teori cognitive behavieur
Post on 07-Jun-2015
2.700 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
Behavioral andCognitive - Behavioral family
TherapiesOleh:Yahya Bin Ismail (800945)Pelajar Master Science (Counselling)Universiti Utara Malaysia17 Julai 2008
2
Pengenalan Berasal daripada Teori tingkah laku (Behavieur) yang dipelopori
oleh John B. Watson, Mary Cover Jones dan Ivan Pavlov.
Kemunculan B.F. Skiner telah menyebabkan kajian tingkahlaku mendapat kepentingan yang wujud dewasa ini. Skiner merupakan orang pertama menggunakan istilah terapi tingkahlaku.
Pada mulanya ia tertumpu kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan dan berpusat, ke arah membantu individu-individu mengubahsuai tingkahlaku yang kurang berfungsi.
Skiner merupakan pengasas dan penyokong kuat konsep “Kebiasaan Operasi”. Pandangan ini menekankan bahawa manusia belajar daripada teknik ganjaran dan hukuman dalam tindakbalas tingkahlaku mereka kepada persekitaran. ( contoh mengorat)
3
Samb…. Berdasarkan kajian Skiner inilah ditambah dengan kajian Joseph Wolpe
dan Albert Bandura, sebahagian besar terapi tingkahlaku keluarga dan terapi kognitif tingkahlaku keluarga dibina.
Kajian awal dalam bidang ini telah dijalankan di Pusat kajian Sosial
Oregon (OSLC) dibawah arahan Gerald Patterson dan John Reid pada pertengahan tahun 1960an. Ia melibatkan latihan kepada ibu bapa dan orang-orang dewasa tertentu dalam persekitaran kanak-kanak untuk menjadi agen.
Sejak tahun 1970an, konsep kognitif telah digabungkan dalam kajian tingkahlaku sehingga lahirnya satu pendekatan baru yang dikenali sebagai terapi kognitif tingkahlaku keluarga.
Scientist Garald Patterson and
John Reid in a formal moment.
4
Samb…. Sumbangan-sumbangan penting yang lain kepada bidang ini
datangnya daripada Gerald Patterson, Richard Stuart, Norman Epstein, Neil Jacobson, Walter Mishel, Robert Weiss, Ed Karkin, Gayola Margolin, Michael Crowe, Albert Ellis, Aaron Beck, David Burns dan Donald Meichenbaum.
Sejak tahun 1970an satu usaha yang lebih telah dilakukan untuk menggunakan teori kognitif tingkahlaku serta prosedurnya kepada pasangan dan keluarga (Contoh: Beck 1976, Ellis 1991, Sichel, Yeager, DiMattia & DiGiuseppe 1989).
Malangnya Pendekatan kognitif tingkahlaku yang melibatkan keluarga tidak diperkembangkan seperti terapi-terapi tingkahlaku malah tidak semaju terapi kognitif, tingkahlaku perkahwinan dan terapi keluarga Aaron Beck dan Albert Ellis.
5
Ahli-ahli teori utama Cognitive Behavioral Gerald Patterson
Neil Jacobson This memorial Neil Jacobson who was born in North Dakota on January 21,
1945 and passed away on August 13, 2006 at the age of 61.
6
Gerald Petterson Ph.D (Emeritus) Asal dari Menisota . Dipanggil juga dengan “Jerry Petterson”
Menyertai perang dunia kedua, dan mengalami kecederaan dalam perang Okinawa.
Ketika menyambung pengajian di kolej penglihatannya mula kabur, dan doktor mengesahkan bahawa dalam masa dua tahun matanya akan buta. Akhirnya beliau berhenti belajar dan mengembara ke Alaska.
Setelah itu ia kembali semula ke kolej iaitu berdekatan dengan Universiti Oregon.
Ketika di kolej itu ia diberitahu oleh seorang kaunselor bahawa ada kelas Psikologi yang sesuai bagi seorang yang akan buta sepertinya. Ia juga besetuju untuk mengambil bidang psikologi tersebut.
Ketika belajar di Universiti Oregon dia bekerja pada waktu malam di rumah tahanan juvana di “Springfield”
1951 : ia memperolehi Bechalor dan Master (Psychology) University Oregon,
1956 : memperolehi Ph.D (clinical psychology). University of Minnesota Norman Sundberg
1960 : membuka pusat latihan OSLC “Oregon Social Learning Center’s first home in Eugene”. Bersama John B. Reid
7
8
Eugene
9
10 Sciences (College of Arts and Sciences, Part 4) The Quad (College of Arts and Sciences, Part 2)
University of Oregon Oregon Social Learning Center’s first home in Eugene.(1960)
11
Neil Jacobson Jacobson dilahirkan di Milwaukee, North Dakota. (1945
– 2006). Memperolehi Ph.D dalam bidang Psikologi University of
North Carolina pada tahun 1977. Sebelum berkhidmad di University Washington beliau
bekerja selama dua tahun di Universiti Of Iowa. Isterinya bernama Virginia Rutter dan dikurniakan
dengan tiga orang cahaya mata. 1979 : Menjadi profesor di Universiti Washington dalam
bidang psikologi Meninggal dunia pada 13.8.2006 ketika berumur 61
tahun
12
13
University of Washington
University Of Washington Frosh Pond
The Liberal Arts Quadrangle
14
Jenis-jenis tingkahlaku kognitif dalam terapi keluarga
1. Tingkahlaku latihan ibubapa
2. Tingkahlaku terapi perkahwinan
3. Rawatan kekurangan daya seksual
4. Fungsi terapi keluarga
15
Teknik Terapi Cognitive Behavioral1. Classical Conditioning2. Coaching3. Contingency Contracting4. Extinction5. Positive Reinfircement6. Quid Pro Quo7. Reciprocity8. Shaping9. Systematic Desensitization10. Time Out11. Charting12. Premack Principle13. Disputing Irrational Thoughts14. Thought Stopping15. Self-Instructional Training16. Modeling and Role Playing
16
1- Classical Conditioning
(Kaedah Pelaziman klasik) Berdasarkan kepada teknik klasik Pavlov.( Anjing - loceng – makanan) Ganjaran di atas tingkah laku yang positif ditunjukkan
menyebabkan penyatuan sikap (Association). Jadi bersemangat untuk melakukan yang lebih baik.
Contohnya : Seorang kanak-kanak yang bersiap nak ke sekolah kemudian
ibunya menyentuhnya dengan lembut dan memujinya (seolah-olah berbangga dengannya). Menyebabkan kanak-kanak itu lebih bersemangat untuk lebih cepat menyiapkan diri sebab nak dapat ganjaran yang lebih lagi dari itu (rewarding interaction).
17
2- Coaching
(Membimbing) Terapis membantu individu, pasangan atau keluarga untuk
melakukan respon yang sesuai dengan memberi mereka arahan-arahan secara lisan (verbal instructions)
Contohnya : Terapis mungkin berkata : “Timah jika kamu mahu Yusuf
memandang kamu sedangkan dia melihat ke arah lain …. Sentuh kakinya dengan lembut. Dengan cara itu Yusuf akan memandang ke arah kamu”
Begitulah juga atlit yang cemerlang akan melalui latihan dan tunjuk ajar cara yang terbaik oleh jurulatihnya. Begitulah juga terapis pun akan melatih kliennya dengan melakukan yang terbaik apabila mereka diberitahu apa yang harus dilakukan dan kemudiannya mendapat “pengetahuan & pengalaman” untuk melakukan respon-respon yang baru.
18
3- Contingency Contracting
(Perjanjian bersyarat) Selalunya ditulis jadual atau kontrak (describes). Sebagai tukarganti akan tingkahlaku diantara dua ataupun lebih
individu (Sauber, L’Abate & Weeks, 1985,. Satu perbuatan yang ada kesepakatan ataupun bergantung kepada sesuatu yang lain.i) Contohnya Contingency Contrac dalam masa seminggu mesti
penuhkan lima point untuk dapat ganjaranAnak yang telah membuat perjanjian bertulis dengan ibubapanya. “Setiap minggu dia kan mendapat elaun RM5.00 apabila dia membuang sampah.
ii) Contoh berjadual :
Simpan T. Tidur
Simpan bilik
Gantung baju
Simpan mainan
Kemasmeja
Ulangkaji
GANJARAN
Hassan . . . . . Pizza
Hussain . . Game bola
Halimah . . . . . . Lawatn Sklh
dlm Samuel T Glading 1998:192)
19
4- Extinction
Ialah “pemadaman tingkahlaku negatif kepada positif” (Penghapusan).
Satu proses dimana penekanan ke atas peristiwa yang lalu dan diatur semula supaya menjadi positif.
Contoh : Seorang anak yang tidak dipedulikan oleh ibubapa akan merasa marah. Begitulah juga pasangan yang tidak mendapat perhatian atau dihargai (unkind remarks)akan berkata dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Dalam kes ini perhatian lebih perlu diberi keutamaan mengikut kesesuaian . Ataupun perlu menunjukkan tingkahlaku yang menyenangkan.
Penukaran tingkah laku yang lebih positif diutamakan untuk mengantikan tingkahlaku yang hendak dipadamkan.
20
5- Positive Reinforcement
“Peneguhan positif” Berbentuk benda “material” . Seperti makanan, duit, “medals”.
Ataupun “Sosial action” contohnya memberi senyuman, atau memuji. Iaitu sesuatu yang dapat memberi galakan kepada tingkahlaku. Supaya orang yang mendapat pengukuhan itu akan menjadi lebih rajin dan positif. Contohnya : kanak-kanak selalunya akan suka melakukan
sesuatu apabila mendapat ganjaran seperti duit atau coklat. Contoh orang dewasa : mungkin akan cenderung untuk
melakukan kerja apabila ia mendapat pengukuhan secara lisan ataupun secara fizikal umpamanya pujian ataupun senyuman.
21
6- Quid Pro Quo
Berasal dari bahasa latin. Bermaksud “ Sesuatu untuk sesuatu” (balasan kepada
pemberian) Kontrak di dalam perkahwinan ini di asaskan ke asas
“quid pro quo” iaitu pasangannya bersetuju untuk melakukan sesuatu selagi pasangannya melakukan sesuatu yang lain. Contohnya : Suami bersetuju untuk basuh pingan
sekiranya isterinya bersetuju untuk membasuh kain.
Dlm Quid Pro Qua ini setiap orang menang. Tetapi apabila pengurusan Quid ProQua ini ditulis dalam
borang ianya akan dianggap sebagai “Contigency Contracts”
22
7- Reciprocity
Bertolak ansur (Imbangan, timbal balik) Melibatkan dua orang yang perlu diberi penekanan tentang
kerjasama (timbal balik). Konsep ini ialah dua orang yang sama akan menguatkan antara
satu sama lain pada aras yang sama setiap masa ( Piercey & Sprenkle, 1986: 76)
Ramai ahli terapi tingklahlaku perkahwinan melihat perkahwinan berdasarkan prinsip ini.(Stuart, 1969).
Contohnya : Apabila isteri atau suami merasakan dia seorang sahaja yang
melakukan kerja-kerja rumah umpamanya membayar bil air dan dia juga mengemas rumah, tetapi tidak dihargai sepenuhnya oleh pasangannya. Dia kemungkinan suatu hari nanti akan mengambil keputusan berhenti daripada melakukan semua tugas-tugas di atas.
23
8- Shaping
(Pembentukan kerjasama) Proses pembelajaran dalam langkah yang beransur-ansur dipanggil
pembentukan . Ia dirujukkan sebagai anggaran kejayaan (Bandura, 1969).
Contoh: Kanak-kanak diajar berjalan daripada berlari ke arah lubang
tandas.kemudian ajar cara menanggalkan seluar, kemudian diajar duduk di atas lubang tandas,dan seterusnya buang air besar, kanak-kanak akan melakukannya beransur-ansur.
Pasangan belajar untuk bercakap atau melakukan perkara rutin sehari demi sehari (sedikit demi sedikit) yang boleh membantu mereka melahirkan kerjasama dalam rumahtangga. Contoh: Pada awalnya lelaki menyediakan sarapan sementara isteri
mandi dan menyiapkan diri, kemudian mereka dapat makan bersama-sama dan berbual-bual. Kemudian isteri akan menyediakan makanan tengahari dan menghidupkan kereta sementara suami bersiap diri pula dan akhirnya mereka pergi kerja bersama-sama.
24
9- Systematic Desensitization
(Penghapusan deria secara bersistematik), ialah seseorang yang mempunyai masaalah (Dysfunctional Anxiety) Membuang perasaan ini daripadanya melalui pasangan sifat
tersebut iaitu tingkahlaku yang tak selaras tersebut (Incompatible) Membuatkan seseorang itu berkelakuan lebih yakin dengan
merasakan mereka berguna. Contoh:
Terapis yang cuba mengalihkan sikap klien yang tak baik itu kepada panggunaan anggota badannya seperti menyangkul dsbnya atau pergi merehatkan pemikirannya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan tenaga yang berlebihan pada dirinya kepada yang lebih berguna padanya, ini adalah tindakan untuk mengurangkan Dysfuncional Anxiety. (sesuai kepada orang yang mengalami masaalah salahlaku sex , contohnya “Vaginismus”)(ms193).
Oleh itu terapi ini boleh juga digunakan kepada individu untuk mengurangkan masaalah dalam keluarga.Contohnya sepert jadual (Hierarchy of troublesome behaviors.)
25
Samb… Targeted Behavior : Speaking to others without being anxious
Event Anxiety Speaking in public to large audience (20 people or more) 100%. Speaking in public to small audience , e.g., my scout troop 90%. Speaking with agroup of strangers 80%. Speaking casually with someone in a public place 70%. Speaking to someone at a social event 55%. Speaking casually with someone when we are alone 40%. Speaking with my friends when I have an idea 30%. Speaking with my friends in casual conversation 15%. Speaking with my family 5%. Being alone 0%.
(Samuel T. glading, (1998) Family Therapy History Theory and Practice, New Jercy, Prentice Hall: 194)
Hierarchy of a troublesome behavior.
26
27
10 - Time Out
Proses yang melibatkan seorang individu yang dikeluarkan daripada sesuatu persekitaran kerana tidak berkelakuan baik.
Pengasingan ini dapat memperkukuhkan individu selama 5 minit. Contoh :
Kanak-kanak yang menggigit adiknya semasa bermain boleh diasingkan di dalam satu bilik yang lain. Kanak-kanak itu disuruh mengadap dinding selama 5 minit setiap kali dia membuat kesalahan itu.
“Time out” sesuai digunakan untuk membentuk tingkahlaku kanak-kanak yang normal berbanding masaalah kanak-kanak yang“maladaptive”.
Sesuai digandingkan dengan “retraning program”. Dimana ganjaran akan diberi bila kelakuan yang tidak elok “undesirable behavior” itu dapat dihilangkan.
28
11 - Charting
(Buat carta) Charting adalah prosuder yang melibatkan seorang klien atau ramai
diminta menyimpan rekod masaalah tingkahlaku (Katkin, 1978). Idea ini adalah untuk membuat ahli keluarga itu berada pada situasi
yang sepatutnya dan dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. (establish baseline)
(establish baseline) ialah satu rekod ke atas apa yang berlaku ke atas target tingkahlaku yang sepatutnya diubah sebelum satu intervensi (pertukaran) dibuat.
Daripada baseline ini pengubahsuaian dapat dibuat untuk membuang tingkahlaku yang bermasaalah ini.
Contoh : Seorang daripada pasangan diminta membuat carta bilangan
pertengkaran dalam sehari, jenis pertengkaran yang berlaku dan sebab pertengkaran. Begitulah juga seorang kanak-kanak diminta supaya menulis berapa kali berkelahi dengan ibubapanya, bila dan kenapa.
29
12 - Premack Principle
Di dalam prinsip ini ahli keluarga melakukan tugas yang kurang memuaskan sebelum mereka dibenarkan melakukan kerja-kerja yang menyeronokkan.
Contoh: Keluarga yang mempunyai anak bermasaalah dalam
tugasan sekolah, disuruh membuat kerja rumahnya sebelum dibenarkan bermain diluar.
Teknik ini akan membawa ibubapa dan anak untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat.
30
13- Disputing Irrational Thoughts
(Berhujah) Mengeluarkan pemikiran yang tidak
sepatutnya memalui format A,B,C A = (Stand for Event) peristiwa B = (Stand for Thought) Apa yang difikirkan C = (Stand of emotion) Emosi
dengan harapan melalui teknik (Disputing) ini pasangan dan keluarga akan memperkembangkan pemikiran dan tingkahlaku yang rasional. (ms 195) Contoh : Perlakuan mungkin lupa membeli sesuatu dari kedai
barang yang diminta oleh pasangan . Pasangan yang meminta tadi akan menjadi bosan dan berfikiran negatif . Sebagai contoh. “Dia tidak mencintai saya lagi” yang mana mungkin akan membawa kepada tekanan atau sebarang emosi yang tidak sihat. Ahli terapi akan mengajar mereka mendapatkan kenyataan secara rasional (memikirkan lain daripada pemikiran negatif).
Ahli-ahli terapi berpendapat peristiwa, kepercayaan dan emosi adalah tidak bersangkut-paut apabila sesuatu masaalah timbul.
31
14- Thought Stopping
Teknik ini digunakan bagi ahli keluarga yang tidak produktif dan hampir gila tentang sesuatu kejadian atau seseorang.
Ahli terapi mengajar individu itu bagaimana untuk keluar dari mengulangi tingkahlaku yang kurang sihat. Akhirnya menjemput orang yang terlibat itu untuk memikirkan semula apa yang difikirkannya.
Contoh : Klien berkata “ Hidup saya ini tidak adil”. Apabila klien meluahkan
perasaannya itu, ahli terapi menjerit”berhenti”, Tindakan yang tidak diduga ini akan mengganggu pemikiran klien itu, Arahan kemudiannya diberikan kepada klien mengeluarkan pemikiran negatif seperti pengalaman, perdebatan yang neutral dan pemikiran yang sihat diganti dengan pemikiran yang kurang sihat dan kurang produktif.
32
15- Self-Instructional Training Pengurusan diri Adalah bentuk “self management” yang
memfokoskan kepada orang yang dibawah arahan mereka (Meichenbaum, 1977) .
Contoh: Dalam keluarga pasangan selalu menggunakan
pendekatan ini dalam urusan antara satu sama lain (suami isteri) bagaimanapun teknik ini selalu digunakan dalam menolong kanak-kanak yang tak cergas. (Modulate) memberi contoh modul mereka yang ditekankan melalui “deliverate” dan “task-orinted” cakap sendiri (self-talk) (Schwebel & Fine, 1994, p.26)
Contoh: Buku resepi (ikut panduan yang digariskan oleh kaunselor)
(Samuel T. glading, (1998) Family Therapy History Theory and Practice, New Jercy, Prentice Hall: 195)
33
16- Modeling and Role Playing
Model dan Lakon semula dapat digunakan dalam banyak cara (Bandura. 1977).
Ahli keluarga diminta berlakon seperti apa yang mereka idamkan. Ahli keluarga diminta melatih beberapa tingkahlaku dan memilih yang sesuai. Sebahagian daripada model dan lakonan semula ini dapat memberi maklumbalas sesuatu tindakan yang akan menolong ahli terapi dan keluarga dalam lakonan semula (Ellis, 1991).
Contohnya: Serangan malu : seorang ahli keluarga berasa selamat atas
tindakannya dan tidak takut atau malu. Contohnya : individu meminta duit dan sekiranya tidak dapat, dia
tidak rasa bersalah atau malu atas tindakannya. Dan dapat mengatasi masaalah tersebut.
34
Peranan terapis Ahli terapi berperanan sebagai pakar dan juga guru. Dia membantu
keluarga dalam mengenalpasti tingkahlaku yang tidak berfungsi serta bersama-sama dalam mengubah corak kehidupan keluarga.
Dalam usaha menjadikan program tersebut berkesan.ahli terapi perlu melalui proses yang dinamakan:
Pengenalan Penyelidikan Motivasi Perubahan tingkahlaku Penamatan.
Setiap fasa ada sasaran yang berbeza, Tanggungjawab utama, teknik atau aktiviti selesa serta kemahiran yangdiperlukan” (Thomas, 1992: 289)
35
Penilaian Tingkahlaku kognitif (Behavioral Cognitive) adalah merupakan pendekatan
secara teraputik dan memiliki kedua-dua aspek iaitu unik dan sejagat. Sesuatu yang unik tentang terapi tersebut ialah teorinya. Iaitu
menggunakan teori pembelajaran, cara yang baik bagaimana berhadapan (bekerja) dengan orang ramai.
Penekanan yang lain dalam terapi ini ialah tentang kebaikan berbincang tentang keputusan yang positif.
Merupakan kesinambungan kepada pendekatan “Behavioral” dan “Behavioral kognitif family” .
Tidak memerlukan banyak masa sesi terapi dilakukan untuk mendapat keputusan.
Kelemahan: Tidak memfokuskan komponan tingkahlaku yang berkesan seperti
perasaan. Ia dilakukan dengan ringkas dan kemungkinan akan menghasilkan
hubungan kekeluargaan yang longgar.
36
top related