abstrakeprints.utm.my/id/eprint/21297/7/nurlaililukmanmfksg2010.pdf · accessibility level based on...
TRANSCRIPT
vi
ABSTRAK
Perancangan pembangunan harta tanah perindustrian berdasarkan pada zon
perancang dan guna tanah. Pemilihan kawasan perindustrian lokasi yang sesuai
memberi kesan ke atas untung firma yang dipengaruhi oleh jarak dan masa
perjalanan kenderaan firma tersebut. Jarak dan masa perjalanan merupakan faktor
pengukuran kemudahsampaian bagi menentukan kesesuaian lokasi industri. Oleh itu,
kajian ini akan membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi
kemudahsampaian sesuatu lokasi industri. Sistem Maklumat Geografi (GIS) akan
diaplikasikan bagi mengukur tahap kemudahsampaian lokasi industri berasaskan
masa perjalanan kenderaan. Kajian ini juga dijalankan untuk menentukan kesesuaian
lokasi industri sederhana berasaskan masa perjalanan terpantas. Kajian ini dijalankan
ke atas 14 blok perancangan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru
(MBJB). Kawasan perindustrian sederhana dijadikan fokus kajian dengan mengambil
kilang produk susu sebagai contoh kes. Analisis rangkaian di ArcGIS 9 digunakan
untuk menghasilkan nilai masa perjalanan terpantas berdasarkan laluan terbaik yang
boleh dilalui oleh lori industri untuk menunjukkan tahap kesesuaian dan
kemudahsampaian firma ke faktor-faktor lokasi yang dikaji. Kajian mendapati
kawasan perindustrian Dewani, Tebrau 3 dan Sri Purnama merupakan kawasan yang
sangat sesuai untuk industri sederhana khususnya untuk membangunkan kilang
produk susu. Kawasan perindustrian Dato‟ Onn, Dewani, Sri Purnama dan Tebrau 3
pula merupakan kawasan yang mempunyai kemudahsampaian yang sangat tinggi
untuk memasarkan produk susu ke kawasan pasaran. Pengukuran kesesuaian dan
kemudahsampaian ini adalah berdasarkan faktor kekuatan aglomerasi iaitu
pengelompokan. Kajian ini memberi implikasi kemajuan pembangunan kawasan
perindustrian sederhana dan tingkat pasaran kawasan komuniti seperti komersial dan
kediaman.
Kata kunci: Industri Sederhana, Faktor Kesesuaian Lokasi, Kemudahsampaian dan
Masa Perjalanan Kenderaan
vii
ABSTRACT
Industrial property development planning is based on planning and land use
zones. Suitable location preferences give impact to the firm‟s profit that is affected
by the vehicle travel time to the firm. In deciding the suitability of the location,
distance and travel time are the factors that need to be measured. Hence, this research
will discuss on factors affecting the accessibility of industrial location. Geographical
Information System (GIS) will be applied to measure the industrial location‟s
accessibility level based on vehicle travel time. This research is also done to
determine the industrial location suitability based on the fastest travel time. This
research is done on 14 planning blocks in Johor Bahru City Council (MBJB)
administrative region. Medium industrial area is the focus of research taking a dairy
factory as the case study. Network Analyst in ArcGIS 9 is used to generate the fastest
travel time value based on accessible best route by lorry to demonstrate firm‟s
suitability and accessibility level to studied location factors. The study identifies
Dewani, Tebrau 3 and Sri Purnama industrial area are the most suitable area for
medium industries especially in developing dairy product factory. Dato‟ Onn,
Dewani, Sri Purnama and Tebrau 3 industrial area have the highest accessibility for
marketing dairy products to the market. The suitability and accessibility
measurement is based on market factor and agglomeration strength factor which is
clustering factor. This study provides implications for the progress of the
development of industrial areas and the level of community market areas such as
commercial and residential.
Keywords: Medium industry, Location Suitability Factors, Accessibility and Vehicle
Travel Time
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta
tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor
perindustrian dapat meningkatkan kemampuan pencapaiannya bagi pembangunan
negara (Aniza, 2001). Perkembangan pembangunan sektor industri menjadi
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Perletakan kawasan perindustrian adalah penting kerana lokasinya akan
memberi kesan kepada pembangunan lain di persekitarannya. Pembinaan kilang-
kilang dan gudang-gudang memerlukan kawasan yang strategik dan sesuai di mana
lokasinya mudah diakses oleh organisasi atau firma yang memerlukan hasil daripada
pengoperasian pembangunan tersebut.
Organisasi atau firma memerlukan pengeluaran yang baik daripada kilang
dan gudang yang menghasilkan dan membekalkan sesuatu produk harta tanah. Oleh
itu, kedudukan industri yang sesuai dengan lokasinya akan memberi kesan kepada
firma khususnya kesan ke atas kos dan untung firma tersebut.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN PENYELIA iii
PENGAKUAN PENULIS iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN BAB viii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI JADUAL xvii
SENARAI SIMBOL xix
SENARAI LAMPIRAN xx
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Skop Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Pihak Berkuasa Tempatan 9
1.6.2 Pihak Pemaju dan Pengusaha Industri 9
ix
1.6.3 Firma Perdagangan 10
1.6.4 Kepentingan Pembangunan dan Kualiti Persekitaran 10
1.7 Metodologi Kajian 11
1.7.1 Peringkat Pertama: Mengenalpasti Pernyataan
Masalah 11
1.7.2 Peringkat Kedua: Kajian Literatur 11
1.7.3 Peringkat Ketiga: Kajian Lapangan 12
1.7.4 Peringkat Keempat: Menganalisis Data Kajian 13
1.7.5 Peringkat Kelima: Kesimpulan Dan Cadangan 13
1.8 Susun Atur Bab 13
1.8.1 Bab 1: Pengenalan 14
1.8.2 Bab 2: Lokasi Industri, Kemudahsampaian Dan Aplikasi
Sistem Maklumat Geografi (GIS) 14
1.8.3 Bab 3: Metodologi Kajian 15
1.8.4 Bab 4: Analisis Pengukuran Kemudahsampaian Lokasi
Industri Berasaskan Masa Perjalanan Kenderaan 15
1.8.5 Bab 5: Kesimpulan Dan Cadangan 16
1.9 Kesimpulan 16
2 LOKASI INDUSTRI, KEMUDAHSAMPAIAN DAN
APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
2.1 Latar Belakang Sektor Perindustrian 18
2.2 Konsep Industri 20
2.3 Pengkelasan Industri 21
2.3.1 Industri Ringan 22
2.3.2 Industri Sederhana 23
2.3.3 Industri Berat 23
2.4 Zon Penampan Bagi Pembangunan Industri 24
2.5 Lokasi Industri 26
2.6 Teori Lokasi 27
2.7 Faktor-faktor Lokasi Industri 31
2.7.1 Faktor Pengangkutan 32
x
2.7.2 Faktor Pengelompokan 33
2.7.3 Faktor Pasaran 34
2.7.4 Faktor Sumber Buruh 34
2.7.5 Faktor Sumber Bahan Mentah Dan Tenaga 35
2.8 Kemudahsampaian 38
2.9 Pengukuran Kemudahsampaian 40
2.9.1 Pengukuran Rangkaian (Network Measures) 41
2.9.2 Pengukuran Jarak 41
2.9.3 Pengukuran Peluang Berganda (Cumulative-Opportunity
Measures) 42
2.9.4 Pengukuran Berdasarkan Graviti (Gravity-Based
Measures) 43
2.9.5 Pengukuran Berdasarkan Utiliti 43
2.9.6 Pengukuran Ruang Masa 44
2.9.7 Pengukuran Gabungan Kemudahsampaian 45
2.9.8 Pengukuran Berdasarkan Sistem Maklumat Geografi 46
2.10 Kesimpulan 48
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 50
3.2 Latar Belakang Kawasan Kajian 51
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 54
3.3.1 Kajian Literatur 55
3.3.2 Pengumpulan Data GIS 55
3.3.2.1 Data Kawasan Kajian 56
3.3.2.2 Data Gunatanah 57
3.3.2.3 Data Jaringan Jalan Raya 58
3.4 Pendigitalan Data 59
3.5 Penyuntingan Data 61
3.6 Kaedah Analisis Data 63
3.6.1 Operasi Lapisan 64
3.6.2 Penentuan Jarak Dan Masa 66
xi
3.6.3 Laluan Perjalanan Dari Kawasan Kajian Ke Kawasan
Pasaran 66
3.7 Analisis Rangkaian 70
3.8 Proses Analisis Rangkaian 71
3.8.1 Proses Mengukur Jalan Raya Berasaskan Jarak Dan Masa 71
3.8.2 Pengukuran Kemudahsampaian Berasaskan Masa Perjalanan 75
3.8.2.1 Proses Kemasukan Data 75
3.8.2.2 Proses Analisis Kemudahsampaian Masa 78
3.9 Penentuan Lokasi Industri Sederhana Yang Sesuai Berasaskan
Pengukuran Masa Perjalanan 79
3.10 Kesimpulan 81
4 ANALISIS PENGUKURAN KEMUDAHSAMPAIAN LOKASI
INDUSTRI BERASASKAN MASA PERJALANAN
4.1 Pengenalan 82
4.2 Kaedah Analisis Berdasarkan Perolehan Data 84
4.3 Analisis Kesesuaian Lokasi Industri Sederhana 85
4.4 Analisis Kemudahsampaian Industri Berdasarkan
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Lokasi Industri 87
4.5 Analisis Kemudahsampaian Industri Sederhana Yang Paling
Hampir Dengan Kawasan Perindusrtian 90
4.5.1 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Taman
Gembira ke Kawasan Perindustrian Lain 90
4.5.2 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tampoi 1
ke Kawasan Perindustrian Lain 91
4.5.3 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tampoi 2
ke Kawasan Perindustrian Lain 92
4.5.4 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Dewani
ke Kawasan Perindustrian Lain 94
4.5.5 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 1
ke Kawasan Perindustrian Lain 95
4.5.6 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 2
ke Kawasan Perindustrian Lain 96
xii
4.5.7 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 3
ke Kawasan Perindustrian Lain 97
4.5.8 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 4
ke Kawasan Perindustrian Lain 98
4.5.9 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Dato‟ Onn
ke Kawasan Perindustrian Lain 99
4.5.10 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Sri Purnama
ke Kawasan Perindustrian Lain 100
4.5.11 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Kota Puteri
ke Kawasan Perindustrian Lain 101
4.6 Analisis Kemudahsampaian Industri Sederhana Yang Paling
Hampir Dengan Kawasan Perdagangan 102
4.6.1 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Taman
Gembira ke Kawasan Perdagangan 102
4.6.2 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tampoi 1
ke Kawasan Perdagangan 103
4.6.3 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tampoi 2
ke Kawasan Perdagangan 105
4.6.4 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Dewani
ke Kawasan Perdagangan 106
4.6.5 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 1
ke Kawasan Perdagangan 108
4.6.6 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 2
ke Kawasan Perdagangan 109
4.6.7 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 3
ke Kawasan Perdagangan 111
4.6.8 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Tebrau 4
ke Kawasan Perdagangan 112
4.6.9 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Dato‟ Onn
ke Kawasan Perdagangan 113
4.6.10 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Sri Purnama
ke Kawasan Perdagangan 115
4.6.11 Kemudahsampaian Kawasan Perindustrian Kota Puteri
ke Kawasan Perdagangan 116
xiii
4.7 Hasil Analisis Tahap Kesesuaian Lokasi Industri di Kawsan
Perindustrian Sederhana 118
4.8 Hasil Analisis Tahap Kemudahsampaian Lokasi Industri ke
Kawasan Perdagangan 119
4.9 Kesimpulan 120
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 122
5.2 Ringkasan Kajian 122
5.3 Penemuan Kajian 124
5.3.1 Objektif Pertama: Membincangkan Faktor-faktor
Penting yang Mempengaruhi Kemudahsampaian
Sesuatu Lokasi Industri 125
5.3.2 Objektif Kedua: Mengukur Kemudahsampaian Lokasi
Industri Secara Spatial Berdasarkan Masa Perjalanan
Kenderaan dan MenentukanKesesuaian Lokasi
Berdassarkan Masa Perjalanan Terpantas 124
5.4 Cadangan Dari Penemuan Kajian 128
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 129
5.6 Limitasi Kajian 130
5.7 Kesimpulan 131
RUJUKAN 133-139
LAMPIRAN
A-D 140-147
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembangunan industri yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan masih
terdapat beberapa masalah terutamanya berhubung kait dengan aspek perletakan
sesebuah industri di kawasan tertentu. Pihak pemaju juga tidak terkecuali memainkan
peranan penting dalam perancangan industri khususnya faktor kemudahsampaian
bagi lokasi industri. Pemilihan kawasan perindustrian merupakan proses awal bagi
menentukan lokasi yang sesuai bagi pembangunan yang dirancang. Hal ini penting
kerana lokasi industri yang tidak sesuai akan menyebabkan kenaikan kos, kelewatan
tempoh masa dan jarak perjalanan yang panjang bagi pengangkutan. Secara tidak
langsung hal ini akan menyebabkan keuntungan firma berkurangan dan tidak
mencapai matlamat yang dirancang.
Masalah yang timbul di peringkat perancangan perindustrian boleh
mendatangkan banyak kesan negatif dan seterusnya menghalang perindustrian dari
terus berkembang maju (Mazlin, 2008). Kriteria pemilihan kawasan pembangunan
biasanya berbeza mengikut jenis harta tanah yang hendak dibina. Contohnya
pembangunan rumah kedai sebagai harta tanah perdagangan haruslah mengambil
kira kawasan yang mempunyai bilangan pengunjung dan pembeli yang maksimum.
Hal ini kerana pembangunan harta tanah tersebut memfokuskan perspektif pembeli
berdasarkan kawasan yang banyak permintaan. Namun, bagi pembangunan harta
tanah perindustrian pula, pembinaannya berdasarkan zon perancang dan guna tanah.
Perancangan industri berat haruslah dibina di kawasan yang jauh dari kawasan
perumahan dan perdagangan, manakala industri ringan dan sederhana pula biasanya
ditempatkan di kawasan berdekatan perdagangan.
Menurut Garis Panduan Perancangan Kawasan Perindustrian (GPPKP) yang
diterimapakai oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru pada tahun 1999, perancangan
tapak dan pengezonan perlulah sesuai dari segi perletakan agar mudah untuk sampai.
Merujuk kepada Hamid (2006), semakin banyak kemudahsampaian suatu tapak ke
suatu tempat aktiviti dicapai, semakin berkurang kos ke tapak tersebut. Hal ini
3
menyebabkan tapak tersebut berpotensi dalam memberi pulangan dan nilai pasaran.
Tapak yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi adalah sesuai untuk
pembangunan kerana ia berpotensi untuk memberi pulangan kepada pelaburan projek
pembangunan serta menghasilkan nilai pasaran yang tinggi.
Kemudahsampaian perlu dikira dalam menentukan suatu tapak yang sesuai,
iaitu tapak yang banyak terdapat kemudahan di sekitarnya. Kemudahsampaian dikira
berdasarkan jarak, masa dan kos (Zhu, Liu dan Yeow, 2005). Kemudahsampaian
boleh dikira dengan menggunakan perisisan Sistem Maklumat Geografi (GIS). GIS
adalah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam mengira kemudahsampaian
dengan menggunakan perisian GIS (Farraw dan Nelson, 2001). Antara perisian GIS
yang dapat mengira kemudahsampaian dan seterusnya menentukan tapak adalah
Arcview dan ArcGIS.
Pemilihan lokasi adalah sesuatu yang sukar dilakukan dalam perancangan
pembangunan perindustrian. Prinsip dalam perancangan kawasan perindustrian lebih
banyak memfokuskan kepada aspek fizikal dan persekitaran. Kesilapan dalam
memilih lokasi industri yang dirancang boleh memberi kesan negatif kepada projek
pembangunan itu pada masa akan datang. Contohnya, projek tersebut tidak
mendatangkan keuntungan, kesukaran membekalkan perkhidmatan dan produk
kepada firma, risiko pencemaran kepada kawasan persekitaran industri dan
sebagainya. Bagi mengelak masalah ini berlaku, analisis pemilihan tapak perlu
dijalankan bagi memfokuskan lokasi yang sesuai terutamanya dalam aspek
kemudahsampaian.
Kemudahsampaian merupakan kriteria perancangan yang penting diambil
kira dalam membuat pemilihan lokasi bagi pembangunan industri. Menurut Lewis
(1987) dalam Peiser dan Frej (2003), terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira
oleh pemaju sebelum membeli tapak untuk pembangunan. Antaranya adalah
memastikan jenis zon guna tanah yang sesuai dengan pembangunan yang ingin
dijalankan. Perkara ini juga turut ditekankan oleh Miles et al. (2000) dan Kone
4
(1994) dalam Greg et al. (2003) yang mengatakan sekatan undang-undang dan
peraturan kerajaan seperti pengezonan dan kawalan guna tanah merupakan faktor
penting dalam pemilihan tapak.
Aspek kemudahsampaian juga menitikberatkan peluang kepada individu itu
terhadap lokasi yang diberi agar memudahkan mereka untuk menyertai sesuatu
aktiviti. Pada asasnya kemudahsampaian mewakili aktiviti yang mudah untuk dicapai
dari lokasi tertentu dengan adanya sistem pengangkutan (Zhu, et. al, 2004). Ini
menunjukkan sesuatu aktiviti seperti perindustrian boleh dicapai dengan adanya
kemudahsampaian yang sangat baik. Maka kajian ini hanya memfokuskan kepada
kriteria kemudahsampaian sahaja sebagai suatu aspek penting dalam menentukan
kesesuaian lokasi perindustrian.
Pengukuran kemudahsampaian lokasi industri biasanya terdiri daripada jarak
perjalanan, masa perjalanan dan kos perjalanan. Menurut Zhu Liu dan Yeow (2005),
penggunaan masa dan wang secara minimum akan mendorong lebih banyak aktiviti
yang boleh dicapai di dalam suatu masa yang ditetapkan. Penjimatan masa dan wang
tersebut menunjukkan bahawa kemudahsampaian lokasi industri tersebut adalah
lebih baik. Kemudahsampaian juga diukur dalam bentuk jarak laluan terdekat di
mana ia boleh didefinisikan sebagai jarak yang paling dekat untuk dilalui antara satu
nod dengan nod yang lain (Yang, 2004). Penggunaan jarak perjalanan terdekat
biasanya diperlukan di antara dua lokasi sama ada dari satu bilik ke bilik yang lain,
satu jalan ke jalan yang lain atau dari satu bandar ke bandar yang lain (Rohaizan,
2005).
Kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dipilih sebagai kawasan
kajian kerana bersesuaian dengan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Johor Bahru
(2003) yang akan meletakkan kawasan pentadbiran MBJB sebagai kawasan industri
sederhana dan ringan serta akan menumpukan kepada kawasan industri terancang.
Terdapat pelbagai kaedah statistik digunakan dalam membuat pemilihan tapak yang
bersesuaian tanpa mengambil kira analisis kemudahsampaian sepenuhnya serta
5
keutamaan pembeli dalam pemilihan tapak. Penentuan lokasi yang bersesuaian bagi
sesebuah industri yang melibatkan jarak akan dianalisis mengunakan analisis
rangkaian. Oleh itu, pemilihan lokasi dengan mengambil kira faktor
kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan kenderaan akan menentukan tahap
kesesuaian lokasi industri tersebut yang akan digambarkan menggunakan Sistem
Maklumat Geografi (GIS).
1.3 Penyataan Masalah
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pihak yang bertanggungjawab
dalam perancangan sesuatu pembangunan dan penentuan perletakan kawasan
perindustrian di sesuatu kawasan. Menurut Garis Panduan Perancangan Kawasan
Perindustrian (2005), masalah yang masih diketengahkan oleh Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa (JPBD) adalah dari aspek perancangan. Kriteria yang ditetapkan
dalam perancangan kawasan perindustrian merangkumi konsep kemudahsampaian,
komponen dan kualiti, keselamatan dan kesejahteraan, kebersihan dan keindahan,
pengoptimuman, dan dokumen yang informatif.
Biasanya lokasi bagi industri sederhana lebih cenderung bertumpu di
kawasan berdekatan taburan penduduk seperti kediaman dan perdagangan. Ini kerana
sistem pengangkutan dan perhubungannya boleh menjimatkan kos pengeluaran dan
memendekkan masa perjalanan untuk mudah sampai ke kawasan urus niaga. Oleh itu
kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti di manakah lokasi industri sederhana yang
mempunyai kemudahsampaian tinggi. Walaupun aspek kemudahsampaian telah
digariskan dalam panduan berkenaan, ia tidak diasaskan kepada konsep
pengoptimuman jarak dan masa perjalanan yang mempengaruhi kos dan kecekapan
pergerakan kenderaan.
6
Lokasi industri yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi
memudahkan pemasaran barangan. Secara tidak langsung, kos penghantaran boleh
diminimumkan kerana jarak perjalanan yang dekat dan tempoh masa yang singkat.
Aplikasi GIS boleh digunakan untuk menganalisis kemudahsampaian sesuatu lokasi
industri di sesebuah kawasan yang kemudahannya boleh digunakan untuk
menggambarkan tahap kesesuaian lokasi berkenaan. Maka, sistem ini akan menjadi
alat dalam perancangan kawasan industri yang memberi manfaat kepada pelbagai
pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan industri.
Berdasarkan penyataan masalah yang telah dinyatakan, kajian ini akan
dijalankan terhadap aspek pengukuran kemudahsampaian lokasi yang beasaskan
masa perjalanan kenderaan. Hal ini kerana sesebuah firma industri amat
mementingkan aspek penjimatan kos. Kos pengangkutan dipengaruhi oleh jarak dan
masa perjalanan.
Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul di mana persoalan-
persoalan tersebut akan dikupas dalam kajian ini. Persoalan yang timbul adalah
apakah faktor-faktor lokasi industri yang akan memberi kesan terhadap
kemudahsampaiannya? Seterusnya, bagaimanakah GIS diaplikasikan untuk
mengukur tahap kesesuaian bagi faktor lokasi industri berdasarkan pengukuran
kemudahsampaian yang berasaskan tempoh masa perjalanan?
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a) Membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi
kemudahsampaian sesuatu lokasi industri; dan
b) Mengukur kemudahsampaian lokasi industri secara spatial
berdasarkan masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian
lokasi berdasarkan masa perjalanan terpantas.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian ini memfokuskan kepada dua aspek utama berkaitan dengan
pembangunan kawasan industri yang terdiri daripada aspek kemudahsampaian dan
lokasi industri. Satu aspek kemudahsampaian yang dikaji adalah berasaskan masa
perjalanan (time-travel) yang akan diukur bagi menentukan tahap kemudahsampaian
sesuatu lokasi industri. Aspek kedua yang menjadi fokus kajian adalah faktor-faktor
lokasi yang bersifat ruang (spatial). Faktor-faktor lokasi adalah penting bagi
menentukan kesesuaian lokasi industri di peringkat perancangan.
Salah satu prinsip yang perlu dipenuhi oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam
merancang kawasan perindustrian adalah kemudahsampaian. Kawasan perancangan
perindustrian di bawah pentadbiran MBJB dipilih sebagai lokasi kajian yang
memfokuskan kepada industri sederhana sebagai contoh kilang menghasilkan produk
8
susu. Jaringan jalan raya yang lengkap di sekitar kawasan MBJB digunakan dalam
kajian untuk memudahkan lagi hasil kajian yang tepat.
GIS akan digunakan dalam kajian ini bagi menentukan lokasi yang sesuai
bagi industri sederhana. Analisis rangkaian dalam sistem tersebut digunakan bagi
mengukur kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan dari kawasan industri ke
kawasan perdagangan yang berhampiran. Bagi mengukur masa perjalanan, jarak juga
diperlukan bagi mengukur masa.
Selain itu, skop kajian fokus kepada suatu lokasi industri sederhana yang
paling sesuai dan menguntungkan di mana produk yang dikeluarkan dapat sampai ke
tempat yang dituju dengan mudah, selamat serta dapat memenuhi kriteria yang
diingini kedua-dua pihak sama ada daripada pihak pembeli atau pembekal dan
pengusaha industri tersebut.
Oleh kerana perusahaan memproses susu terhad di kawasan Johor Bahru,
aktiviti industri ini akan dijadikan subjek kajian untuk membuat perbandingan dan
contoh secara tidak langsung kerana kawasannya terletak di zon industri sederhana.
Produk yang diproses merupakan produk yang mempunyai tempoh masa terhad dan
cepat rosak. Akhir sekali pengukuran kemudahsampaian akan dijalankan untuk
memastikan kesesuaian lokasi industri tersebut dan menentukan kawasan yang sesuai
untuk akiviti industri sederhana.
9
1.6 Kepentingan Kajian
Pada amnya, terdapat dua perkara utama yang berkait dengan persoalan yang
dibincangkan. Pertama, persoalan faktor-faktor kemudahsampaian yang boleh diukur
untuk mengetahui tahap kesesuaian tapak industri. Kedua ialah penggunaan GIS
untuk menentukan ukuran kemudahsampaian bagi lokasi industri yang sesuai. Oleh
itu, kajian ini penting kepada:-
1.6.1 Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan tanah. Oleh itu, kajian
ini penting kepada MBJB untuk mengkaji semula segala permasalahan berkaitan
pembangunan yang dijalankan khususnya perancangan bagi pembangunan harta
tanah industri. Selain mengkaji dari aspek guna tanah, aspek kemudahsampaian juga
perlu diambilkira. Oleh itu, penting bagi MBJB dalam mengkaji kepentingan
kemudahsampaian dalam merancang lokasi pembangunan industri.
1.6.2 Pihak Pemaju dan Pengusaha Industri
Pemaju memainkan peranan sebagai pemilik tanah yang akan meneruskan
pembangunan yang dirancang mengikut zon guna tanah di kawasan yang dipilih.
Oleh itu, pemaju harus membuat keputusan dalam memilih lokasi yang sesuai
sebelum merancang pembangunan industri di kawasan tersebut. Hal ini penting
10
supaya pengusaha industri dapat memastikan bahawa operasi industri tersebut
berjalan lancar apabila industri sudah siap dibangunkan.
1.6.3 Firma Perdagangan
Kemudahsampaian lokasi sesebuah industri penting bagi organisasi dan firma
yang berurusan dengan perusahaan tersebut bagi mendapatkan bekalan produk dan
perkhidmatan. Antara faktor kemudahsampaian yang penting dalam konteks ini
adalah jarak dan masa perjalanan firma dengan industri tersebut. Jarak yang dekat
akan menjimatkan kos perjalanan dan pengangkutan, serta masa perjalanan. Oleh itu
kajian ini penting bagi firma supaya mereka bijak membuat keputusan untuk memilih
lot perdagangan yang mempunyai kesesuaian jarak tertentu.
1.6.4 Kepentingan Pembangunan dan Kualiti Persekitaran
Antara kepentingan lain, ialah dari aspek pembangunan persekitaran.
Pembangunan industri yang berada di lokasi dan kawasan yang sesuai akan memberi
kepentingan kepada industri tersebut dan juga pembangunan di sekitarnya. Sekiranya
pembangunan industri berada di lokasi yang tidak sesuai khususnya industri berat, ia
akan menyumbang risiko kepada pembangunan yang lain seperti pencemaran. Risiko
ini akan mengurangkan kualiti persekitaran yang baik di kawasan tersebut.
11
1.7 Metodologi Kajian
Keputusan kajian ini bergantung kepada langkah-langkah menjalankan kajian
iaitu dalam mendapatkan sumber-sumber data yang lengkap. Oleh itu, metodologi
kajian ini akan menjelaskan dengan terperinci berkenaan kaedah kajian yang
digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Beberapa langkah telah
dikenalpasti dalam menjalankan kajian terhadap kemudahsampaian lokasi industri
yang sesuai. Metodologi kajian diterangkan dalam lima peringkat seperti berikut:
1.7.1 Peringkat Pertama : Mengenalpasti Penyataan Masalah
Peringkat pertama merupakan peringkat pemahaman awal. Idea-idea kajian
akan diwujudkan daripada isu yang telah dikenalpasti dan diperolehi daripada
pembacaan bahan-bahan rujukan seperti jurnal, keratan akhbar atau artikel, internet,
buku-buku dan bahan ilmiah yang lain. Setelah menjelaskan penyataan masalah
kajian, objektif kajian pula dikenalpasti. Melalui objektif tersebut, pemilihan skop
dan kepentingan kajian akan ditentukan. Oleh itu, kajian dapat dijalankan
berpandukan kepada objektif kajian yang hendak dicapai.
1.7.2 Peringkat Kedua : Kajian Literatur
Peringkat kedua kajian ini meliputi kajian literatur di mana pengumpulan
maklumat secara terperinci diperoleh daripada data sekunder. Pengumpulan data
tersebut berdasarkan penyataan masalah yang telah dikenalpasti. Idea dan maklumat
12
akan dikumpul daripada bahan-bahan rujukan utama termasuk pembacaan buku-
buku, jurnal-jurnal, tesis-tesis, internet dan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian
dengan isu yang dikaji berkenaan kemudahsampaian dan kesesuaian lokasi industri.
Melalui kajian literatur, teori-teori serta perkara asas mengenai perancangan lokasi
perindustrian dapat diketahui dengan lebih jelas. Kajian literatur dapat menunjukkan
gambaran sebenar kajian kes yang dipilih supaya memperoleh pemahaman yang
lebih baik mengenai masalah dalam menentukan lokasi industri yang sesuai dalam
aspek kemudahsampaian.
1.7.3 Peringkat Ketiga: Kajian Lapangan
Kawasan Pentadbiran MBJB dijadikan lokasi kajian yang asas untuk
mendapatkan maklumat bagi pengumpulan data kawasan kajian. Maklumat yang
diperlukan ini melibatkan data terperinci yang melibatkan kepadatan penduduk,
lokasi kilang susu, pembangunan perindustrian di kawasan sekitar, jaringan
pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian, pembangunan persekitaran, kawasan
pasaran dan sebagainya.
Selain itu maklumat perancangan kilang sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) seperti jenis perindustrian yang
terdapat di kawasan sekitar, kilang-kilang yang berhampiran, bilangan industri yang
terdapat di kawasan kajian dan sebagainya. Kesemua maklumat ini penting untuk
dijadikan panduan bagi menentukan lokasi perletakan industri sederhana yang sesuai
dan boleh memberikan faedah serta keuntungan industri dan firma yang berurus
niaga.
13
1.7.4 Peringkat Keempat : Menganalisis Data Kajian
Data-data yang diperoleh daripada sumber sekunder akan dianalisis untuk
mencapai objektif kajian ini. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis
rangkaian. Kaedah ini digunakan untuk menentukan masa perjalanan terpantas
berdasarkan jarak perjalanan terpendek dalam menentukan tahap kemudahsampaian.
Analisis ini menggunakan beberapa fungsi di dalam Sistem Maklumat Geografi
(GIS) seperti lapisan dan pengkelasan untuk mendapatkan hasil bagi lokasi industri
yang sesuai.
1.7.5 Peringkat Kelima : Kesimpulan dan Cadangan
Peringkat terakhir di dalam kajian ini adalah membuat kesimpulan. Pada
peringkat ini, kesimpulan akan diperolehi daripada hasil analisis yang dilakukan
berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan pada peringkat awal kajian. Selain
itu, cadangan-cadangan, limitasi dan permasalahan kajian, serta cadangan kajian
lanjutan juga dinyatakan di dalam kesimpulan.
1.8 Susunatur Bab
Susunatur bab mengandungi ringkasan pembahagian bab yang menerangkan
secara ringkas kandungan perbincangan bagi setiap bab dalam kajian yang
14
dijalankan. Huraian ringkas ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran dan
pemahaman terhadap keseluruhan perbincangan dalam penulisan ini.
1.8.1 Bab 1 : Pengenalan
Bab ini menerangkan kepentingan kemudahsampaian dalam sesebuah
pembangunan industri yang memberi kesan kepada organisasi atau firma yang secara
langsung terlibat dalam urusan mendapatkan bekalan daripada industri tertentu. Di
samping itu, dalam menentukan kemudahsampaian sesuatu lokasi industri pemilihan
tapak adalah proses awal dalam menentukan lokasi yang sesuai untuk pembangunan
industri. Hal ini penting bagi kelancaran pengoperasian industri dan
kemudahsampaian yang menjadi ukuran penting bagi firma yang ingin berhubung
dalam aktiviti perniagaan dengan industri tersebut.
1.8.2 Bab 2 : Lokasi Industri, Kemudahsampaian dan Aplikasi Sistem
Maklumat Geografi (GIS)
Bab ini memberikan keterangan secara teoritikal mengenai pembangunan
lokasi industri yang sesuai secara umum iaitu menyentuh tentang definisi industri
serta pengkelasan industri, faktor-faktor lokasi industri yang bersifat ruang (spatial)
dalam menentukan kesesuaian lokasi. Selain itu konsep kemudahsampaian
diterangkan secara jelas dan pengukuran kemudahsampaian berdasarkan GIS dalam
menentukan lokasi yang sesuai bagi sesebuah indutri.
15
1.8.3 Bab 3 : Metodologi Kajian
Bab ini menerangkan berkaitan dengan metodologi kajian iaitu cara-cara
pengumpulan data yang digunakan bagi mencapai objektif-objektif kajian berkenaan
kesesuaian lokasi industri berdasarkan aspek kemudahsampaian. Kaedah analisis
data yang hendak digunakan juga dinyatakan dalam bab ini iaitu berdasarkan teknik
Analisis Spatial (Spatial Analysis) dengan menggunakan GIS untuk mengenalpasti
kemudahsampaian yang tinggi dan lokasi industri yang sesuai.
1.8.4 Bab 4 : Analisis Pengukuran Kemudahsampaian Lokasi Industri
Berasaskan Masa Perjalanan Kenderaan
Bab ini menerangkan hasil analisis yang diperoleh daripada analisis
berbentuk spatial dengan menggunakan perisian GIS. Analisis rangkaian digunakan
ke atas faktor kemudahsampaian yang diukur untuk menentukan lokasi yang sesuai
bagi kilang susu. Faktor-faktor kemudahsampaian seperti jarak dan masa akan
diperoleh berdasarkan analisis ini bagi menunjukkan tahap kemudahsampaian yang
tinngi dan rendah di samping mengetahui tahap kesesuaiannya. Seterusnya, industri
yang dipilih sebagai kajian kes akan dibandingkan dengan kawasan taburan
perletakan seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
16
1.8.5 Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan
Bab terakhir ini merangkumi huraian daripada hasil analisis kajian. Hasil
analisis tersebut akan dirumuskan sebagai suatu penemuan kajian. Selepas membuat
kesimpulan kajian, penulis menyatakan cadangan bagi mengatasi masalah yang
wujud di dalam menentukan lokasi industri yang sesuai untuk pembangunan industri
pada masa hadapan yang mementingkan aspek kemudahsampaian.
1.9 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab pertama ini penulis telah menerangkan tentang
objektif yang ingin dicapai daripada kajian berdasarkan isu dan penyataan masalah
yang dikenalpasti. Skop dan kepentingan kajian. Penulis juga menerangkan secara
ringkas keseluruhan bab dalam kajian ini. Seterusnya, kajian ini akan dilaksanakan
ke arah mencapai objektif-objektif kajian yang ditetapkan dengan menggunakan
carta alir metodologi kajian yang telah dirangka seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1 dalam bab ini.
17
Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Kajian
PENYATAAN
MASALAH
Apakah faktor lokasi yang memberi kesan kepada kesesuaian
dan kemudahsampaian industri?
Bagaimana mengukur kemudahsampaian dan kesesuaian
lokasi industri?
Kajian Literatur
(Kaedah analisis
Dokumen)
OBJEKTIF
KAJIAN
Aplikasi GIS
(Kaedah analisis
Spatial)
i) Membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi
kemudahsampaian sesuatu lokasi industri.
ii) Mengukur kemudahsampaian lokasi industri secara spatial berdasarkan
masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian lokasi
berdasarkan masa perjalanan terpantas.
SKOP
KAJIAN
METODOLOGI
KAJIAN
Dua aspek utama perancangan industri
sederhana:-
i) Kemudahsampaian dan kesesuaian
kawasan industri berasakan ukuran masa
perjalanan.
ii) Faktor lokasi yang bersifat spatial bagi
menentukan tahap kesesuaian dan tahap
kemudahsampaian kawasan industri.
Perisian ArcGIS 9
(Closest Facility
Analysis dalam
Analisis Rangkaian)
KEPENTINGAN
KAJIAN
Memberi pengetahuan tentang pemilihan
lokasi dan kawasan yang terbaik untuk
pembangunan industri sederhana
berdasarkan ukuran kemudahsampaian.
KESIMPULAN
DAN
CADANGAN
PENGUMPULAN
DATA
i) Blok Perancangan MBJB (dari MBJB)
ii) Kawasan Perindustrian (dari MBJB)
iii) Gunatanah semasa (dari IRDA)
iv) Jaringan Jalan Raya (dari IRDA)
Data
dimasukkan ke
dalam extension
ArcMap
HASIL
ANALISIS Masa perjalanan terpantas
melalui laluan terdekat
berdasarkan nilai min masa
ANALISIS
DATA