asignment pantun

Upload: johari

Post on 03-Apr-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 asignment pantun

    1/17

    1.0 PENDAHULUAN

    Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah

    dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun

    nilai-nilai moral dan sosialnya. Akal budi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang

    diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan

    dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa

    yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.

    Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun

    empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam

    kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalampercintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adat. Pendeknya

    setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan

    dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.

    Pantun merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan

    masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke genarasi . Apabila muncul

    teknologi percetakan pada akhir abad ke-19, koleksi pantun telah diterbitkan dalam pelbagai

    dialek Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan Jakarta dan Melaka, dan bahasa-

    bahasa seperti Ambon dan Acheh. Kini terdapat kira-kira seratus buah manuskrip pantun

    yang dikumpulkan di perpustakaan seperti di Jakarta, Leiden, Paris, London, dan Berlin.

    Kebanyakan pantun tersebut dikutip pada akhir abad ke-19 dan dimuatkan dalam pelbagai

    koleksi oleh sarjana dari England, Belanda, dan Jerman.

    Dapat disebutkan bahawa pantun ialah genre yang tersebar luas dan hampir

    sarwajagat. Di Alam Melayu, bentuk ini hidup subur dalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35dialek Melayu. Orang-orang Melayu diaspora pula telah membawanya hingga ke Sri Langka,

    Kepulauan Cocos, Surinam, dan Belanda. Kehadiran pantun di Eropah dan Amerika telah

    menarik perhatian penyair-penyair hingga menyebabkan timbulnya genre pantoum dalam

    kesusasteraan Barat mulai abad ke-19.

    Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secara berkesan

    tetapi ringkas, kemas, tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah. Pada zaman dahulu

    kala masyarakat melayu belum lagi pandai menulis dan membaca. Hal ini demikian kerana

    1

  • 7/29/2019 asignment pantun

    2/17

    masyarakat melayu pada waktu itu belum lagi bertamadun. Keadaan initelah membuktikan

    bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca telah pandai mencipta dan

    berbalas-balas pantun antara satu sama lain.

    Keadaan ini membolehkan kita menganggap pantun itu sebagai pusaka orang melayu

    sejak turun-temurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak kata pepatah tak kenal

    maka tak cinta. Pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walau pun zaman telah

    berubah. Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna bentuk, isi, maksud

    dan alasan pantun itu. Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana Hamzah Fansuri yang

    telah meninggal dunia dalam tahun 1630.

    Kini pantun telah berjaya menambat imaginasi dan kesarjanaan pengkaji di dalam dan

    di luar bidang sastera, di Alam Melayu dan juga di luarnya. Pantun terus diajar dan diselidiki

    di pusat-pusat Pengajian Melayu; seminar dan bengkel tentangnya juga terus diadakan.

    2.0 DEFINISI PANTUN

    Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu

    pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat

    mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang

    bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah

    dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Tun merupakan kata dasar merujuk

    kepada beberapa bahasa di Nusantara. Antaranya termasuklah bahasa Pampanga TUNTUN

    bermaksud teratur, bahasa Tagalog tonton bermaksud mengucapkan sesuatu dengan

    susunan tertentu, bahasa Toba pantun bermaksud kesopanan dan bahasa jawa

    kunotuntunbermaksud benang.

    3.0 CIRI-CIRI DAN FORMAT PANTUN

    3.1 Pembayang atau sampiran

    Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.

    Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud.

    Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris

    berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

    2

  • 7/29/2019 asignment pantun

    3/17

    3.2 Maksud atau isi

    Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap

    pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam

    pantun tersebut(tema).

    3.3 Perkataan

    Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.

    Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama

    bilangannya.

    3.4 Suku kata

    Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap

    baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik

    mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

    3.5 Rima atau bunyi

    Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris

    pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima

    pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan

    begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

    Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh

    pantun yang baik :

    Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,

    Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,

    Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,

    A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

    4.0 BENTUK DAN JENIS-JENIS PANTUN

    Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat,

    pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun

    3

  • 7/29/2019 asignment pantun

    4/17

    yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat

    sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-

    macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan

    juga ada sesetengahnya berbentuk"peribahasa".

    Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam

    pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama

    yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam

    kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara

    permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara.

    Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis.Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib,

    perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu,

    penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi

    pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi

    yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang

    berhubungan.

    Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada

    umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas

    bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan

    meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat"dan "agama"tidak kurang

    pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang

    berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama

    yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

    Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya

    menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun

    "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau

    dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian,

    pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya

    lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah

    merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina

    kemahiran berfikir dengan tepat.

    4

  • 7/29/2019 asignment pantun

    5/17

    Pantun "jenaka"yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran

    keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan

    sindirannya di dalamnya.

    Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti

    dikemukakan di atas :-

    Jenis Pantun : Dua Kerat

    Buah beluluk buah kepayang,

    Dimakan mabuk dibuang sayang.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-teki

    Fungsi : Untuk berseronok dan

    menduga kebolehan dalam berfikir

    Kelip-kelip disangka api,

    Kalau api di mana puntungnya;

    Hilang ghaib disangka mati,

    Kalau mati di mana kuburnya?

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Jenaka

    Fungsi : Semata-mata untuk hiburan

    Orang Rengat menanam betik,Betik disiram air berlinang;

    Hilang semangat penghulu itik,

    Melihat ayam lumba berenang

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang

    Burung merbuk membuat sarang,

    Anak enggang meniti di paya;

    Tembaga buruk di mata orang,

    Intan berkarang di hati saya.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat

    Air melurut ke tepian mandi,

    Kembang berseri bunga senduduk;

    Elok diturut resmi padi,

    Semakin berisi semakin tunduk.

    5

  • 7/29/2019 asignment pantun

    6/17

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi

    Tingkap papan kayu bersegi,

    Sampan sakat di Pulau Angsa;

    Indah tampan kerana budi,

    Tinggi darjat kerana bahasa.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib

    Payang retak tali bersimpul,

    Kendi lokan airnya tumpah;

    Hidup tidak kerana kaul,

    Mati bukan kerana sumpah.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau

    Pungut teritip di tiang batu,

    Batu pecah dilanda karang;

    Beginilah nasib dagang piatu,

    Kain basah kering di pinggang.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat

    Buah berangan di rumpun pinang,

    Limau kasturi berdaun muda;

    Kalau berkenan masuklah meminang,

    Tanda diri beradat budaya.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan

    Patah rotan tali bersilang,

    Batang meranti rimbun berjejal;

    Langkah pahlawan di tengah gelanggang,

    Berpantang mati sebelum ajal.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa

    Punggur rebah puyuh mendengut,

    Dengut melata di tengah padang;

    6

  • 7/29/2019 asignment pantun

    7/17

    Sedangkan bah kapal tak hanyut,

    Inikan pula kemarau panjang.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat

    Gesek biola tiup serunai,

    Sayu dara berhati walang;

    Putih mata si burung punai,

    Kayu ara ditunggu helang.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama

    Letak bunga di atas dulang,

    Sisipkan daun hiasan tepinya;

    Banyak berdoa selepas sembahyang,

    Mohon diampun dosa di dunia.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanak

    Fungsi : Lagu sedih dan bersuka-ria

    Anak rusa nani,

    Baru kembang ekor;

    Apa dosa kami,

    Lalu tidak tegur.

    Jenis-jenis pantun lain;

    Jenis Pantun : Pantun Enam Kerat

    Belayar perahu membawa kuini,

    Ke tanjung Jati mengadap Paduka,

    Bunga kemboja sembah berkarang;

    Kalaulah tahu jadi begini,

    Tidaklah hati dibawa berduka,

    Ku pilih saja orang lain.

    Jenis Pantun : Lapan Kerat

    7

  • 7/29/2019 asignment pantun

    8/17

    Dini hari melawat pusara,

    Bawa merbah bersama emas,

    Nenas terletak tepi belana,

    Belanga China bersalut arang;Benihku cari disemai mesra,

    Semaian bercambah menjelma tunas,

    Kemudian subur indah berbunga,

    Malangnya bunga di getu orang.

    Jenis Pantun : Sepuluh Kerat

    Baju dastar kesumba,

    Seluar gunting petani,

    Jahitan nyonya kampung Erah,

    Di hilir pasar Kampung Melaka,

    Singgah di rumah nahkodanya;

    Batang emas dahan suasa,

    Buahnya intan dengan padi,

    Bunga diisap burung merak,

    Pipit hendak hinggap di rantingnya,

    Adakah boleh oleh yang punya.

    Jenis Pantun : Dua Belas Kerat

    Rotan sepatah dua patah,

    Tarik kerakap batang padi,

    Dibawa sultan dari Judah,

    Padi yang jangan digemparkan,

    Kalau gempar antara gugur,

    Bila gugur masuk perigi;

    Tuan di Mekah di Madinah,

    Naik akhirat batu haji,

    Tegak berdiri Rasululah,

    Kami yang jangan dilupakan,

    Kalau lupa antara tidur,

    8

  • 7/29/2019 asignment pantun

    9/17

    Dalam tidur menjadi mimpi.

    Di bawah merupakan contoh pantun berkait;

    Jenis Pantun : Pantun Berkait

    - Kebiasaannya terdiri dari empat kerat juga, tetapi

    antara satu pantun dengan satu pantun berkait-kait

    pembayang dan maksudnya. Pembayang kedua

    pada pantun pertama dijadikan pembayang pertama

    pada pantun kedua dan maksud kedua dalam

    pantun pertama dijadikan maksud pertama

    bagi pantun kedua.

    Pergi kehulu menjala ikan,

    Belayar sampan ke Tanjung Jati;

    Masa lalu jangan ditangiskan,

    Masa depan jangan ditakuti.

    Belayar sampan ke Tanjung Jati,

    Cuaca redup di tepi muara;

    Masa depan jangan ditakuti,

    Bahtera hidup kemudinya usaha.

    Cuaca redup di tepi muara,

    Angin Barat bertiup nyaman;

    Bahtera hidup kemudinya usaha,

    Tanamkan kudrat pada keazaman.

    Angin Barat bertiup nyaman,

    Burung gagak terbang ke rimba;

    Tanamkan kudrat pada keazaman,

    Bulan tidak jatuh ke riba.

    5.0 PANTUN NASIHAT DAN MOTIVASI

    Dalam pantun nasihat dan pengajaran dapat kita lihat sebagai satu alat untuk

    menyampaikan nasihat dan pengajaran bertujuan memberi ingatan dan teguran agar setiap

    anggota masyarakat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu, dalam pantun ini

    9

  • 7/29/2019 asignment pantun

    10/17

    mengambarkan sikap masyarakat Melayu mempunyai nilai kemelayuan yang tinggi untuk

    menyampaikan kepada masyarakatnya.

    Nilai yang di tunjukkan sangat halus sehingga dapat dijadikan teladan yang baik

    kepada seluruh yang mendengar . Pantun nasihat dan pengajaran merupakan elemen yang

    penting dalam masyarakat Melayu, nilainya dan sistem disosialisasikan ke dalam diri

    individu, kelompok, komuniti, masyarakat dan budaya.

    Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan ). Unsur

    estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama yang berkaitan dengan

    penggunaan lambang lambing tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan

    pandangan dunia masyarakat Melayu dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara

    pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

    Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan ), pantun biasanya menyentuh hampir seluruh

    kehidupan masyarakat Melayu. Daripada penelitian terhadap isi (tema dan persoalan) juga

    telah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistematik.

    Pantun dapat dijeniskan berdasarkan tiga aspek iaitu sudut khalayak, sudut bentuk,

    sudut tema. Sudut khalayak ialah penutur dan pendengar pantun, yang biasanya dibahagikan

    kepada tiga jenis khalayak iaitu kanak-kanak, dewasa, orang tua.

    Pantun kanak- kanak biasanya mengandungi maksud nasihat terutamanya menyentuh

    tentang alam pendidikan. Pantun orang dewasa atau orang muda (daripada peringkat remaja

    hinggalah keperingkat sebelum berkahwin ) ialah pantun yang mempunyai maksud atau tema

    kasih sayang antara teruna dara, usik-mengusik, tema kepahlawa, adat resam, budi, nasihat

    dan sebagainya. Pantun orang tua pula biasanya ialah pantun yang mengandungi maksud

    nasihat , kias, ibarat, adat resam serta mengandungi nilai kemasyarakat dan kebudayaan.

    a. Pantun Kanak-kanak

    Mari berpantun di Subang Jaya,

    Tepi tasik tempat bertandang;

    Biar membaca di mana sahaja,

    Masa terluang tidak terbuang.10

  • 7/29/2019 asignment pantun

    11/17

    Cina sambut tahun baru,

    Tahun hebat naga berapi;

    Kaum lain dan juga melayu,

    Tumpang meriah turut cuti.

    Malam nanti tahun yang baru,

    Sama berkumpul satu keluarga;

    Gembira bercuti orang melayu,

    Lebih seronok berbanding cina.

    Hari Selasa selepas Isnin,

    Bangun pagi makan roti;

    Sambil belajar kita bermain,

    Moga riang di dalam hati.

    Hari selasa hari ketiga,

    Bila malam makan capati;

    Ilmu berguna bekal dewasa,

    Taat kepada perintah Illahi.

    b. Pantun Remaja

    Remaja laksana bunga setangkai,

    Mekar mewangi tiada terkulai;

    Menara gading kian melambai,

    Semoga cita-cita akan tercapai.

    Pahit ditelan buah peria,

    Kulitnya nipis bukan tebal;

    Jalan-jalan memohon kerja,

    Mencari pitis asalkan halal.

    11

    http://www.tehramuan.com/hati-yang-sakit.htmlhttp://www.tehramuan.com/belajar-menulis-pantun-bahagian-ketiga.htmlhttp://www.tehramuan.com/hati-yang-sakit.htmlhttp://www.tehramuan.com/belajar-menulis-pantun-bahagian-ketiga.html
  • 7/29/2019 asignment pantun

    12/17

    Ubi berisi dimasak sayur,

    Gulai udang hidangan petang;

    Cari rezeki ikhlas dan jujur,

    Untuk orang yang tersayang.

    Ada lelaki ke bazar ramadhan,

    Membeli juadah untuk berbuka;

    Apa dibeli tak habis dimakan,

    Membazir sudah pula jadinya.

    Kaum wanita sibuk memasak,

    Sedia juadah untuk keluarga;

    Harapan kecewa perlu dielak,

    Syukur dengan apa yang ada.

    c. Pantun Dewasa

    Buah jambu tiga serangkai,

    Bawa ke rumah bapa mertua;

    Apakah ilmu yang kamu pakai,

    Datang sekolah berlenggang saja.

    Durian merekah kulit berduri,

    Buah mengkudu pahit rasanya;

    Datang ke sekolah setiap hari,

    Tetapi buku tak pernah dibawa.

    Sekolah ada bertingkat-tingkat,

    Berlapis-lapis ijazah diploma;

    Ilmunya tiada akalnya singkat,

    Gagal menepis dugaan dunia.

    Bawa pukat hanya sejengkal,

    Haruan darat mahu diduga;12

    http://www.tehramuan.com/wanita-pohon-semalu.htmlhttp://www.tehramuan.com/kecewa.htmlhttp://www.tehramuan.com/sayang-seorang-suami-bapa.htmlhttp://www.tehramuan.com/dugaan-datang-dalam-berbagai-rupa.htmlhttp://www.tehramuan.com/wanita-pohon-semalu.htmlhttp://www.tehramuan.com/kecewa.htmlhttp://www.tehramuan.com/sayang-seorang-suami-bapa.htmlhttp://www.tehramuan.com/dugaan-datang-dalam-berbagai-rupa.html
  • 7/29/2019 asignment pantun

    13/17

    Ilmu syariat sebagai bekal,

    Dunia akhirat aman bahagia.

    Ikan senohong si ikan siakap,

    Dimasak pula bersama peria;

    Beropan-santun apabila bercakap,

    Kelak kita dipandang mulia.

    d. Pantun Ibu Bapa

    Ke pekan setapa bersama kawan,

    Kerana hendak mengepos surat;

    Nasihat ibu bapa jangan dilawan,

    Tentu selamat dunia dan akhirat.

    Malam kelam bintang sedikit,

    Tekukur hinggap di pohon kelapa;

    Anak demam ibu yang sakit,

    Tidurterlelap di hujung kepala.

    Bintang timur di hujung dahan,

    Bintang kejora jauh sekali;

    Mudanya umur bukan ukuran,

    Anak dan bapa gandingan budi.

    Tahun baru datang lagi,

    Lupakan saja tahun lama;

    Orang jauh di bayanghati,

    Orang dekat di bayang mata.

    Dua kosong satu dan satu,

    Dua kosong satu dan dua;

    Bahagia dapat isteri baru,

    Jangan lupa emak mertua.13

    http://www.tehramuan.com/kisah-ibu-mengandung.htmlhttp://www.tehramuan.com/tidur.htmlhttp://www.tehramuan.com/sayang-seorang-suami-bapa.htmlhttp://www.tehramuan.com/hati-yang-sakit.htmlhttp://www.tehramuan.com/kisah-ibu-mengandung.htmlhttp://www.tehramuan.com/tidur.htmlhttp://www.tehramuan.com/sayang-seorang-suami-bapa.htmlhttp://www.tehramuan.com/hati-yang-sakit.html
  • 7/29/2019 asignment pantun

    14/17

    e. Pantun Nenek

    Anak rusa masuk ke taman,

    Puas sudah orang memburu;

    Kalau muda jadikan teman.

    Kalau tua jadikan guru.

    Ke mana arah ke mana jalan,

    Denai lorong dan lebuh raya;

    Hidup nan indah kita impikan,

    Jiwa merdeka maju dan jaya.

    Pejuang mati bertabur tulang,

    Hancur badan dikandung tanah;

    Penjajah lari dihambat pulang,

    Anak watan tegak dan megah.

    Selamat tinggal tahun dulu,

    Tahun baru menjelang tiba;

    Apa khabar pengantin baru,

    Bila nak dapat cahaya mata.

    Tahun baru sudah tiba,

    Tahun lama sudah pergi;

    Leka hidup dalam dunia,

    Ingatkan juga akan mati.

    f. Pantun Guru

    Tanam tebu di tepi pagar,

    Daunnya kena orang lalu;

    Nasihat guru hendak didengar,

    Barulah kita selamat selalu.14

  • 7/29/2019 asignment pantun

    15/17

  • 7/29/2019 asignment pantun

    16/17

    Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan

    perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.

    Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

    Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk

    utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan

    kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan

    empat kerat.

    Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam

    setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap

    berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

    Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai

    hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti

    yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

    Sebab pulut santan terasa,

    Sebab mulut badan binasa.

    Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi

    pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan

    hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan

    hingga dua belas suku kata sahaja.

    Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting

    untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan

    cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau

    rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

    Secara keseluruhannya, pantun Melayu adalah satu hasil ciptaan masyarakat dan

    budaya . Pantun bukan milik individu , tetapi milik kolektif seluruh masyarakat . Lantaran itu,

    segala wawasan dan nasihat yang terkandung adalah ditujukan kepada semua sebagai produk

    masyarakat dan budaya tidak timbul persoalan individualisasi. Hidup yang penuh

    individualistik bukan cara melayu . Walaupun ada segelintir masyarakat melayu yang

    16

  • 7/29/2019 asignment pantun

    17/17

    mementingkan diri tetapi adalah peribadi yang kita diharapkan daripada seseorang individu

    Melayu.

    Di dalam konteks negara ini, kita harus berusaha agar akan wujud satu bangsa yang

    mempuyai nilai-nilai yang tinggi budi bahasanya. Pantun dalam masyarakat Melayu

    digunakan secara lisan iaitu sebagai penyampai falsafah dan pemikiran orang Melayu.

    Walaupun pantun dilafazkan secara spontan , tetapi mempunyai kaitan dengan hidup manusia

    dalam masyarakat.

    17