assignment 568

7
ASSIGNMENT 13 : CEE 568 PSYCHOLOGY OF PHYSICAL PERFORMANCE “Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa”. Malaysia memerlukan tenaga pemuda dan bakal pemimpin untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara ini pada masa hadapan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kegiatan kokurikulum demi melahirkan insan yang seimbang. Kegiatan kokurikulum dapat ditafsirkan sebagai kegiatan sekolah yang dijalankan di luar waktu persekolahan dan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kegiatan sekolah unit beruniform, persatuan, serta sukan dan permainan. Aktiviti kokurikulum banyak berperanan membentuk pelajar yang seimbang dalam semua aspek yang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan intelek. antara maslahat kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar. Setiap persatuan pasti mempunyai ahli-ahli jawatankuasa tertentu untuk menerajui pergerakan persatuan tersebut, seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli- ahli jawatankuasa kecil, dan juruaudit. Pelajar-pelajar yang terpilih akan bertanggungjawab merancang aktiviti-aktiviti persatuan serta mengawal disiplin ahli. Oleh itu, mereka berpeluang mempersiapkan diri untuk memikul tugas-tugas sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mereka akan dihormati dan disegani oleh rakan-rakan mereka. Oleh sebab pemilihan pemimpin adalah secara demokrasi, pelajar-pelajar dapat memilih peneraju persatuan mereka secara adil dan harmoni. Seterusnya, kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar untuk menyokong aspirasi “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Yang berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Pelajar-pelajar dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan- rakan yang berlainan latar belakang dan budaya semasa menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh sebab terdapat sesetengah aktiviti yang memerlukan kegiatan berkumpulan, sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dapat diwujudkan dalam kalangan ahli persatuan untuk melancarkan kegiatan tersebut. Dengan cara ini, perpaduan dan permuafakatan dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar sekolah kerana “Perpaduan Teras Kejayaan”. Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri, Kadet Remaja Sekolah, dan

Upload: dollar-g

Post on 07-Sep-2015

216 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ASSIGNMENT 13 : CEE 568 PSYCHOLOGY OF PHYSICAL PERFORMANCE

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Malaysia memerlukan tenaga pemuda dan bakal pemimpin untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara ini pada masa hadapan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kegiatan kokurikulum demi melahirkan insan yang seimbang. Kegiatan kokurikulum dapat ditafsirkan sebagai kegiatan sekolah yang dijalankan di luar waktu persekolahan dan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kegiatan sekolah unit beruniform, persatuan, serta sukan dan permainan.

Aktiviti kokurikulum banyak berperananmembentuk pelajar yang seimbang dalam semua aspekyang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan intelek. antara maslahat kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar. Setiap persatuan pasti mempunyai ahli-ahli jawatankuasa tertentu untuk menerajui pergerakan persatuan tersebut, seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli-ahli jawatankuasa kecil, dan juruaudit. Pelajar-pelajar yang terpilih akan bertanggungjawab merancang aktiviti-aktiviti persatuan serta mengawal disiplin ahli. Oleh itu, mereka berpeluang mempersiapkan diri untuk memikul tugas-tugas sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mereka akan dihormati dan disegani oleh rakan-rakan mereka. Oleh sebab pemilihan pemimpin adalah secara demokrasi, pelajar-pelajar dapat memilih peneraju persatuan mereka secara adil dan harmoni.

Seterusnya, kegiatan ini dapatmemupuk semangat perpaduandalam kalangan pelajar untuk menyokong aspirasi Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Yang berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Pelajar-pelajar dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang dan budaya semasa menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh sebab terdapat sesetengah aktiviti yang memerlukan kegiatan berkumpulan, sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dapat diwujudkan dalam kalangan ahli persatuan untuk melancarkan kegiatan tersebut. Dengan cara ini, perpaduan dan permuafakatan dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar sekolah kerana Perpaduan Teras Kejayaan.

Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebihberdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri, Kadet Remaja Sekolah, dan Kadet Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta disiplin yang tinggi. Sekiranya disiplin dan peraturan dalam sesebuah pertubuhan tidak dipatuhi oleh seseorang ahli, ahli tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu, kegiatan kokurikulum terutamanya kegiatan badan-badan beruniform dapat membentuk pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan untuk berdikari, yang sememangnya amat penting sebagai persediaan pelajar untuk melangkah ke alam kerja.

Pada masa yang sama, para pelajar dapatmengasah bakat dan kemahiran merekatatkala menyertai persatuan atau mana-mana kegiatan sukan yang diminati oleh mereka, misalnya Persatuan Komputer, Kelab Catur, dan Kelab Keceriaan. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan persatuan secara aktif dapat menyerlahkan bakat mereka sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka, seterusnya memantapkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Mereka juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak, membuat simpulan, dan menggunakan teknologi maklumat terkini, serta ilmu-ilmu yang tidak dapat diperoleh dalam bilik darjah. Rentetan itu, pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan bakat mereka dalam kehidupan harian. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

Sebagai intihanya, murid-murid wajar menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum dengan aktif untuk menggalakkan perkembangan diri yang sihat dalam pelbagai aspek dan bukannya sebagai profesor dalam dewan peperiksaan sahaja. Marilah kita sedar dan berganding bahu mempersiapkan diri sebagai bakal pemimpin negara dengan menyertai kegiatan kokurikulum secara aktif dari sekarang, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sememangnya manusia yang cemerlang adalah manusia yang berkemahiran dalam pelbagai bidang dan bukannya sebagai alat peperiksaan sahaja.

ASSIGNMENT 14: CEE 568 PSYCHOLOGY OF PHYSICAL PERFORMANCE

Guru harus memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

1. Tujuan am (learning goal)

2. Objektif pelajar (specific objective)

3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk

menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.

4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar.

5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru

dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti

untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk

belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang

diperlukan.

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. Terdapat beberapa kaedah yang saya mendapat daripada program IDPESC dan digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang saya gunakan dalam pdp saya ialah :

1. Kaedah Kuliah

2. Kaedah Perbincangan

3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi

4. Kaedah Latihan

5. Kaedah Penemuan

6. Kaedah Projek

7. Kaedah Persembahan Lisan

8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

Kaedah Kuliah

Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal.

Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :

Pengenalan

Menerang dan menjelaskan skop pelajaran

Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka

Cuba membangkitkan minat

Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan

belakang.

Persembahan

Kuat tetapi nada mesra

Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai

Huraikan istilah yang digunakan

Bercakap dengan semua pelajar

Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain

Ulang butiran penting

Guna lawak jenaka

Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin

Penutup

Mengulangi point-point utama

Menggalakkan perbincangan

Meneguhkan point yang lemah

Demonstrasi

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :

Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah

Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

Demonstrasi

Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar

Ikut cara dan prosedur yang piawai

Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

Demonstrasi dan pengajaran

Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya

Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan

Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak

diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.

Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

Ulang demonstarsi dan butiran yang penting

Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit

Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan

Beri butiran penting

Penutup

Ulang butiran penting

Menggalakkan perbincangan

Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran