3. switch

12
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M03/ IS04 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 3 TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS SUB-TOPIC : 03.01 WIRE HARNESS 03.02 COLOR CODING 03.03 TERMINALS AND SOCKET 03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS 03.05 EARTH 03.06 POWER WINDOW LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh : 1. Nyatakan fungsi suis. 2. Nyatakan jenis-jenis suis. 3. Nyatakan kegunaan suis. TAJUK : SUIS TUJUAN Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan 1

Upload: md-hafizi-mohamad

Post on 19-Jun-2015

2.666 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3. switch

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M03/IS04

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 3

TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS

SUB-TOPIC :

03.01 WIRE HARNESS03.02 COLOR CODING03.03 TERMINALS AND SOCKET03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS03.05 EARTH03.06 POWER WINDOW

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh :

1. Nyatakan fungsi suis.2. Nyatakan jenis-jenis suis.3. Nyatakan kegunaan suis.

TAJUK : SUIS

TUJUAN

Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuat penyambungan dalam pendawaian elektrik kenderaan. Setiap sambungan mestilah sempurna dan berkesan. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 3. switch

PENERANGAN

FUNGSI SUIS

Suis digunakan untuk menyambung atau memutuskan aliran arus di dalam litar dari sumber kuasa yang dibekalkan daripada bateri ke unit kerja atau unit kerja ke bateri. Pelbagai jenis fius yang digunakan dalam sistem elektrik kenderaan samada beroperasi secara manual, automatik dengan sensor, tekanan, tekanan daripada minyak atau suhu.

JENIS-JENIS SWITCH

1. Toggle switches2. Rotary switches3. Push switches4. Push-pull switches5. Seesaw switches6. Lever switch7. Thermal switches8.Pressure switch9. Switch operated by changes of fluid levels

1. SUIS TOGGLE

Toggle switch di mana terdapat satu batang tuil merupakan suis operasi tangan dengan memetik batang tuil yang kecil pada arah yang bertentangan. Ini membolehkan sesentuh yang terdapat di dalam suis bergerak menyentuh antara satu sama lain.Toggles mungkin digunakan untuk lampu kabus atau lain komponen yang dikawal pada dashboard.

Gambarfoto 4.1 Toggle switches

2

Page 3: 3. switch

2. SUIS ROTARY

Rotary switch merupakan suis yang boleh dipilih atau membuat dan memutuskan litar elektrik. Dengan memusingkan suis membolehkan satu atau lebih sesentuh bergerak bersentuh dengan sesentuh utama. Biasanya digunakan pada suis penyalaan (ignition swtich).

Gambarajah 4.1 Rotary switch

Gambarfoto 4.2 Suis rotary yang biasa digunakan untuk menghidupkan kenderaan.

3. PUSH SWITCH

Push-button switch direka dengan butang spring berbeban di mana apabila ditekan akan menyebabkan penyambungan atau pemutusan litar elektrik antara dua sesentuh. Sesuai digunakan untuk hon, screen wash dan juga untuk penghidup.

3

Page 4: 3. switch

Gambarajah 4.2 Binaan dalam bagi suis butang tekan

Gambarajah 4.3 Suis tekan bagi lampu kecemasan

Gambarfoto 4.3 Push Button

4

Page 5: 3. switch

4. PUSH-PULL SWITCHES

Suis tekan tarik beroperasi dengan menarik atau menekan suis bagi menggerakkan memastikan sesentuh yang terdapat di dalam suis bersentuhan atau tidak. Suis buka yang biasa adalah terbuka atau tidak bersambung apabila tidak digunakan atau tidak beroperasi. Butang tekan dengan spring berbeban merupakan satu contoh untuk suis buka biasa (normally open switch). Suis tutup biasa adalah penyambungan yang lengkap di mana sesentuh yang terdapat di dalam suis bersentuh antara satu sama lain apabila tidak digunakan atau tidak beroperasi. Apabila beroperasi suis akan terbuka dan sesentuh akan terlepas untuk menghentikan pengaliran arus. Sesuai digunakan untuk lampu memandu dan fog lamp hadapan.

Gambarajah 4.4 Suis tekan

Gambarfoto 4.4 Suis push-pull

5. SEESAW SWITCHSesuai digunakan untuk sistem tingkap kuasa.

Gambarfoto 4.5 Suis seesaw

5

Page 6: 3. switch

6. LEVER SWITCHESLever suis merupakan gabungan suis yang ditempatkan pada satu-satu bahagian. Ia mengandungi lebih daripada satu suis di mana terdapat perbagai kegunaan. Biasanya lever suis ini ditempatkan ditengkuk stereng memandu. Antara kegunaan suis ini adalah untuk lampu rendah dan tinggi hadapan, lampu belakang, lampu isyarat, pengelap cermin, screen wsasher dan dimmer.

Gambarajah 4.5 Lever switches

Gambarfoto 4.6 Lever suis bagi pengelap cermin

7. THERMAL SWITCHESThermal switch merupakan suis suhu yang sensitif. Ia boleh terbuka dan tutup secara automatik dengan kehadiran suhu. Jenis ini menggunakan bi-metal strip (dua jenis logam yang berbeza diikat bersama). Apabila suhu sejuk bi-metal strip ini akan membengkok menyebabkan suis sesentuh di dalam terbuka. Apabila suhu meningkat menjadi panas dua logam pada lengan bi-metal arm akan mengembang dalam keadaan yang berbeza. Ini menyebabkan lengan membengkok dan suis sesentuh tertutup.Thermal suis ini boleh digunakan untuk mengesan suhu enjin panas lampau dan menghidupkan lampu amaran pada dash board.

Gambarajah 4.6 Thermal switches

6

Page 7: 3. switch

8. PRESSURE SWITCHESSuis tekanan (pressure switch) beroperasi berdasarkan perubahan tekanan dalaman. Kebanyakkannya mempunyai internal diaphragm yang dipasangkan pada sesentuh elektrik. Apabila tekanan rendah, diaphragm ini tidak bergerak menyebabkan sesentuh terbuka. Apabila tekanan meningkat pada tahap yang mencukupi, diaphragm membengkok untuk mengerakkan sesentuh tertutup. Contoh penggunaannya adalah untuk mengesan tekanan minyak enjin.

Gambarfoto 4.7 Pressure switch bagi mengesan dan memberi amaran tekanan rendah minyak enjin.

7

Page 8: 3. switch

9. SWITCH OPERATED BY CHANGES OF FLUID LEVELSSuis jenis merkuri menggunakan cecair merkuri, merupakan pengalir yang baik untuk membuka dan menutup suis sesentuh. Ia berfungsi sebagai sius posisi di mana beroperasi apabila mendapat tindakbalas lokasi sesuatu komponen. Sebagai contoh suis jenis merkuri ini boleh digunakan untuk menghidupkan lampu bonet hadapan atau belakang. Apabila suis ini condong pada satu arah, cecair merkuri ini tidak akan menyentuh sesentuh menyebabkan litar terbuka dan tiada pengaliran arus. Apabila suis ini bergerak condong ke arah yang bertentangan menyebabkan cecair merkuri ini bergerak dan menyebabkan ia bersentug dengan sesentuh dan litar tertutup. Maka pengaliran arus terjadi.

Gambarajah 4.7 Liquid switches

8

Page 9: 3. switch

Gambarajah 4.8 Simbol-simbol bagi suis untuk kegunaan litar skematik.

9

Page 10: 3. switch

KESIMPULAN

Setiap suis mempunyai kegunaannya tersendiri. Ini bergantung kepada pengeluar kenderaan tersebut. Pemerhatian amat diperlukan bagi memastikan suis dapat beroperasi seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pengeluar.

EXERCISE

1. Apakah fungsi suis dalam pendawaian automotif?

2. Berikan 9 jenis suis yang biasa digunakan dalam pendawaian automotif.

3. Berikan kegunaan bagi suis-suis dibawah :

a. Pressure switches

b. Seesaw switches

c. Push button switches

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor

Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes

Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox

Company, Inc.

10