baiknya untuk kita lakukan muhasabah diri.

    Wahai orang-orang yang beriman,

    apabila diseru untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli.

    Itulah yang lebih baik bagi kamu mengetahui." (Al-Jumu'ah:9)

    Berkata Uwaisal-Qarni "Oleh kerana aku terlalu mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar aku kehilangan kawan, biar hilang kawan kerana perjuangan,

    tetapi jangan hilang teman seperjuangan."

    Mimbar Jumaat

    Ikhlas dari: Panitia Pendidikan Islam & j -Qaf SK Penaga

    2

  • Artikel Semasa

    Adapun nasab keturunan baginda SAW adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasab baginda SAW ini sampai kepada Nabi Ismail AS. Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala menghan-tar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan ang-katan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi). Baginda SAW adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda SAW dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda SAW dipeli-hara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri. Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad SAW untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda SAW telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda SAW yang telah dikurniakan oleh Allah Taala. Ibu baginda SAW telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda SAW menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh da-tuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

    Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah Taala yang diu-tuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah SAW tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasul-Nya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran al-Karim ataupun al-Hadis antaranya:

    Firman Allah Taala bermaksud:

    penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang

    (Surah al-Ahzab: ayat 56)

    Firman Allah Taala bermaksud:

    Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu ber-bantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendak-lah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih

    (Surah an-Nisa: ayat 59) Firman Allah Taala bermaksud:

    penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang

    (Surah al-Ahzab: ayat 56) Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi

    (Riwayat al-Baihaqi) Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

    (Riwayat Muslim)

    Keputeraan Rasulullah SAW

    Rasulullah SAW Utusan Allah

    Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

    telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seum-pama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun

    (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

    Berselawat ke atas Rasulullah SAW

    Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

    4

  • Tsunami: Takziah buat Jepun, Tazkirah Buat Kita.. Tidak terlambat rasanya untuk kita merakamkan ucapan takziah

    buat teman-teman kita di Jepun di atas kejadian gempa bumi dan

    tsunami yang membawa kepada kerosakan banyak harta benda

    dan laporan kemalangan jiwa kemungkinan melebihi 10000

    nyawa yang terkorban. Sebagai umat yang beriman, kejadian ini

    menandakan kekuasaan Allah yang maha hebat sekaligus

    peringatan buat semua manusia agar berlaku amanah terhadap

    bumi yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Kerakusan

    manusia mencari kekayaan dunia sehingga membawa kepada

    kerosakan alam sekitar menjadi antara punca bencana alam

    sebegini. Hutan ditebang, sungai dan laut dicemar malah bukit

    dan gunung yang menjadi pasak bumi diratakan sehingga

    struktur tanah dan pelantar benua tidak lagi stabil. Kita di

    Malaysia bernasib baik kerana kita berada di luar lingkaran api

    pasifik yang bebas dari kejadian gempa bumi dan gunung berapi.

    Namun harus kita ingat, itu hanya perkiraan ilmu geo sains

    sahaja. Sebagai seorang yang Mukmin kita harus mengambil kira

    'perkiraan' Allah juga. Jika Allah mahukan ianya berlaku, maka ia

    akan tetap berlaku. Buktinya kita juga dilanda tsunami pada 2005

    walaupun masih ramai rakyat ketika itu tidak tahu makna

    perkataan tsunami itu sendiri. Berdoalah kepada Allah agar

    negara kita dilindungi daripada bencana alam yang dahsyat

    ini.Amin..

    11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun di-

    landa gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter. Gegaran

    dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur

    Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar

    Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami

    setinggi enam meter.

    Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di loji tenaga

    nuklear pertama di Fukushima pada hari Sabtu (Jepun ada 2 loji

    tenaga nuklear, di mana setiap loji tenaga ada 6 unit reaktor) dan

    selepas itu pada jam 11 waktu Jepun reaktor ketiga pada loji

    tenaga nuklear yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan,

    radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang.

    walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh.

    sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan

    radioaktif tersebut. Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat

    mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka se-

    buah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak

    mampu menandingi kuasa Allah.

    Firman Allah : Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al-An'aam:73]

    Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum

    nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan

    gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada

    pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Bukalah mata

    wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas

    bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang

    telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian

    ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. kita sebagai umat Islam

    atas peringatan Allah yang bermaksud:

    "Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah me-lainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

    Artikel Semasa

    5

  • TSUNAMI DI JEPUN TERMAKTUB DI DALAM AL-QURAN

    1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 Rabiul

    Akhir 1432 Hijrah atau 6/4/1432.

    2. Tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

    3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.

    4. Dan bulan 4.

    Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Quran ke 4. Rujuk di Al

    Quran.

    1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah

    Al-Hijr menyatakan

    "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan su

    dah ada ketentuan yang tetap baginya.

    2. Rahsia seterusnya yang menunjukkan Malapetaka ini akan

    berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah

    Seedai pada kedudukan geografi ( Jepun : Latitiude 36,

    Longtitude 138)

    Tahun 1432, Angka 14 di ketahui Juzuk Al Quran. maka yang di

    pecahkan 14 || 32 di pecahkan lagi 3|2 ,jadi rahsia angka adalah

    3 diambil pula lokasi latititude dan longitude.

    3+6+1+3+8 = 21

    2+1 = 3

    Bukti yang di maksudkan dengan angka 3 adalah negara Jepun.

    Jepun juga terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan

    diturunkan malapetaka ialah Wilayah Seedai pada kedudukan

    geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

    3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

    3+0 = 3.

    Bukti wilayah yang di maksudkan dengan angka 3 adalah

    Wilayah Seedai di Jepun.

    Artikel Semasa

    3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

    Masa yang dilaporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa

    bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

    1+4+4+6 =15

    1+5 = 6

    Bukti angka 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

    4. Seterusnya 1432 apabila dipecahkan 14||32, kini di ambil pula

    angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di

    kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam

    Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Angka 1 mem

    beri maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

    5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. Segala yang dinyata

    kan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad kitab Quran di

    turunkan.

    6. Dipercayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di

    ketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah

    membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia

    Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.

    Dipetik dari:

    http://sepaku.net/nur-addin/

    6

  • Artikel Semasa

    "Diriwayatkan, ada seorang Abid dari Bani Israel yang sentiasa sibuk dengan beribadat. Sekali peristiwa datanglah serombongan manusia seraya berkata kepadanya, "Di sini ada suatu kaum yang menyembah sebatang pohon kayu". Setelah mendengar berita ini, si Abid itu marah semarahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan berangkat untuk menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan itu. Di dalam perjalanannya muncullah Syaitan berupa seorang manusia tua, lalu bertanya kepada si Abid itu: Engkau hendak kemana?" "Aku hendak pergi menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan orang" kata si Abid itu. "Kenapa eng-kau bertindak keatas pohon itu? Kamu tinggalkan ibadat keatas satu perbuatan yang sia-sia, hendaklah kamu teruskan ibadat mu itu" kata Syaitan. "Ini juga merupakan satu ibadat" dijawab si Abid, lantas Syai-tan berkata, "Tidak sekali kali aku membenarkan kamu menebang pohon itu". Akhirnya terjadilah perkelahian diantara si Abid dan Syaitan itu se-hinggalah si Abid berjaya mengalahkan Syaitan. Syaitan mengetahui akan kelemahannya dan memujuk si Abid. "Dengarlah kata kata ku." Si Abid pun melepaskan Syaitan itu dan Syaitan pun berkata "Perkara menebang pohon itu bukanlah Allah mewajibkan kepadamu. Pohon itu bukanlah menggangu ibadat mu dan bukanlah kamu menyembahnya. Tuhan telah mengutuskan para AmbiaNya, dan jika dikehendakiNya pasti Ia memerintah Nabi Nabi-Nya menebang pokok itu." "Semestinya aku akan menebang pohon itu dan perbuatlah apa yang engkau suka". Maka terjadilah perkelahian sehinggalah si Abid sekali lagi dapat men-galahkan Syaitan dan sekali lagi Syaitan memujuk siAbid dengan katanya: "Dengarlah, kini kata ku yang terakhir yang tetap akan menguntung-kan kamu" Maka si Abid pun melepaskan Syaitan dan Syaitan ber-kata: "Kan kau seorang yang miskin dan menjadi beban keatas masyarakat. Kau biarkan sahaja kerja ini, nescaya aku akan berikan kepada kamu tiga dinar wang emas setiap hari. Kau akan memperolehi wang terse-but tiap tiap pagi dibawah bantal mu. Dengan ini segala keperluan mu akan terberes dengan mudah, dapat menunaikan keperluan keluarga dan dapat pula menolong orang orang fakir dan miskin. Dan dapat menggunakannya untuk mengerjakan amalan yang baik lagi mengun-tungkan. Jika sekiranya kau menebangkan pokok tadi, maka kau hanya memperolehi satu pahala sahaja. Kemudian penyembah penyembah pokok itu tentu akan mengusa-hakan yang lain pula. Perbicaraan Syaitan itu akhir nya berjaya memi-kat hati dan fikiran si Abid lantas beliau menerima tawaran Syaitan itu. Maka menurut perjanjian dengan Syaitan itu, si Abid pun menerima duit tiga dinar wang emas selama tiga pagi berturut sehinggalah pada pagi yang keempat, duit itu tiada dibawah bantal si Abid. Meradang benar si Abid dan diambilnya sebilah kapak untuk menebang pohon itu kembali.

    Di dalam perjalanan berjumpa lagi si Abid dengan orang tua yang men-yamar sebagai syaitan. Lalu syaitan itu bertanya kepada si Abid. "Kau hendak kemana?" "Aku hendak menebang pohon itu". "Kini kau tidak berdaya menebang pokok itu" ujar si Syaitan, maka ber-gelutlah mereka dan si Syaitan berjaya mengalahkan si Abid. Tercen-ganglah si Abid lalu bertanya. "Bagaimana mungkin kamu mengalahkan aku kerana dulu aku telah mengalahkan kamu sebanyak dua kali?' Syaitan menjawab "Dulu kamu mengalahkan aku kerana kamu berjuang kerana Allah, dan kini kamu berjuang kerana wang dan kerana itu aku berjaya mengalahkan kamu" Apa yang boleh kita kata? Jika si Abid yang memiliki ketaatan yang tinggi dalam ibadahnya kepada Allah swt pun boleh ditundukkan oleh tipu daya syaitan, bagaimana pula dengan kita yang belum tentu lagi tingkatan ibadah kita sudah berada di peringkat mana? Di sini perlu kita sama-sama ambil pengajaran. Islam memang menuntut umatnya untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin dalam mengejar pahala yang berganda demi kesejahteraan hidup di akhirat sana. Namun Islam lebih menuntut umatnya untuk fa-ham akan ibadah yang dikerjakan. Bagaimana hendak faham? Faham akan datang apabila ada ilmu. Maka, perlulah kita semua mencari Ilmu. Ilmu bakal membimbing diri kita untuk bertindak waras setelah membuat keputusan yang betul serta tepat. Ilmu memerlukan sandaran kepada ketaatan kita dalam menjaga adab. Adab berkait rapat dengan akhlak. Akhlak yang baik mencerminkan mukmin yang tawaduk kepada Allah swt. Dan akhlak yang baik juga diperolehi dari ilmu yang dicari. Akhlak itulah amalnya.

    6

  • Artikel Semasa

    Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam

    peperangan Khandaq ,

    "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

    Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW. Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun ke-mudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

    BIODATA RINGKAS Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memer-intah selama 30 tahun (1451 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpenda-

    pat baginda mangkat diracun.

    PENAWANAN KONSTANTINOPEL Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Is-lam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam ke-seluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebas-kan Konstantinopel.

    SEBAIK -BAIK RAJA DAN SEBAIK -SEBAIK TENTERA Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul per-tanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerin-tahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah mening-galkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud se-jak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

    7

  • Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah antara tetamu khas yang turut serta dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Penaga pada 19 Februari 2011

    Murid -murid dan masyarakat setempat bersama -sama menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Penaga pada 19 Februari 2011

    Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh Fuziah Karim bergambar bersama -sama Penyelaras PSS Pn Latifah Ismail dan Penyelaras Pusat Akses Pn Hanisah Hashim

    Bergambar bersama -sama semua pemenang GDQ