21976172-komputer-rangkaian(2)

41
1.0. RANGKAIAN 1.1 Rangkaian Setempat + Topology 1.2 Medium Topology ...+ Kabel ...+ Hub / Switch .. 1.3 OSI ...+ 7 Lapisan OSI 1.4 PROTOKOL + Tcp/Ip ...+ IP Address ...+ Subnet + NETBeui 2.0 PEMASANGAN 2.1. Pendawaian ...+ RJ45 ...+ Modular Jack ...+ Face Plate ...+ Tools ...+ Teknik Penyambungan 3.0 KONFIGURASI 3.1. Konsep 3.2. Konfigurasi Windows ...+ Windows 98 ...+ Windows ME ...+ Windows XP 3.3.+ Konfigurasi Share ...+ Share Folder ...+ Share Printer 4.0 UJI RANGKAIAN 4.1 Teknik Uji ...+ ping ...+ ipconfig ...+ route Page 1/41

Upload: 709355

Post on 14-Jun-2015

784 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

1.0. RANGKAIAN1.1 Rangkaian Setempat+ Topology1.2 Medium Topology...+ Kabel ...+ Hub / Switch..1.3 OSI...+ 7 Lapisan OSI1.4 PROTOKOL+ Tcp/Ip ...+ IP Address...+ Subnet + NETBeui2.0 PEMASANGAN 2.1. Pendawaian ...+ RJ45...+ Modular Jack...+ Face Plate...+ Tools ...+ Teknik Penyambungan3.0 KONFIGURASI3.1. Konsep3.2. Konfigurasi Windows...+ Windows 98...+ Windows ME...+ Windows XP3.3.+ Konfigurasi Share...+ Share Folder...+ Share Printer4.0 UJI RANGKAIAN4.1 Teknik Uji ...+ ping ...+ ipconfig ...+ route

Page 1/41

Page 2: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

RANGKAIAN1.0 .APA ITU SISTEM RANGKAIAN.

Peralatan komputer yang dirangkaikan antara satu sama lain dan mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain sama ada pada kawasan yang terhad maupun di serata dunia.

Terbahagi kepada beberapa kategori Sistem Rangkaian

1. LAN (Local Area Network - Sistem Rangkaian Setempat)

LAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang kecil, iaitu pada radius 100meter ke 10Km, tanpa penyambungan kepada syarikat telekomunikasi.

2. WAN (Wide Area Network - Sistem Rangkaian Luas)

WAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang LUASl, iaitu pada radius melebihi 10Km, DENGAN penyambungan kepada syarikat telekomunikasi, dan menggunakan PERANTARA (ROUTER)

Page 2/41

Page 3: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

3. MAN (Metropolitan Area Network - Sistem Rangkaian Bandar)

MAN adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang LUAS, antara gabungan LAN dan WAN pada satu bandar kepada satu LAN dan WAN pada bandar yang lain dengan penyambungan kepada BACKBONE yang dijanakan oleh syarikat telekomunikasi

4. INTERNET (International Network)

INTERNET merupakan satu jaringan rangkaian terbesar di dunia dimana kesemua jaringan yang ada pada satu-satu negara dirangkaikan kepada satu jaringan antarabangsa agar dapat berkomunikasi. Ini mungkin melibatkan keseluruhan LAN,WAN dan MAN di dunia.

Page 3/41

Page 4: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

1.2. MEDIUM TOPOLOGI

Medium topologi ialah peralatan yang digunakan dalam melaksanakan satu-satu sistem rangkaian.

LAN (Local Area Network - Sistem Rangkaian Setempat)

Dalam kes LAN, peralatan yang biasanya digunakan akan dikategorikan kepada dua kategori, iaitu; 1. Medium asas (Kabel dan Hub) 2. Medium Pendawian (RJ45, Face Plate dan Modular Jack). Kedua-dua kategori ini akan merujuk kepada piawaian tertentu yang telah diuji dan diiktiraf oleh badan dunia.

KABEL

Dalam standard piawaian bagi STAR Topologi, kabel yang digunakan haruslah menggunakan standard IEEE 802 dimana dikategorikan kepada beberapa kategori.

Categori 5 dan 5e adalah medium kabel yang luas digunakan memandangkan kamampuannya untuk menghantar dan menerima paket pada kelajuan 100 Mbps.

Kabel CAT5/5e dikategorikan kepada 2 jenis dan spesifikasi, iaitu UTP (Unshielded Twisted Pair) dan STP (Shielded Twisted Pair).

Page 4/41

Page 5: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

UTP dan STP mempunyai 8 core (8 Kabel Kecil) berkod warna,

Kabel CAT5/5e hanya mampu menyalurkan data pada keluasan RADIUS 100 Meter daripada satu point ke satu point lain dalam STAR Topologi.

HUB DAN SWITCH

HUB dan SWITCH bekerja pada STAR Topologi sebagai pembahagi paket data dengan menghantar dan menerima paket kepada rangkaian. HUB dan SWITCH terdiri daripada port-port yang menyambungkan kabel rangkaian dari setiap komputer / perlatan dalam sistem rangkaian setempat. Walaubagaimanapun, Hub dan Switch mempunyai perbezaan

Page 5/41

Page 6: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

dari segi bagaimana ianya bekerja. Berikut adalah jadual perbezaan antara Hub dan Switch.

HUB SWITCH

Semua Port BERKONGSI kelajuan, misalnya Komputer A menghantar paket data kepada Komputer B melalui HUB, paket data tersebut akan dihantar kepada semua port yang ada terlebih dahulu dengan memeriksa MAC Address pada setiap komputer yang tersambung bagi mencari MAC Address komputer B. Tugasan ini akan memperlahankan kelajuan rangkaian pada kesemua port di Hub.

Paket data tadi akan terus dihantar kepada penerima. Kelebihan switch ialah mampu untuk mengesan MAC Address setiap port yang bersambung pada komputer kemudian menyimpannya pada cip memory pada switch. Setiap kali paket dihantar atau diterima, akan disalurkan terus berdasarkan pada MAC Address yang tersimpan padanya. Tugasan ini akan mempercepat dan memaksimumkan kelajuan satu-satu rangkaian

Boleh disambungkan kepada hub ataupun switch lain dengan kaedah up-link

Boleh disambungkan kepada hub ataupun switch lain dengan kaedah up-link dengan kelajuan maksimum

MURAH Mahal

MAC Address ialah (Media Access Connect). Rujuk pada Master Reference

Page 6/41

Page 7: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

1.3. OSI (Open System Interconnect)

OPEN SYSTEM INTERCONNECT, (OSI) merupakan sturuktur asas sesebuah sistem rangkaian, samada LAN,WAN,MAN dan Internet. OSI terdiri daripada 7 lapisan utama yang akan membentuk perjalanan satu-satu sistem rangkaian daripada titik permulaan kepada titik penerima rangkaian. Proses ini akan sentiasa bekerja dari semasa ke semasa, selagi sistem rangkaian itu digunakan.

7 Lapisan OSI

LAYER 1 PHYSICAL (Topologi Fizikal)

merupakan mekanisma perancangan dan pembentukan struktur asas sesebuah sistem rangkaian. Setiap sistem rangkaian yang hendak dibangunkan mestilah mempunyai pelan topologi samada LAN hinggalah ke internet. Antara perkara yang harus dititikberatkan pada lapisan ini ialah, penggunaan kabel, pendawaian, komputer, hub dan peralatan yang berkaitan dengan rangkaian. Contoh peralatan yang bekerja pada lapisan ini ialah HUB dan Kabel rangkaian

LAYER 2 DATA LINK (PERJALANAN

DATA )

Mekanisma perjalanan data dengan menukarkan kod data kepada paket bagi memudahkan pengangkutan dan penerimaan data dengan 2 mekanisma; LLC (Logical Link Control) dan MAC (Media Access Control). Paket data yang dihantar akan diterjemahkan kepada LLC dan dihantar terus berdasarkan kepada MAC address. Contoh peralatan yang bekerja pada lapisan ini ialah Switch

LAYER 3 NETWORK (PENGURUSAN RANGKAIAN)

Penghalaan (routing) berlaku dengan meng"segmen"kan network berdasarkan logikal addressing tersebut . Bertanggungjawab memecahkan packet kepada fragmen yang lebih kecil sebelum dihantar ke lapisan seterusnya mengikut kemampuan media berdasarkan nilai MTU -maximum transmission unit. Contoh peralatan yang bertugas di lapisan ini adalah router. Ada juga switch yang dipanggil Layer 3 Switch yang juga berupaya menjalankan kerja-kerja routing.

Page 7/41

Page 8: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

LAYER 4 TRANSPORT

(PENGANKUTAN)

Memastikan packet dihantar dengan betul . Memastikan packet sampai ke destinasi dan mungkin dalam susunan yang betul. Jika ada packet yang hilang ia akan dihantar semula. Juga dikenali sebagai ‘ SEGMEN’ Ahli yang bekerja dlm. Lapisan ini ialah TCP/IP

LAYER 5 SESSION (Persidangan)

Mentakrifkan bila untuk memulakan,menamatkan dan juga mengawal perhubungan komunikasi yang dipanggil "session". Ini termasuklah kawalan dan pengurusan perhubungan komunikasi dua hala supaya aplikasi tahu sama ada ia telah sempurna atau belum . Contoh ahli dalam lapisan ini adalah RPC, SQL, NFS,NetBios(Netbui) names,AppleTalk ASP, DECnet dan SCP. .

LAYER 6 PRESENTATION

(PERSEMBAHAN)

Menterjemahkan format data contohnya JPEG, GIF dan sebagainya. Encryption, decryption, compression dan decompression juga berlaku di lapisan ini. Secara amnya semua kerja-kerja terjemahan dilakukan pada lapisan ini.Contoh ahli pada lapisan ini adalah JPEG, ASCII, EBCDIC,TIFF, GIF, PICT,encryption, MPEG dan MIDI

LAYER 7 APPLICATIONS

(APLIKASI)

Seperti namanya lapisan ini melibatkan aplikasi seperti telnet dan http. Ia adalah lapisan tertinggi dan bergantung kepada lapisan-lapisan dibawahnya supaya data dapat sampai dari sumber ke destinasinya. Ia adalah medium hubungan antara user dan komputer. Contoh ahli adalah seperti Telnet, HTTP, FTP,pelayar Web, NFS,SMTP gateways(Eudora, CC:mail),SNMP, X.400 mail dan FTAM

1.4. PROTOKOL

Page 8/41

Page 9: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara. Dalam istilah perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi.

Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta. Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah TCP/IP.

TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda. Contoh simulasi IP Address dalam protokol TCP/IP

Seperti seorang posmen menghantar surat, surat anda akan sampai pada alamat penerima yang anda tulis pada surat tersebut.

Dengan penggunaan TCP/IP pada sistem rangkaian, paket data yang dihantar pada satu-satu penerima, paket tersebut akan melalui 7 lapisan OSI untuk dipaparkan pada komputer penerima.

Page 9/41

Page 10: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

TERPERINCI TCP/IP

Alamat-alamat IP ini ditentukan dan dipantau oleh satu badan bebas, IANA (Internet Assigned Numbers Authority). Daripada ketentuan ini, terdapat beberapa kelas IP telah dispesifikasikan kepada Kelas-Kelas IP, dan antara yang digunakan ialah daripada Kelas A, B, dan C.

Terdapat satu alamat ip yang tidak termasuk dalam susunan ini, iaitu 127. Alamat ini digunakan untuk tujuan ujilari rangkaian, 127.0.0.1

Berikut adalah contoh penggunaan IP address mengikut kelas

Merujuk kepada carta kelas di atas, bilangan network ialah bilangan rangkaian yang mampu dibuat pada satu-satu masa, manakala bilangan subnet pula ialah bilangan pecahan daripda ranagkain-rangkaian itu , dan bilangan host ialah bilangan pengguna dalam setiap rangkaian tersebut. Sebagai contoh, kita ambil IP address daripada kelas A. Bilangan rangkaian yang mampu dilaksanakan ialah sejumlah 126 dengan 16,777,214 pengguna dalam setiap rangkaian, iaitu 1:16,777,214.

Pada ruangan subnet, 255.0.0.0 mewakili maksima IP Address yang DIBENARKAN diguna pakai pada setiap komputer. Range ataupun keluasan bagi satu-satu IP Address ialah daripada 1 hingga ke 254. Contoh: 10.1.1.1 hingga 10.x.x.x hingga 126.254.254.254

Page 10/41

Page 11: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

SUBNET

SUBNET ialah satu mekanisma pengiraan yang digunakan dalam sistem rangkaian bagi memecahkan rangkaian dalam kelas-kelas IP address bagi tujuan keselamatan maupun pembahagian kumpulan-kumpulan kerja. Subnet dalam IP address adalah terdiri daripada NETWORK ID DAN HOST.

Network ID dan Host ID dalam Kelas A,B dan C

KELAS A

Network ID

Host ID

10 1 1 1

255 0 0 0

KELAS B

Network ID Host ID

128 1 1 1

255 255 0 0

KELAS C

Network ID Host ID

192 1 1 1

255 255 255 0

Subnet (Pecahan Network) dalam satu kumpulan IP biasanya dipanggil SUBNET MASK. Subnet mask biasanya ujud pada setiap setting ip address pada semua Operating System, (windows95/98/Me/Xp/2000) Server maupun client. Mari kita rujuk fungsi SUBNET ini melalui beberapa kes penyelesaian.

Kes 1:

Anda dikehendaki untuk membina satu set rangkaian setempat (LAN) di satu Kementerian, dengan 100 pengguna IP address dalam satu kumpulan kerja daripada set IP Address 10.1.1.0. Semua pengguna mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain samada dengan perkongsian fail maupun pencetak.

Penyelesaian:

Setkan pada 100 komputer pengguna dengan IP Address dengan menggunakan IP Address daripada KELAS A:

Komputer Pennguna IP Address Subnetmask

Komputer 1 10.1.1.1 255.0.0.0

Komputer 2 10.1.1.2 255.0.0.0

Page 11/41

Page 12: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

seterusnya 10.1.1.3 -- 10.1.1.100 255.0.0.0

Kes 2:

Daripada 100 pengguna ini, anda dikehendaki untuk memecahkan rangkaian ini kepada DUA kumpulan kerja bagi memudahkan pihak pengurusan mengenal-pasti penggunaan IP Address pada kedua-dua kumpulan kerja ini. Kumpulan kerja itu ialah: (A) Unit Perumahan sebanyak 50 pengguna komputer dan (B) Unit Sosial sebanyak 50 pengguna

Penyelesaian.

Kumpulan IP Address Subnetmask

Unit Perumahan 10.1.1.1 hingga 10.1.1.50 255.0.0.0

Unit Sosial 10.1.2.1 hingga 10.1.2.50 255.0.0.0

Dengan memecahkan IP address ini kepada 10.1.1.1 hingga 10.1.1.50 dan 10.1.2.1 hingga 10.1.2.50, DUA set kumpulan rangkaian kecil telah dibuat daripada satu rangkaian yang besar tadi.

Dalam kedua-dua kes ini tadi, IP Address daripada KELAS A digunakan.Walaupun rangkaian ini telah dipecahkan kepada DUA kumpulan, namun keseluruhan pengguna komputer ini masih mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain, disebabkan HOST ID keduanya masih dalam lingkungan boleh ubah. Apa pun penggunaan pernomboran daripada 1 hingga 254 di dalam HOST ID ini, kesemua komputer yang disambungkan pada rangkaian akan mampu berkomunikasi.

Kes 3

Pihak pengurusan Kementerian telah membuat keputusan untuk memecahkan lagi kumpulan kerja itu tadi agar komputer-komputer Unit Perumahan dan Unit Sosial untuk TIDAK BERKOMUNIKASI antara satu sama lain. Anda dikehendaki untuk menyelesaikan kes ini TANPA membabitkan sebarang kos pembelian peralatan.

Penyelesaian

Kumpulan IP Address Subnetmask

Unit Perumahan 10.1.1.1 hingga 10.1.1.50 255.0.0.0

Unit Sosial 11.1.1.1 hingga 11.1.1.50 255.0.0.0

Dalam kes ke 3 ini, dengan menukar Netwok ID kepada sebarang pernomboran selain daripada 10 akan akan memecahkan rangkaian kepada satu rangkaian lain. Dengan

Page 12/41

Page 13: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

kaedah ini, Unit Perumahan dan Unit Sosial dalam kementerian ini akan terputus hubungan rangkaian setempat.

Dalam standard piawaian IP Address dan Subnet, sebarang perubahan pada Network ID dalam satu set IP Address dalam satu-satu rangkaian akan memecahkan rangkaian tersebut kepada satu sistem rangkaian lain.

PUBLIC DAN PRIVATE IP ADDRESS

Dalam menentukan penggunaan IP Address dalam satu-satu rangkaian, terdapat beberapa amalan yang lazimnya digunakan, iaitu penggunaan Public IP Address dan Private IP Address.

Tujuan penggunaannya adalah untuk memudahkan pengecaman dan pengendalian IP address samada untuk kegunaan dalaman (Private IP Address) ataupun bagi kegunaan antarabangsa(Public IP Address) mengikut tata-susun daripada ISP (Internet Service Provider) dalam sesebuah negara.

Berikut adalah jadual pembahagian Private IP Address mengikut Kelas.

KELAS A 10.x.x.x Hingga 10.255.255.255

KELAS B 172.16.0.0 Hingga 172.31.255.255

KELAS C 192.168.0.0 Hingga 192.168.255.255

DYNAMIC IP ADDRESS (DHCP -Dynamic Host Computer Protocol)

Istilah ini membawa maksud secara praktiknya dimana, dalam satu rangkaian terdapat satu SERVER yang akan membahagikan IP Address kepada kesemua komputer yang dirangkaikan. Dalam konfigurasi server pula, biasanya haruslah mempunyai kemampuan untuk memberikan perkhidmatan ini.

Apabila komputer pengguna 'Log-On' ke server, server akan mengaktifkan satu IP Address khusus untuk komputer tersebut mengikut tempoh tertentu.

Page 13/41

Page 14: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Katakan dalam satu rangkaian yang mempunyai 20 komputer dengan satu DHCP server, dan pada DHCP server tersebut telah dikonfigurasikan perkhidmatan DHCP dengan set IP Address 10.10.1.1 hingga 10.10.1.25. Setiap pengguna yang 'log-on' padanya akan mendapat mungkin 10.10.1.2 sebagai set ip addressnya secara automatik, dan seterunya kepada komputer kedua hinggalah komputer yang terakhir.

Page 14/41

Page 15: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

PEMASANGANPENDAWAIAN

Dalam standard piawaian pendawain bagi CAT5/5e, beberapa peralatan diperlukan bagi pemasangan pendawaian pada satu-satu sistem rangkaian setempat

• RJ45 • Modular Jack • Face Plate • Teknik Pemasangan kabel

RJ 45

RJ45 adalah satu klip kepala yang mesti dipasangkan kepada kabel CAT5/5e (kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil disambungkan antara HUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) pada komputer.

Page 15/41

Page 16: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Setiap kabel CAT5/5e mempunyai 4 pair kabel berwarna (8 kabel) , Putih Biru dan Biru, Putih Hijau dan Hijau, Putih Orange dan Orange, Putih Coklat dan Coklat

Berdasarkan kepada standard piawaian pendawaian , kod-kod warna pada kabel CAT5/CAT5e membawa kepada 2 jenis piawaian, iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Page 16/41

Page 17: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Hanya kod | 1 | 2 | 3 | dan | 6 | sahaja yang membawa paket daripada satu rangkaian ke satu rangkaian lain (TX dan RX - Transeive dan Receive) dan yang lainnya hanya membekalkan voltage.

MODULAR JACK

Modular Jack ialah satu soket yang digunakan untuk menyambungkan kabel rangkaian kepada dinding (Wall Face Plate Scheme).

Page 17/41

Page 18: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Daripada modular jack ini, kabel akan disambungkan mengikut warna yang telah ditetapkan. Sambungkan penghujung kabel kepada hub/switch.

TOOLS

1.Cable Stripper

Kabel UTP Cat 5/5e mestilah dipotong (lapisan luar) mengikut kesesuaiannya iaitu dalam lingkungan setengah inchi.

Cable Stripper

Bagi memotong lapisan luar kabel ini, peralatan yang sesuai harus digunakan agar kabel yang yang tidak terjejas.

Page 18/41

Page 19: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

2.CRIMPING TOOL

Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit kabel-kabel CAT5/5e pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel dimasukkan ke dalam soket RJ45 dengan betul mengikut susunan piawaian 568A ataupun 568B

Kabel yang telah di 'Crimp' !

-------

Pendawaian RAK.

Pendawaian RAK ialah satu teknik pendawaian tersusun yang biasa sarankan bagi membentuk satu-satu sistem rangkaian setempat. Semua kabel rangkaian, peralatan hub/switch, server di muatkan pada rak bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Page 19/41

Page 20: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Page 20/41

Page 21: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

KATEGORI SISTEM RANGKAIAN SETEMPAT

Dalam pembinaan sistem rangkaian setempat (LAN), terdapat dua prinsip perlaksanaan yang sering diguna-pakai sebagai modul.

Peer to Peer Network

Kumpulan pengguna komputer yang dirangkaian antara satu-sama lain dengan perkongsian folder,fail dan pencetak tanpa akses tertentu. Capaian data hanyalah antara pengguna dengan pengguna tanpa melalui akses keselamatan

Client - Server Network

Kumpulan pengguna dalam rangkaian yang perlu untuk mendapatkan akses daripada komputer utama (Server) bagi meneruskan penggunaan maupun perkongsian data. Server boleh membenarkan atau tidak kepada pengguna untuk mengakses data maupun peralatan

Terdapat satu lagi konsep yang digunakan dimana pengguna TIDAK perlu untuk memasukkan IP Address dalam Komputer untuk melaksanakan penggunaan rangkaian melalui teknik Client-Server, iaitu penggunaan perkhidmatan DHCP server.

Page 21/41

Page 22: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

DHCP

Apabila komputer pengguna 'LOG-ON' kepada 'Server', perkhidmatan DHCP (Dynamic Host Computer Protocol) akan memberikan IP Address secara automatik. Tugasan ini dilaksanakan dengan menyenaraikan lingkungan IP Address yang telah dimasukkan oleh 'Administrator' ke dalam 'Server'. Sebagai contoh;

• Lingkungan IP Address DHCP: 10.10.1.1 hingga 10.10.1.50.

• Bilangan Pengguna: 30

Komputer pertama yang 'Log On' akan mendapat IP Address, 10.10.1.1 dan seterunya kepada komputer ke dua hingga komputer yang terakhir.

• PC 1: 10.10.1.1 • PC 2: 10.10.1.2 • PC 3: 10.10.1.3 dan seterusnya.

Jika lingkungan IP Address pada DHCP server tadi 10.10.1.1 hingga 10.10.1.50, maka bilangan komputer yang mampu dirangkaikan ialah sebanyak 50, jika penggunaan subnet mask ialah 255.255.255.0. (rujuk topik TCP/IP

Page 22/41

Page 23: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

KONFIGURASI DAN IMPLEMENTASI TCP/IP.

Dalam konteks pembinaan sesebuah sistem rangkaian, setiap komputer yang akan berkomunikasi haruslah mempunyai protokol komunikasi seperti yang telah kita teliti dalam bab protokol dan tcp/ip. Setiap komputer juga semestinya telah mempunyai Operating System untuk berfungsi umpamanya Microsoft Windows 98/Me/Xp/2000 dan sebagainya. Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana untuk membuat konfigurasi untuk memasukkan protokol rangkaian agar sistem rangkaian itu berfungsi.

** Di buat pada semua komputer yang akan dirangkaikan.

Beberapa aspek harus diambil kira semasa membuat konfigurasi, antaranya ialah:

• Nama Komputer • Nama Kumpulan Kerja • Susun atur TCP/IP dan Subnetmask • Perkongsian Folder dan Fail

Microsoft Windows 98/ME.

Penyediaan Nama Komputer dan Nama Kumpulan Kerja.

Klik pada Start / Settings / Control Panel / Pilih Network

Page 23/41

Page 24: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

2. Penyediaan TCP/IP dan Subnetmask

Klik pada Start / Settings / Control Panel / Pilih Network

Page 24/41

Page 25: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Konfigurasi Pada Microsoft Windows XP

Dwi-Klik pada 'My Network Places' , Right+Klik pada 'Local Area Connection' dan pilih 'Properties pada bar menu.

Page 25/41

Page 26: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Klik pada butang 'Properties'

Taipkan pada ruangan IP address, IP address dan Subnet Mask.

Rujukan:

• TCP/IP • Share Folder / Printer

DHCP server

Page 26/41

Page 27: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

KONFIGURASI SHARE

Antara kelebihan yang ada dalam satu-satu sistem rangkaian ialah "Perkongsian Fail" dan Peralatan. Dalam Sistem Operasi (OS) Microsoft Windows 95/98/Me/Xp/2000, pengguna bebas untuk meletak atau menyimpan fail pada mana-mana lokasi, samada pada Folder di dalam hard disk ataupun pada c:, d: dan sebagainya.

Teknik Sharing Folder / Sharing

Microsoft Windows 98/Me.

1. Klik pada Start, Setting, Control Panel dan dwiklik pada Ikon Network. (Ini adalah untuk membolehkan anda membuat share pada fail ataupun pencetak)

Page 27/41

Page 28: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

2. Selepas ini, anda diminta untuk 'Restartkan Komputer'.

3. Selepas komputer 'restart', pastikan anda 'Log On' (Masukkan Username dan Password)

Teknik Sharing (perkongsian) ini boleh dikategorikan kepada 3 teknik.

1. Kongsi Keseluruhan Drive C 2. Kongsi Folder sahaja 3. Kongsi 'berpassword' (kawalan ciri-ciri keselamatan)

Kongsi Keseluruhan Drive C

Teknik.

1. Dwi Klik pada 'My Computer'

Page 28/41

Page 29: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

2. Drive C Properties akan terpapar,

Page 29/41

Page 30: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

3. Klik butang 'OK' untuk teruskan. Dengan teknik ini, Keleseluruhan Drive C anda akan dikongsi bersama pengguna-pengguna lain dalam rangkaian tersebut.

Kongsi Folder sahaja

Jika anda membuat keputusan untuk hanya membenarkan beberapa FOLDER sahaja untuk dikongsi,

1. Dwi Klik pada 'My Computer', Dwi Klik pada 'Drive C' anda, dan klik pada folder yang anda ingin kongsikan

Page 30/41

Page 31: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

3. Kongsi 'berpassword' (kawalan ciri-ciri keselamatan)

Terdapat 3 opsyen pada ruangan 'Access Type:' dalam konfigurasi share,

O Read Only Pengguna lain HANYA MAMPU untuk melihat kandungan folder maupun fail dalam komputer anda

O FullPengguna Lain BOLEH membuat transaksi Lihat, Padam, Tulis (Read/Write) (Kawalan Penuh)

O Depends On PasswordPengguna lain diminta untuk memasukkan katalulus (Pawword) sebelum mampu untuk mengakses ke dokumen anda.

Anda akan dapata opsyen ini setiap kali anda membuat 'share' samada pada keseluruhan 'Drive' ataupun pada pilihan folder sahaja. Jadual di atas menunjukkan fungsi bagi anda memilih jenis keselamatan 'share' yang anda inginkan.

Page 31/41

Page 32: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Setelah anda membuat teknik di atas, bolehlah anda membuka 'Network Neighbourhood' ataupun 'My Network Places' pada Sistem Operasi (Windows98/Me/Xp/2000) bagi menyenaraikan komputer yang telah dirangkaikan.

Page 32/41

Page 33: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

PERKONGSIAN PERALATAN. (Pencetak)

Dalam satu-satu sistem rangkaian, anda boleh berkongsi peralatan seperti pencetak dan cd-rom drive. Dalam hal ini, topik ini akan membantu anda untuk membuat teknik perkongsian pencetak.

Senario:

Katakan dalam satu pejabat, terdapat 20 komputer yang dirangkaikan dan hanya satu sahaja pencetak laser. Secara praktiknya, jika komputer A bersambung kepada pencetak, maka hanya pengguna A sahaja yang boleh menggunakan pencetak tersebut. Walaubagaimanapun, dalam konsep sistem rangkaian, semua pengguna dalam rangkaian tersebut mampu untuk mencetak melalui komputer A.

Teknik Sharing.

1. Klik pada Start, Setting, Printers. ataupun ke Control Panel, dan dwiklik pada 'Printers'

Page 33/41

Page 34: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

2. Set 'Shared Printer' ke komputer pengguna dalam rangkaian.

Page 34/41

Page 35: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Page 35/41

Page 36: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

! Bagi memastikan cetakan dalam rangkaian ini berfungsi sepenuhnya, PASTIKAN komputer yang disambungkan kepada pencetak berkeadaan baik dan sentiasa dalam keadaan 'ON'.

Anda boleh memilih lebih daripada satu pencetak rangkaian dalam satu masa dan dalam satu-satu rangkaian yang mempunyai KELAS IP Address dan SUBNET MASK yang sama.

Page 36/41

Page 37: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

UJI SISTEM RANGKAIAN.

Dalam kes pemasangan sesebuah sistem rangkaian, proses ujilari perlu dilakukan bagi menentukan peralatan dan juga konfigurasi berfungsi sepenuhnya.

Proses ini biasanya dilakukan dengan berperingkat;

1. Ujilari Kabel dan Pendawaian 2. Ujilari Konfigurasi 3. Ujilari penghantaran dan penerimaan pake

1. Uji Kabel dan Pendawaian.

Dalam ujilari ini, penyambungan kabel haruslah diperiksa dengan teliti dan menentukan kesemua kabel dan teknik penyusunan spesifikasi 568A ataupun 568B. (JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MENGGUNAKAN SPESIFIKASI 568A MAKA KESEMUA KABEL PADA RANGKAIAN MESTILAH MENGGUNAKAN SPESIFIKASI YANG SAMA-bagi memudahkan kerja-kerja mengenal-pasti masalah kabel)

Page 37/41

Page 38: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Uji kabel dengan 8TP Tester.

2. Uji Konfigurasi

Jika ujilari kabel berjaya, pastikan pula ujilari konfigurasi dilaksanakan dengan memeriksa pada semua komputer yang telah dirangkaikan.

Periksa Network Configurations dalam Windows

: Start, Run, taipkan 'command' dan ENTER

Page 38/41

Page 39: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Pada "C:\>" taipkan 'ipconfig /all' dan ENTER. Skrin akan memaparkan konfigurasi IP Address, Subnet Mask yang telah dikonfigurasikan pada komputer tersebut. Pastikan IP Addres dan Subnet Mask telah dimasukkan, dan betul mengikut perancangan anda.

Gunakan arahan 'ping' untuk memeriksa bahawa konfigurasi IP Address komputer tersebut berfungsi. Klik pada Start, Run, Taipkan arahan 'command' untuk memaparkan skrin 'Dos Command'

Pada "C:\>" taipkan arahan 'ping [ip address pc tersebut]'. Skrin akan memaparkan 'Reply from ..[ip address pc tersebut] byte=32 time<1ms TTL=120 . Jika ini terjadi, maka konfigurasi kad rangkaian dan konfigurasi IP Address tersebut berjaya. Lakukan ini bagi kesemua komputer pengguna yang dirangkaikan.

Setelah arahan ini dilaksanakan, anda perlu untuk membuat arahan 'ping' pada komputer-komputer yang lain dengan menaip pada "C:\>" ping [IP Address komputer yang lain]. Sila teliti 'Ping statistics' di bawah laporan ping tersebut dengan 'Lost = 0 <0% loss>'.

Jika terdapat 'Lost Packet', bermakna pendawaian rangkaian daripada komputer tersebut ATAUPUN daripada komputer lain (yang di 'ping' tadi0 ke hub/switch kemungkinan bermasalah.

Anda boleh juga membuat arahan pada "C:\>route print" untuk memastikan keseluruhan rangkaian anda berfungsi. Route adalah arahan untuk menyenaraikan IP Address anda yang aktif.

Page 39/41

Page 40: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Page 40/41

Page 41: 21976172-KOMPUTER-RANGKAIAN(2)

Page 41/41

http://www.rumahbangi.com

http://www.mhamdy.com

http://www.rahsiasaham.com

http://www.panduanwebusahawan.com