bahan gst

3
BAHAN GST PELAKSANAAN NEGARA LUAR GST KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Malaysia akhirnya menyertai 160 negara lain di seluruh dunia dalam melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pelbagai reaksi mengenainya. GST akan menyaksikan sistem cukai lebih telus yang telah lama diterima pakai oleh kebanyakan negara-negara jiran ASEAN. Menariknya dalam ASEAN, Indonesia merupakan yang pertama melaksanakan GST pada 1984 pada 10 peratus, diikuti oleh Thailand pada 1992 (10 peratus), dan Singapura pada 1993 (tiga peratus). Kemudian, Filipina pula menyusul pada 1998, diikuti Kemboja dan Vietnam pada 1999 manakala Laos pada 2009, semua pada kadar yang sama sebanyak 10 peratus. Thailand kini telah mengurangkan kadarnya kepada tujuh peratus, manakala selebihnya mengekalkan 10 peratus, dengan Singapura meningkatkan kadarnya kepada tujuh peratus dan Filipina, 12 peratus. Brunei dan Myanmar masih belum memperkenalkan GST, manakala Malaysia kini mengambil langkah berani untuk melaksanakannya. Kerajaan telah menekankan tentang keperluan bagi orang ramai memahami GST sebelum pelaksanaan sebenar dan oleh itu, segala usaha telah dijalankan Jabatan Kastam, agensi-agensi lain yang berkaitan dan media, bagi mencapai tujuan ini. Banyak maklumat mengenai GST telah disediakan di laman web kerajaan yang berkaitan yang sentiasa melaporkan untuk mendidik orang ramai. Ramai yang tidak ragu-ragu membayar cukai tetapi terdapat juga yang mengambil kesempatan daripada keadaan ini, dengan menimbulkan kekeliruan orang ramai dan menyorokkan barang. Tetapi usaha promosi berterusan diharapkan akan membantu menambah kejelasan mengenai GST. Kerajaan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perniagaan tidak mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST ini untuk menaikkan harga barang-barang untuk mengaut keuntungan berlebihan. GST, juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT), adalah cukai penggunaan pelbagai peringkat, dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat dalam rantaian bekalan, daripada pembekal sehingga peringkat pengagihan runcit. Bagaimanapun, cukai enam peratus itu tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana GST yang dibayar ke atas input perniagaan boleh dituntut.

Upload: amy-carter

Post on 28-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PLURAL

TRANSCRIPT

BAHAN GST

PELAKSANAAN NEGARA LUAR GST

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) Malaysia akhirnya menyertai 160 negara lain di seluruh dunia dalam melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pelbagai reaksi mengenainya.

GSTakan menyaksikan sistem cukai lebih telus yang telah lama diterima pakai oleh kebanyakan negara-negara jiran ASEAN.

Menariknya dalam ASEAN, Indonesia merupakan yang pertama melaksanakan GSTpada 1984 pada 10 peratus, diikuti oleh Thailand pada 1992 (10 peratus), dan Singapura pada 1993 (tiga peratus).

Kemudian, Filipina pula menyusul pada 1998, diikuti Kemboja dan Vietnam pada 1999 manakala Laos pada 2009, semua pada kadar yang sama sebanyak 10 peratus.

Thailand kini telah mengurangkan kadarnya kepada tujuh peratus, manakala selebihnya mengekalkan 10 peratus, dengan Singapura meningkatkan kadarnya kepada tujuh peratus dan Filipina, 12 peratus.

Brunei dan Myanmar masih belum memperkenalkan GST, manakala Malaysia kini mengambil langkah berani untuk melaksanakannya.

Kerajaan telah menekankan tentang keperluan bagi orang ramai memahami GSTsebelum pelaksanaan sebenar dan oleh itu, segala usaha telah dijalankan Jabatan Kastam, agensi-agensi lain yang berkaitan dan media, bagi mencapai tujuan ini.

Banyak maklumat mengenai GSTtelah disediakan di laman web kerajaan yang berkaitan yang sentiasa melaporkan untuk mendidik orang ramai.

Ramai yang tidak ragu-ragu membayar cukai tetapi terdapat juga yang mengambil kesempatan daripada keadaan ini, dengan menimbulkan kekeliruan orang ramai dan menyorokkan barang. Tetapi usaha promosi berterusan diharapkan akan membantu menambah kejelasan mengenai GST.

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perniagaan tidak mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GSTini untuk menaikkan harga barang-barang untuk mengaut keuntungan berlebihan.

GST, juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT), adalah cukai penggunaan pelbagai peringkat, dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat dalam rantaian bekalan, daripada pembekal sehingga peringkat pengagihan runcit.

Bagaimanapun, cukai enam peratus itu tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana GSTyang dibayar ke atas input perniagaan boleh dituntut.

Usaha untuk memperkenalkan GSTbagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sebelum ini dipenuhi oleh tindak balas negatif atau kekeliruan oleh orang ramai, yang merasakan cukai baharu ini akan menyebabkan harga barang naik.

Namun, ada yang sedar, selama ini mereka sudah membayar SST pada kadar 10 atau lima peratus.

Cukai jualan yang sudah termasuk dalam harga barangan, sebagai contoh, barangan elektrik, pakaian dan perkakas rumah, memandangkan cukai dikenakan di peringkat pengeluar atau pada masa import.

Semasa barang-barang sampai kepada pengguna, cukai jualan yang dibayar di peringkat pengeluar, akan disalurkan ke dalam harga jualan di setiap peringkat pengedaran atau pembekalan rantaian.

Sebaliknya, GSTyang akan digunakan pada setiap peringkat pengedaran atau rantaian bekalan, membolehkan perniagaan menuntut kembali sebagai kredit.

Oleh itu, GSTmerupakan satu sistem cukai yang lebih baik kerana ia menghapuskan cukai dua kali di bawah SST semasa dan pengguna perlu membayar harga yang berpatutan bagi kebanyakan barangan dan perkhidmatan.

Begitu juga, ia akan menjejaskan perniagaan kecil atau memihak kepada syarikat-syarikat besar.

Bagi perniagaan, mereka dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan dengan dapat menuntut GSTyang ditanggung ke atas input perniagaan.

Sebagai sistem cukai progresif dengan senarai panjang yang dikecualikan, bekalan berkadar sifar dan berkurangan, GSTtidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana sebahagian besar daripada pendapatan mereka akan dibelanjakan untuk barang-barang ini.

Banyak gembar-gembur negatif telah dikesan, tetapi yang menariknya, daripada 193 negara di dunia, kira-kira 160 telah pun melaksanakan GST.

Sebagai sistem percukaian yang saksama dengan ciri-ciri dasar sendiri, ia akan memastikan pematuhan, manakala pengelakan cukai akan diperiksa oleh mekanisme GST.

Tidak semua barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan CBP memandangkan makanan dan keperluan asas tertentu bebas cukai, manakala penjualan dan penyewaan kediaman serta hartanah pertanian dan perkhidmatan seperti kesihatan dan pendidikan swasta serta pengangkutan awam, dikecualikan daripada GST.

GSTjuga tidak akan dikenakan ke atas eksport.

Bagi menjadikan eksport lebih berdaya saing, GSTterhadap eksport akan berkadar sifar dan pengeksport boleh mendapatkan semula semua cukai input yang ditanggung dalam penjalanan perniagaannya.

Bagi barangan yang diimport pula, ia tertakluk kepada duti import dan cukai jualan. Bagaimanapun cukai jualan yang akan digantikan dengan GST.

Apa pun, kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang ketat untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GSTsebagai alasan untuk menaikkan harga barang, bagi maksud mengaut keuntungan berlebihan.

Antara langkah berkenaan ialah menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, memperhebatkan penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Barang Negara, penerbitan Panduan Pembeli serta menjadikan pasar raya penanda aras harga atau penetap harga.

Sementara itu, syarikat-syarikat dengan pendapatan tahunan sebanyak RM500,000 atau lebih dikehendaki mendaftar untuk GST, manakala yang di bawah tahap berkenaan boleh berbuat demikian secara sukarela.