tentu ada cinta secara islam
Post on 06-Jul-2015
8.284 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Da’wah anD Da’wah anD Tarbiyyah bureau Tarbiyyah bureau
of iPhaof iPhawiTh courTesy from 2nD year meDical wiTh courTesy from 2nD year meDical
sTuDenTssTuDenTs
brings to you………
Tentu ada cinta secara Islam…
Cinta secara Islam hanya satu iaitu…
Melalui PERNIKAHAN!PERNIKAHAN!
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya…”
(An-Nur: 32)
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin.
Cinta yang bermaruah. Inilah kemuliaan agama Islam. Apabila Islam melarang
sesuatu perkara, tentu ada sebab dan hikmah di
sebaliknya, dan Islam akan gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak
kenal pasangan kita secara dekat.
Kami bercinta untuk mengenal hati budi
pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang
terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah, menepati masa dan
macam-macam lagi. Masa bercinta bila merajuk, ada yang akan pujuk.
Tapi lepas kahwin? Hmm.
Masing-masing mahu mempamerkan watak terbaik
dan menyembunyikan kekurangan yang ada semasa
bercinta sebelum berkahwin… Fikirkanlah,
bolehkah perwatakan semasa bercinta dipercayai?
Percayalah…Kami bercinta untuk merancang masa
depan. Untuk bernikah satu hari nanti.!
Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mencapai
kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup
berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana mendapat keluarga yang bahagia
jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana pula
kesudahannya?
Mengapa tidak,,, kamu nikah secepat mungkin?
Nikah? Sekarang?
Ya. Kenapa?
Errr.. Banyak masalahnya..•Ish, mana ada DUIT! tengah belajar, nanti nak bagi anak org makan apa? •Ala, tunggulah dulu, nanti dah habis belajar, dah KERJA, dah beli RUMAH, KERETA, barulah fikir pasal kawin! <‘hadhara’ nya!>•Takutlah, nanti tak boleh commit dalam perkahwinan, kami kan tgh belajar!
♂
•Takleh nak enjoy kalau kawin muda! kalau dah ada isteri, nanti kena lekat dgn dia je! tak dpt nak ' lepak' ngan member2..•Takut tak boleh commit dalam pelajaran, takut get carried away dgn perkahwinan.•Tak bebas kalau dah ada isteri! kena QUEEN CONTROL. Tidaakk!!
♂
Hmm.. Ada lagi masalah?
Ada lagi..
•Ala, perempuan ni, semua nak wedding grand2. Nak mas kahwin sekurang2nya ada 3 sifar kat belakang, siapa yg bayar? •Kalau nikah sekarang, ditakuti si dia akan bertukar jadi seorg yg menyusahkan ja, sebab once dah nikah, mesti ada tanggungjawab!
♂
Alah, kaum Adam.. Berjela alasannya! Yang
perempuan, ada masalah juga ke?
Hmm, takdelah sangat.. Cuma…
•Eh, nanti org kata kita GATAL pula, tak sabar nak kawin! •Mak abah tak kasik la, kita MUDA lagi! •Kalau kawin tgh belajar, macamana kalau 'ter'PREGNANT? susah nanti! •Macamana dgn TANGGUNGJAWAB seorg ISTERI? nak jaga suami, pakaian dia, makan minum dia, tu semua macamana? ♀
Kami tak kisah, tapi…
•Boleh ke SAMBUNG BELAJAR selepas nikah? suami izin ke?
•Mak ayah kata, kalau kawin masa
belajar, GUARANTEE pelajaran sangkut sekerat jalan punya!
♀
Kami takda apa-apa alasan, tapi…
•Macamana kalau suami asyik nak tutt... ja? habislah, bila masa nak
belajar?
•Kalau kawin sekarang, kita BYK TANGGUNGJAWAB! Kitalah student,
kitalah isteri, kitalah anak, kitalah menantu, dan kalau ada rezeki, kita juga akan jadi ibu. PENGSAN la! tak
mampu! ♀
Setiap masalah ada penyelesaiannya.. Kalau
kita tekad nak ikut perintah Allah, nak patuh syariat Islam, pasti Allah akan
permudahkan…
Tapi,…
•Diri sendiri pun tak terurus, nak jaga org lain pula!
•Nanti nak tinggal di mana? Kami berlainan IPT!
PELIK ya, kenapa kamu semua boleh mengemukakan seribu satu alasan utk melakukan
perkara yg HALAL, tapi langsung tak bagi apa-apa
alasan utk melakukan perkara yg HARAM!
…
Ok. Sabar dulu. Cadangan kami, kamu NIKAH
KHITBAH…
Di Arab, khitbah adalah akad nikah dalam erti kata sebenar.
Cuma satu yg berbeza, pasangan khitbah tak tinggal
bersama sampai selesai upacara perkahwinan yg
dilangsungkan pada tarikh lain selepas akad khitbah tadi.
Mungkin selepas 2 tahun, 5 tahun, atau selepas habis
belajar.
Maknanya, pada dasarnya pasangan ni mmg suami isteri yg sah dan halal! Cuma tak tinggal
sebumbung, jadi mmg sesuai untuk pasangan yg bercinta kat
IPT sekarang ni. Akad yg menghalalkan 'couple'. Di
Malaysia, nikah tu dipanggil "nikah gantung". Bunyi macam tak sedap kan? Cuba tukar jadi
"khitbah".. Islamic sikit..
Tapi…
Tunggu. Jangan bagi alasan dulu. Dgn nikah khitbah, kedua-dua
pasangan tak perlu cari duit byk2 sebelum nikah, tak perlu tunggu
dapat kerja, dah beli kereta, dah beli rumah baru nak kawin. Pasangan
khitbah tak perlu menanggung antara satu sama lain, tak perlu masak,
basuh baju, gosok baju utk suami, tak perlu susah-susah fikir nak beli
perabot rumah dan lain-lain. Bukan tak perlu langsung, tapi tak perlu
YET.
Tak perlu menanggung satu
sama lain? Bestnya…
Tak perlu masak, basuh baju, gosok
baju utk suami? Alah, tak bestnya…
♀♂
Tapi… Parents kami tak izinkan! Kami nak buat
macamana?
Cuba kaji kenapa mereka tak izinkan. Contohnya, macamana nak yakinkan ibu
bapa sedangkan:1. Kita tidur memanjang bila di
rumah2. Kita malas yg amat nak buat kerja
rumah3. Kita asyik dok dpn komputer je
main game, bila disuruh tolong buat kerja rumah, yaAllah liat yang
teramat4. Kita tak menunjukkan akhlaq yg
baik5. Kita tak menunjukkan kematangan
yg meyakinkan.
Maknanya, kami perlu perbaiki diri untuk
meyakinkan ibu bapa kami?
Tepat sekali! Terangkan dgn penuh hikmah kepada ibu bapa, mereka ada 2
pilihan:1) Menerima sahaja arus liberalisme
dan sekularisme yg dibawa oleh barat, dan menghalalkan hubungan
bebas antara dua jantina ini, kemudian mereka mungkin akan
menanggung malu.ATAU
2) Mengizinkan anak-anak mereka bercinta dgn cara yg halal, iaitu
menerusi ikatan pernikahan yg sah.
Dan untuk kamu pula…Ingatlah, lebih lama
tempoh percintaan sebelum nikah, lebih hambar
kehidupan selepas nikah nanti…
Sering terjadi.. Bila cinta di’pulun’ habis-habisan sebelum bernikah, maka
selepas nikah, GRAF cinta akan merudum sama…
Bagaimana pula dengan kami sekarang?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat
nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah
petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
“Barangsiapa menghampiri kepadaKU sejengkal, Aku
hampirinya sehasta. Barangsiapa
menghampiriKU sehasta, Aku hampirinya sedepa.
Dan barangsiapa menghampiriKU dgn berjalan, Aku datang
kepadanya dengan berlari…
…Dan barangsiapa menemuiKU dengan
KEJAHATAN yang MEMENUHI BUMI, padahal ia tiada menyekutukan Aku
dengan sesuatu, Aku akan menemuinya dengan
KEAMPUNAN SEPENUH BUMI”
[Muslim, Book 35, Hadith 6499]
Ya Allah, sememangnya Engkau Maha Pengampun…!
top related