unit kaunseling dan kefahaman agama (kafa)

Post on 16-Oct-2021

7 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

أونيت كاونسليع دان كفهمن أكام UNIT KAUNSELING & KEFAHAMAN AGAMA

Titah sempena Sidang Perbahasan Sesi Perhimpunan

Agung PBB ke-69 di General Assembly Hall, New York

pada 25 September 2014

“ We support all regional

and international efforts

in countering terrorism”

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN

WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERKAITAN RADIKAL, EKSTREM, TERRORISM DAN PEMIKIRAN LIBERAL

5

“…Negara Brunei Darussalam mengutuk keganasan dalam

semua bentuk dan sama sekali menolak ekstremisme dan

radikalisme. Brunei juga menyokong Resolusi Majlis

Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2170)

dan (2178) baru-baru ini untuk membendung aktiviti

kumpulan-kumpulan pengganas. Pada masa yang sama,

Negara Brunei Darussalam juga berpendapat bahawa

punca keganasan dan ekstremisme perlu ditangani secara

menyeluruh…”

(Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam pada sesi pleno kedua Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-10, di

Pusat Persidangan Milano Congressi, Milan, Itali pada 17 Oktober 2014)

6

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN

WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERKAITAN RADIKAL, EKSTREM, TERRORISM DAN PEMIKIRAN LIBERAL

“…kepentingan menangani keganasan dan ekstremis yang

melampau secara komprehensif melalui pendidikan dan

pertukaran ‘people-to-people’….”

“…kepentingan mengatasi ancaman yang berpunca

daripada keganasan dan ekstremis yang melampau dengan

cara yang komprehensif bagi menangani kelemahan sosial

melalui pendidikan, sikap toleransi, moderasi dan

kefahaman….”

(Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di

California, Amerika Syarikat, pada 16 Februari 2016. )

7

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN

WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERKAITAN RADIKAL, EKSTREM, TERRORISM DAN PEMIKIRAN LIBERAL

LATARBELAKANG

• YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin Pengarah

Dato Paduka Hj Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama mencadangkan penubuhan

satu mekanisme khusus menangani pemikiran ekstrem dan radikal yang memanipulasi

ajaran Islam melalui minit bil. KHEU/M/SUT III/2011 bertarikh 29hb Rejab 1439 (16hb

April 2018).

• Resolusi Forum SOM MABIMS ke-43 (2018) menggariskan strategi bagi menangani

pendekatan ancaman aliran ideologi liberalisme, ekstremisme, radikalisme dan sebarang

elemen yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, termasuk menawarkan

khidmat islah bagi menangani ideologi-ideologi tersebut.

• Unit ini mula beroperasi pada 7 Januari 2019 di bawah Pejabat Setiausaha Tetap, KHEU.

• Unit ini juga dikenali dengan:

Counselling and Religious Understanding Unit (وحدة الاستشارة والتفاهم الديني)

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal

Ugama, Pehin Udana Khatib Dato Seri

Setia Ustaz Haji Badaruddin bin

Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan

Yang Mulia Timbalan Menteri, Pengiran

Dato Seri Setia Haji Bahrom bin

Pengiran Haji Bahar melawat dan

meninjau perkembangan dan kemajuan

Unit KAFA di Pejabat Unit KAFA.

Seterusnya bergambar ramai di bilik

Sistem Kebajikan Negara (SKN) yang

bersebelahan dengan Pejabat Unit KAFA

pada hari Rabu, 29 Ramadhan 1442

bersamaan 12 Mei 2021.

LAWATAN DAN TINJAUAN YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE UNIT KAFA

VISI

Mendokong visi KHEU

Bersama Ke Arah Kehidupan Cemerlang Duniawi

dan Ukhrawi

MISI

•Memelihara kesucian agama rasmi negara dari sebarang

unsur-unsur fahaman ekstrem, radikal dan pemikiran liberal.

•Membantu mereka yang memerlukan bimbingan kembali

pada landasan dan nilai-nilai Islam yang murni.

MATLAMAT

• Merangka tindakan strategik dari perspektif Islam sebagai tindakbalas terhadap ancaman

dari kumpulan atau individu yang membawa pemikiran / gagasan ekstrem, mahupun liberal

yang bertentangan dengan amalan masyarakat di Negara Brunei Darussalam serta nilai-

nilai ugama Islam.

• Menghulurkan kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan yang lain dalam menghadapi

cabaran kumpulan atau individu yang berpegang dengan fahaman radikal serta pemikiran

ekstrem, atau liberal dan seumpamanya.

• Sebagai nilai tambah dalam memberikan penentangan naratif terhadap kefahaman yang

salah mengenai ajaran Islam mengikut keadaan dan keperluan tempatan, serta mendokong

usaha negara-negara Islam dalam menangani cabaran yang mengugat perpaduan Ummah.

PERANAN UNIT KAFA

• Fokal utama KHEU mengenai isu yang berkait dengan kumpulan atau individu yang membawa pemikiran / gagasan ekstrem; serta isu

fahaman liberal yang bertentangan dengan amalan masyarakat Brunei serta nilai-nilai ugama Islam.

• Sebagai sekretariat bersama dalam Jawatankuasa Program Kesedaran Awam Berkenaan Anasir Kegiatan Pengganasan dan

Ekstremisme di bawah Jabatan Perdana Menteri.

• Membantu dalam menjalin kerjasama erat dan perkongsian maklumat dengan negara-negara anggota MABIMS (Republik Indonesia,

Malaysia dan Republik Singapura).

• Unit KAFA bertanggungjawab menyebarluaskan maklumat dan kefahaman yang betul mengenai ajaran Islam menurut keadaan dan

keperluan tempatan, menawarkan khidmat bimbingan, kaunseling dan membuat penyelidikan-penyelidikan.

• Unit ini juga berusaha mengurus pentadbirannya yang berkaitan HRD dan HRM, pengawalan stor, penilaian prestasi dan pengurusan

personal dan profesional. Selain itu, ianya juga bertindak selaku Urusetia kepada Jawatankuasa Program Kesedaran mengenai anasir

pengganasan dan ekstremisme.

Unit Kaunseling dan

Kefahaman Agama (KAFA)

CARTA ORGANISASI

Unit KAFA mempunyai 2 bahagian utama iaitu Bahagian Sumber & Penyelidikan dan

Bahagian Sokongan dan Pemulihan

Ketua Unit KAFA

Bahagian Sokongan dan Pemulihan

KaunselingSokongan dan Pemantauan

Bahagian Sumber dan Penyelidikan

PenentanganNaratif

Penyelidikandan Analisis

Kumpulan Penasihat

Kumpulan Penasihat yang dianggotai oleh ahli-ahli akademik dan

pakar ugama ditubuhkan secara ‘ad-hoc basis’ apabila diperlukan

bagi membantu memberikan pandangan dan nasihat terutama

mengenai dengan hasil-hasil penyelidikan dan pendekatan yang

dibuat terhadap perkara-perkara yang ditangani oleh Unit ini.

KUMPULAN PENASIHAT

• Kumpulan Penasihat yang dianggotai oleh ahli-ahli akademik dan

pakar ugama ditubuhkan secara ‘ad-hoc basis’ apabila diperlukan bagi

membantu memberikan pandangan dan nasihat terutama mengenai

dengan hasil-hasil penyelidikan dan pendekatan yang dibuat

terhadap perkara-perkara yang ditangani oleh Unit ini.

BAHAGIAN KAUNSELING DAN SOKONGAN(COUNSELLING AND SUPPORT UNIT)

Tugas-tugas utama:

• Menawarkan khidmat bimbingan dan kaunseling serta perbincangan ugama dengan

menghormati kod etika kaunselor.

• Membimbing menjadi individu yang bertanggungjawab dalam institusi keluarga dan

masyarakat yang berlandaskan ajaran Islam.

• Membantu individu dan ahli-ahli keluarga dalam meneroka idea-idea serta pilihan-pilihan

baru ke arah kehidupan kekeluargaan yang sejahtera dan masyarakat harmoni.

• Memantau perkembangan individu yang terlibat agar tidak terjebak semula dengan

pengaruh fahaman ekstrem dan radikal, ataupun pemikiran liberal.

• Menyebarluaskan maklumat dan kefahaman yang betul mengenai ajaran Islam dalam

konteks serta menurut keadaan dan keperluan tempatan.

PROSES KERJA BAHAGIAN KAUNSELING DAN SOKONGAN UNIT KAFA

PROSES KERJA PEMULIHAN UNIT KAUNSELING DAN KEFAHAMAN AGAMA (KAFA)

Langkah Pertama

• Sebaik sahaja Unit KAFA menerima laporan / kes, ianya akan didaftarkan ke dalam sistem daftar dan dikategorikan sebagai sulit. Laporan/ Kes akan dinilai berdasarkan kepada terma rujukan Unit KAFA.

• Jika laporan yang diterima dinilai di luar bidang tugas yang diamanahkan kepada Unit KAFA, kes tersebut akan dirujuk kembali kepadapihak berkenaan untuk pertimbangan lanjut.

• Jika kes memerlukan perhatian lanjut, Unit KAFA akan membuat perhubungan awal dengan klien dan seterusnya menentukan tarikhperjumpaan untuk membina hubungan baik dan perkenalan bagi mendapatkan kepercayaan klien.

• Diagnosis awal akan dijalankan dengan mengumpul maklumat dari klien dan membuat penilaian dalam beberapa perkara antaralainseperti berikut:

Latarbelakang (pekerjaan, pendidikan, keluarga, komitmen dan lain-lain) • Pola berfikir • Tahap pengetahuan ugama • Kepercayaan danfilosofi kehidupan

• Jika diperlukan, kerjasama dari agensi berkenaan akan dipohonkan bagi melaksanakan beberapa penilaian dari sudut psikologi termasukCognitive Assessment, Career and Life Planning Assessment, Personality Assessment.

• Maklumat yang dikumpul melalui penilaian psikologi seperti personaliti, tahap intelek, profil kecenderungan, minat dan kebolehan danlainnya akan dapat membantu dalam merekabentuk program intervensi yang bersesuaian.

• Seterusnya maklumat yang sudah terkumpul akan diproses untuk merumus program intervensi dan juga sasaran yang ingin dicapai.

• Di peringkat ini, kedua belah pihak iaitu kaunselor dan klien akan cuba membina dan melaksanakan satu pendekatan yang bersesuaianuntuk mencapai matlamat kaunseling.

• Peringkat ini terdiri daripada empat komponen yang berkait rapat iaitu:- a) Menstruktur atau merangka proses kaunseling selanjutnyab) Penentuan matlamat kaunseling. c) Memikirkan matlamat-matlamat proses iaitu yang berlaku sepanjang proses bantuan. d) Membinasatu pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh klien agar sasarannya tercapai.

• Tempoh serta kekerapan sesi kaunseling bergantung pada tahap satu-satu kes, dari ringan hingga yang berat.

Langkah Kedua

• Pendekatan menyeluruh akan dilaksanakan tertakluk pada maklumat yang telah diproses untuk membantu

klien mencapai matlamat yang telah ditentukan. Antara pendekatan yang akan diambil adalah seperti

berikut:

a) Intervensi individu termasuk dari segi kognitif (bimbingan pengetahuan ugama dan pegangan/filosofi

kehidupan), kerohanian dan akhlak;

b) Sokongan keluarga; dan

c) Sokongan masyarakat.

• Kerjasama dari agensi berkenaan juga diperlukan untuk menjalankan intervensi psikologi, dan juga sekuriti

dan keselamatan.

Langkah Ketiga

• Di peringkat ini, kaunselor akan menilai keberkesanan pendekatan yang telah digunakan. Jika terdapat

kelemahan-kelemahan atau kekurangan maka kaunselor bersama-sama klien akan memikirkan cara-cara

untuk mengatasinya. Pada peringkat ini juga, kaunselor akan membuat evaluasi samaada sesi kaunseling

perlu dilanjutkan atau ditamatkan berdasarkan pencapaian klien.

Langkah Keempat

• Setelah tamat sesi kaunseling, kaunselor akan menyediakan laporan lengkap beserta rekomendasi untuk

tindakan selanjutnya.

INFO

KAUNSELING KAFAAntara Tatacara & Pengisian Kaunseling KAFA

UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS

INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN KEGIATAN RADIKAL DAN EKSTREM

➢ Anti Terrorism Order 2011 (ATO)➢ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

1) Menerima aduan kes:- Pihak atasan / entiti berkenaan mengarahkan / meminta Unit

KAFA mengendalikan kaunseling- KAFA memastikan kes berkenaan adalah berkaitan dengan

radikalisme, ekstremisme dan pemikiran liberal.- Kes dibuat di dalam borang aduan yang disediakan dan

ditandatangani oleh Pegawai KAFA- Pastikan aduan lengkap dan ditanda tangan.

*Jika kes memerlukan perhatian lanjut, Unit KAFA akanmembuat perhubungan awal dengan klien dan seterusnyamenentukan tarikh perjumpaan untuk membina hubunganbaik dan perkenalan bagi mendapatkan kepercayaan klien.

2) Memfailkan Kes:- Kes didaftarkan ke dalam sistem daftar Excel secara lengkap

dan dikategorikan sebagai sulit- Dokumen peribadi disertakan, salinan kad pintar dan

dokumen-dokumen lain jika berkenaan.- Mencatat bilangan kes ke dalam fail kes dan sistem, seperti

tarikh menerima, tarikh difailkan dan lain-lain jika berkenaan.- Mencatat tarikh dihadapkan kepada ketua unit.

3) Memanggil klien:- Fail diedarkan kepada pegawai yang diamanahkan- Pegawai akan membuat perhubungan dengan klien bagi

menentukan tarikh perjumpaan melalui surat ataudihubungi melalui telepon

- KAFA membina hubungan baik dan perkenalan bagimendapatkan kepercayaan klien

- Memastikan kehadiran klien

4) Proses kaunseling:- Klien hadir- Menjalankan sesi kaunseling- Mendengar dan membuat penjelasan- Perbincangan atau kaunseling

5) Keputusan:- Semak dan pastikan keputusan kaunseling- Menyediakan laporan kaunseling- Pastikan laporan lengkap dan jelas

6) Hadapkan kepada entiti berkenaan

TATACARA PENGENDALIAN KAUNSELING DI KAFA

RAJAH PROSES PERKHIDMATAN KAUNSELING KAFA

1.Proses Kaunseling

Menerima arahan dari pihak atasan atau

entiti berkenaan

Memfailkan kes

Memanggil klien

Sesi Kaunseling KAFA

Memanggil klien

Tidak Lengkap Lengkap

1. PROSES ADUAN YANG LENGKAP DAN PENGEDARAN KES MAL UNTUK SESI

KHIDMAT NASIHAT.

Failkan aduan Mal yang lengkap dan

kemaskini catatan ke dalam buku aduan

/sistem.

Kemaskini kandungan fail dan pastikan

lengkap. Edar kan fail-fail kes Mal kepada

ketua unit Mal.

Terima fail-fail kes dan teliti kandungan fail.

Tidak lengkap

Lengkap

Edarkan fail-fail kes Mal kepada pegawai-

pegawai khidmat nasihat.

TAMAT

MULA

Failkan kes yang lengkap dan kemaskini catatan ke

dalam fail dan sistem

Fail yang lengkap dihadapkan kepada ketua unit

KAFA

Pegawai yang diamanahkan menerima fail dan

meneliti kandungan fail serta menjalankan sesi

kaunseling

Sesi Kaunseling

2. Proses kes yang lengkap dan pengedarannya untuk sesi kaunseling

Tidak LengkapTidak Lengkap Lengkap

1. SEDIAKAN LAPORAN SETELAH SELESAI PROSES KHIDMAT NASIHAT/

KAUNSELING.

Dapatkan kata putus dari pasangan setelah

perbincangan/sesi khidmat nasihat dijalankan

Rujuk, teliti dan semak semula hasil perjumpaan

Adakah kata putus dibuat?

Tidak ada

Ada

Sediakan laporan.

Serahkan laporan lengkap kepada klien untuk

proses ke Mahkamah. Simpan salinan laporan ke

dalam fail kes.

MULA

TAMAT

Sediakan dan pastikan laporan lengkap dan jelas

Semak dan pastikan keputusan kaunseling

Menyediakan laporan kaunseling

Serahkan laporan lengkap kepada pihak atasan / entiti

berkenaan

3. Sediakan laporan selepas selesai sesi kaunseling

Tidak AdaAda

Kenalpasti masalah

Susulan

Tamat Sesi

Tindakan

Bincang Strategi• Solusi

• Kesan

Teroka dan analisis

masalah: Hikmah & Nasihat

Pra Sesi • Membaca Al-Fatihah

• Penerangan kaunseling

• Penerangan proses / prosedur

Bina hubungan• bertanya khabar

• latar belakang klien

Skill: Fokus kepada penyelesaian

Skill: Pendengaran Aktif

Skill: Pendengaran Aktif, Refleksi

Skill: Pendengaran Aktif,

di sini dan

sekarang, refleksi,

mengulangi

kenyataan yang positif

Skill: Refleksi

PROSES KAUNSELING KAFA

01

02

04

03

• Menyambut kehadiran klient

dan memberi salam

• Bersalaman, antara lelaki

dan lelaki dan perempuan

bersama perempuan

• Mempersilakan masuk dan

duduk

• Pastikan keselesaan ruang

bilik untuk klien

• Taaruf

• Membaca doa (memohon

kelancaran/keberkatan sessi

dan perjumpaan)

• Tetapkan masa

perjumpaan/perbincangan

• Memulakan sesi khidmat

nasihat

• Mendengar

• Memberi peluang kepada

klien untuk meluahkan

masalah

• Memberi nasihat/pandangan

yang diperlukan

• Beri jalan dan pertimbangan

• Buat keputusan (jika perlu)

• Pastikan ketenangan

disetiap pihak sebelum

sesi berakhir.

• Membaca doa atau surah

al Asr

• Bersalaman

• Bersurai

GARIS PANDUAN &

TATACARA SESI

KAUNSELING KAFA

Fail dan Borang Kaunseling

Antara Kemahiran / Info

Yang Dikongsikan

Semasa Kaunseling

Journey Line

Timeline Johari Window

Iceberg Theory

Ipw – Inventory Personality Warna

Thinking HatThinking Hat

MINDSET

MASLOW HIERACHY

MINDA

SEDAR &

MINDA

BAWAH

SEDAR

Antara Info Nasihat & Tips Islamik

Yang Dikongsikan Semasa Kaunseling

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT &

SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH

MEMBACA SURAH YASSIN & BERDOA

Rajinlah berdoa………..

Syaitan adalah musuh yang nyata....

Syaitan tidak mahu kita sentiasa bahagia...

Syaitan sentiasa mencari ruang agar kita

membuat sesuatu yang tidak sepatutnya...

Pertimbangkanlah keputusan

& tindakan dengan saksama

Ibu bapa….

Pihak tertentu….

Keluarga terdekat….

KEGEMBIRAAN BAGI ORANG YANG SABAR..

Redha & Pasrah

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Ghaafir ayat 60 tafsirnya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa

permohonan kamu."

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalab sesuatu yang kamu benci. Boleh

jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai

sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(QS. Al-Baqarah: 216)

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”

(Q.S Ali Imran ayat 159)

Perbezaan adalah tanda kebesaran Allah Ta’ala

Berbaik sangkalah terhadap

sesama manusia

BAHAGIAN SUMBER DAN PENYELIDIKAN(RESOURCES AND RESEARCH UNIT)

Tugas-tugas utama:

• Membuat kajian dan penyelidikan terhadap pemikiran dan golongan yang radikal dan ekstrem,

ataupun liberal yang mengancam kesucian ugama Islam, terutamanya terhadap masyarakat di

Negara Brunei Darussalam.

• Mengumpulkan maklumat mengenai organisasi dan gerakan golongan mahupun individu yang

radikal dan ekstrem, mahupun liberal yang dipercayai dapat mengugat keharmonian masyarakat

dan hidup berugama.

• Membuat kajian mengenai latarbelakang individu termasuk ahli keluarga dan teman sekeliling yang

terpengaruh dengan fahaman radikal dan ekstrem, mahupun liberal.

• Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat dan kefahaman yang betul mengenai ajaran Islam

dalam konteks serta menurut keadaan dan keperluan tempatan.

• Memberikan penentangan naratif terhadap individu atau kumpulan yang radikal dan ekstrem,

mahupun mereka yang berfikiran liberal berdasarkan ajaran dan nilai-nilai Islam yang sebenar.

PROSES KERJA BAHAGIAN SUMBER DAN PENYELIDIKAN

UNIT KAFA

SUMBER DAN PENYELIDIKAN

Membuat Penyelidikan Dan

Pengesahan

Melengkapkan Laporan

Penyelidikan

PENENTANGAN NARATIF

Menyebarkan maklumat

melalui platform yang bersesuaian

Menerima Laporan

‘First Information’

Mengumpul maklumat

Mengenalpastibahan yang dapat

disebarluaskan dan mendapat

pengesahan

Bekerjasama Dengan agensi-

agensi berkepentingan

Mengenal pasti salurannya

FORMAT PENYELIDIKAN KAFA

BUKU DAFTAR KAJIAN KAFA

TAKLIMAT KAFA MENGENAI KESEDARAN AWAM BERKENAAN

RADIKALISME, EKSTREMISME DAN PEMIKIRAN LIBERAL

Dalam usaha menangani fahaman dan pemikiran yang radikal, ekstrem dan pemikiran liberal yang menggunakan nama

islam di negara brunei darussalam, unit kafa mengungkayahkan pengendalian taklimat mengenainya, dengan bekerjasama

dengan agensi-agensi kerajaan

INISIATIF / USAHA-USAHA KAFA

Buku Kecil KAFA RancanganTahunan Kalendar

Borang-borang perkhidmatan Format penyelidikan Info & proses kaunseling

BROCHURE KAFA

ISU DAN CABARAN

Keperluan meluaskan jaringankerja bersama akauntabiliti-akauntabiliti yangberpengalaman dalam memahami dan menangani ideologi pengganas samada dari dalamnegara atau luar negara seperti Malaysia dan Indonesia.

Membuat perancangan untuk menangani cabaran penyebarluasan pemikiran radikalmelalui media sosial termasuk menyediakan prasarana / pendekatan atas talian bagimendekati golongan belia beserta keperluan kepada online cyber rebuttals mengikutkeadaan setempat.

Pemahaman yang mendalam mengenai istilah-istilah yang selalu diselewengkan oleh parapengganas, dalam usaha untuk membetulkan penyelewengan makna dan dalam masa yangsama memastikan istilah-istilah tersebut tidak disalahfahami pada pandangan masyarakatdan para pembina dasar-dasar negara di masa akan datang.

SEKILAS RUANGAN UNIT KAFA

والسلام عليكم و رحمة الله و بركاتهunit.kafa@mora.gov.bn

2382525 (ext: 328)

Terima Kasih

top related