8. test instrument

10
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M02/ IS03 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 9 TOPIC : M02 ELECTRIC CIRCUIT AND TEST INSTRUMENT SUB-TOPIC : 02.01 ELECTRIC CIRCIUT 02.02 TEST INSTRUMENT LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh : 1. Nyatakan alat pengujian yang biasa digunakan. 2. Nyatakan kegunaan alat pengujian. 3. Nyatakan kepentingan alat pengujian dalam sistem elektrik kenderaan. TAJUK : TEST INSTRUMENT TUJUAN Alat pengujian amat penting dalam menyelenggara sistem elektrik kenderaan. Pelbagai alat pengujian telah direka pada masa kini dengan pelbagai tujuan dan kegunaan. Ia memudahkan kita dalam meyelesaikan 1

Upload: md-hafizi-mohamad

Post on 18-Jan-2015

1.413 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 8. test instrument

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M02/IS03

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 9

TOPIC : M02 ELECTRIC CIRCUIT AND TEST INSTRUMENT

SUB-TOPIC :02.01 ELECTRIC CIRCIUT02.02 TEST INSTRUMENT

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh :

1. Nyatakan alat pengujian yang biasa digunakan.2. Nyatakan kegunaan alat pengujian.3. Nyatakan kepentingan alat pengujian dalam sistem elektrik

kenderaan.

TAJUK : TEST INSTRUMENT

TUJUAN

Alat pengujian amat penting dalam menyelenggara sistem elektrik kenderaan. Pelbagai alat pengujian telah direka pada masa kini dengan pelbagai tujuan dan kegunaan. Ia memudahkan kita dalam meyelesaikan masalah yang terjadi pada sistem elektrik kenderaan. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 8. test instrument

PENERANGAN

LIGHTED TEST PEN

Lighted test pen biasanya digunakan untuk memeriksa litar untuk mengetahui kuasa atau penyambungan litar. Alat ini merupakan alat penguji yang paling pantas untuk memeriksa voltan atau litar yang lengkap. Alat ini menggunakan voltan yang terhasil daripada litar. Penyepit buaya akan disambungkan kepada pembumian di badan kenderaan. Bahagian hujung yang tajam untuk pengujian akan menyentuh wayar penyambung pada litar. Sekiranya ada arus yang mengalir, lampu yang terdapat di dalam batang yang lutsinar akan menyala. Sekiranya tidak menyala, menunjukkan ada masalah pada litar yang diuji.Terdiri daripada badan lutsinar yang dipasangkan dengan batang logam tajam, mentol berkuasa rendah, penutup hujung dan wayar pengujian berserta dengan klip. Biasanya menggunakan bateri sel kering yang kecil untuk menguji penyambungan litar (litar lengkap). Sumber kuasa yang dialirkan pada litar mestilah diputuskan. Kemudian self-powered test light boleh dibumikan dan menyentuh litar untuk menguji litar. Jika lampu menyala menunjukkan litar dalam keadaan baik, pengebumian yang baik dan litar lengkap. Jenis ini tidak digunakan secara menyeluruh seperti test lighted pen.

Terdapat 2 jenis iaitu :

1. Powered test light contains a battery and is used to check for a complete circuit when no current is flowing in the circuit.2. Non-powered test light is connected between a powered circuit and ground

Lighted Test Pen

2

Page 3: 8. test instrument

INSULATION TESTERInsulation tester digunakan untuk memeriksa kebocoran arus yang berlaku pada wayar penyambungan setiap komponen. Ini adalah untuk memastikan penebat wayar yang diperbuat daripada getah atau plastik tidak mengalami kebocoran arus (arus keluar melalui penebat).

Insulation Tester

INDUCTIVE WIRE TRACERInductive wire tracer digunakan untuk mencari sebarang kerosakan yang berlaku pada wayar seperti bahagian pengalir terputus dan terminal atau wayar tidak bersambungan. Pengesan denyutan akan disambungkan pada bateri atau litar. Ini akan menghasilkan denyutan voltan AC yang rendah di dalam litar. Kemudian alat ini boleh digerakkan disepanjang wayar untu mengesan sebarang kerosakan.Alat penguji ini akan mengeluarkan bunyi sekiranya ada penyambunga litar yang membawa isyarat denyutan. Sekiranya alat penguji ini menghampiri dan mengesan sebarang ketidaksempurnaan pada wayar, isyarat yang ada pada alat ini akan hilang atau menukar kepada bunyi yang lain. Ini menunjukkan kawasan yang mempunyai masalah.

Inductive Wire Tracer

3

Page 4: 8. test instrument

PENGUJI NYAHCAS BATERI (BATTERY TESTER)Terdiri daripada meter gegelung yang bergerak, suis punat tekan dan dua wayar bagi mewakili terminal bateri (merah untuk positif dan hitam untuk negatif) yang dipasangkan dengan klip bertebat. Alat ini digunakan untuk menguji keadaan bateri dibawah pengaruh beban. Ia juga digunakan untuk menguji kekuatan dan daya simpan tenaga di dalam bateri.

Battery Tester

HIDROMETERTerdiri daripada pelampung bersenggat (berskala), tiub kaca, bebuli getah dan tiub pikap. Digunakan untuk menguji gravity tentu (S.G) elektrolit di dalam sel-sel bateri. Hidrometer juga digunakan alat bagi menyukat ketumpatan bandingan asid dan air suling di dalam bateri, serta melihat jumlah cas yang ada di dalam bateri.

PENGECAS BATERITerdiri daripada kerangka logam yang dilengkapi dengan pengalih udara, suis pemilihan voltan, wayar bekalan kuasa elektrik, meter ampere dan dua wayar terminal bateri (merah dan hitam) yang lengkap dengan klip. Alat ini digunakan untuk mengecas bateri sama ada pada atau luar kenderaan. Mengecas beberapa bateri di luar kenderaan. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengetahui jumlah voltan yang terdapat di dalam bateri.

4

Page 5: 8. test instrument

LOAD TESTERAlat penguji ini digunakan untuk menguji bateri, sistem pengecas kenderaan dan sistem penghidup kenderaan. Ia juga boleh digunakan untuk mengukur voltan, arus dan kadangkala rintangan pada sesuatu litar. Load tester biasanya digunakan untuk mengukur jumlah arus yang keluar daripada bateri semasa mengukur voltan. Jika voltan kekal mengikut spesifikasi semasa arus keluar, bateri ini dalam kedaan baik. Jika tidak, bateri mungkin telah rosak.Load tester boleh digunakan untuk memeriksa operasi sistem pengecas kenderaan dengan mengukur aliran arus yang masuk ke dalam bateri semasa enjin beroperasi. Alat ini ditempatkan untuk mengukur arus maksima yang dikeluarkan oleh alternator.Load tester juga boleh digunakan untuk memeriksa keadaan sistem penghidup. Arus yang digunakan oleh motor penghidup boleh diukur dan dibandingkan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Load Tester

ALTERNATOR BENCH TESTERAlternator bench tester digunakan untuk mengukur keluaran arus oleh alternator di luar kenderaan. Alat penguji ini akan memusingkan rotor alternator untuk mendapatkan bacaan keluaran. Load tester akan memeriksa keluaran alternator untuk memastikan keluarannya mencukupi untuk mengecas bateri sesebuah kenderaan. Walaubagaimanapun, pengeluar alternator memerlukan alat ini untuk memeriksa hasil keluaran alternator sebelum memasangnya pada kenderaan.

5

Page 6: 8. test instrument

SCAN TOOLS (SCANNERS)Alat pengimbas diperlukan untuk memeriksa operasi penderia, penggerak, pendawaian dan sistem komputer kenderaan (elektronik kenderaan). Terdapat pelbagai rekabentuk yang terdapat dipasaran. Ia menghubungkan soket atau terminal diagnosis yang terdapat pada kenderaan. Dengan mengukur voltan atau isyarat komputer alat pengimbas ini akan memberitahu maklumat tentang keadaan sesuatu komponen dan litar.Apabila penyambungan telah dibuat di antara alat pengimbas dengan terminal diagnosis atau terminal ujian, alat ini akan mengeluarakan kod pincang (trouble code) dalam bentuk nombor. Setiap nombor ini akan mewakili keadaan atau masalah. Dengan membandingkan kod pincang ini dengan buku panduan, kita dapat mengetahui masalah yang dihadapi dengan senang dan cepat.

6

Page 7: 8. test instrument

Temperature probe A temperature probe can be used to make quick and accurate temperature measurements. This might be needed to check action of temperature sensor or engine cooling system for example.

EXHAUST GAS ANALYZER An exhaust gas analyzer will measure the chemical content in an engine's exhaust. Exhaust gas analyzer can be used to detect faulty electrical-electronic component. Analyzer measures chemical content in engine gases to determine efficiency of combustion.

7

Page 8: 8. test instrument

KESIMPULAN

EXERCISE

Bahagian A

Jawab semua soalan

1. Senaraikan 2 jenis alat penguji yang biasa digunakan pada kenderaan pada masa kini.

a) _________________________________________ b) _________________________________________

2. Nyatakan 3 kegunaan multimeter.

a) __________________________________________________ b) __________________________________________________ c) __________________________________________________

3. Hidrometer digunakan untuk menguji__________________ elektrolit di dalam sel bateri.

4. Battery tester digunakan untuk menguji kekuatan dan ____________ di dalam bateri

5. Alternator bench tester digunakan untuk mengukur keluaran ______ oleh alternator di luar kenderaan

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor

Corporation.5. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes

Ltd. System6. Barry Hollembeak, Automotive Electricity and Electronics – Third Edition Classroom : Thomson

Delmar Learning.7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox

Company, Inc.

8